Mercyful Fate - Don't Break The Oath


Mula-mula aku nak buat entri EP Bottlecapt, tapi bertepatan dengan tema Halloween [edit: dan bersempena ulangtahun ke-30 album ni] ada baiknya aku buat entri Mercyful Fate - Don't Break The Oath.


(P)(C) 1984, 1997 The All Black BV. Issued under license to Roadrunner Records. Seperti biasa diperolehi daripada estock_deutschland, tapi bukan pada harga tersenyum €6.37 (RM27.31). Walau bagaimanapun ia masih berbaloi untuk album yang masih baru dan berbungkus (new and sealed).


Berbanding album-album lain yang pernah dibeli melalui eBay, album sebegini sebenarnya merupakan pembelian yang agak "gamble", silap hari bulan jika bungkusan dibuka oleh KDN sudah pasti ia "tak lepas".

Memori silam di sebalik lagu-lagu Mercyful Fate pernah diceritakan dalam entri kompilasi The Best Of Mercyful Fate versi 2010 dan 2014.




[Clips added on 2/11/2014]

Dan untuk ulasan pakar mengenai album ni, bolehlah singgah blog Krenmaut Dr. Ben kita - "Yang belum pernah dengar, jangan berani-berani sangat. Nanti dah melekat, susah nak ditanggalkan".

Viral KD/MF kembali?

_____
Ada apa: I don't always listen to black metal, but when I do... It's Mercyful Fate!

Wordless Wednesday: Miku Stomp



Who's Miku?

_____
Ada apa: Japanese fetish...

HSH Calypso?


Menerima bungkusan eBay dari AcceCity.com, Shen Zhen (China) berisi sekeping pickguard 3-ply HSH black pearl untuk Stratocaster. Benda ni dipesan pada 15/9/2014 tapi seperti kebiasaan, barangan sebegini (alat ganti) selalunya akan sampai lebih daripada sebulan.


Dipesan secara "joy-buy" kerana hanya berharga US$5.80 (RM19.28) termasuk pengeposan percuma. Untuk sekeping pickguard 3-ply HSH black pearl, ia boleh dikatakan agak murah berbanding harga pasaran tempatan (dalam kategori cap ayam).

Pada mulanya dipesan untuk dipasang pada Calypso (Charvel So-Cal Style 1 HH) aku, supaya dapat menggunakan ketiga-tiga pikap DiMarzio HSH (Air Norton, Blue Velvet, Super 3) yang ada dalam stok peribadi.


Tapi selepas menekapkannya pada pickguard asal, walaupun kedudukan skrunya (11-screw type) adalah sejajar, tapi masih ada beberapa isu yang perlu diatasi;
  1. Kedudukan lubang untuk pikap bridge agak ke belakang, harap ia masih sejajar dengan kaviti pada badan gitar.
  2. Pickguard perlu dipotong sedikit di bahagian bridge, kerana ukurannya adalah untuk bridge jenis synchronized tremolo dan bukannya untuk jenis Floyd Rose yang lebih lebar.
Setelah memikirkan isu di atas dan beberapa isu lain, aku mengambil keputusan untuk membatalkan projek ini atas sebab-sebab berikut:
  1. Sedang dalam proses mengumpul dana-dana untuk *projek yang lebih penting, beberapa gajet (pedal, aksesori, alat ganti) yang tidak digunakan kini dalam proses penyingkiran (aka "let-go").
  2. Pickguard ni pun kosnya tak sampai RM20, kalau tak jadi guna pun boleh dimasukkan dalam perkara (1) di atas.
  3. Biarlah Calypso ni dalam keadaan asal - stock configuration.
_____
Ada apa: *Dengan istilah "gali-lobang-tutup-lobang" yang lebih mesra.

Moody Monday: Cuti, Migrain Dan Takziah


Tiba di Bintulu sekitar 3.30 petang tadi selepas bercuti hujung minggu di Kampung Mrs. Ijau. Dek tak tertahan dengan migrain yang melanda selepas memandu beberapa jam, aku tertidur tak ingat dunia sehingga jam 8.00 malam.

Imej cilok.
Sekitar pukul 9.30 malam pula terbaca berita pemergian ayahanda Bob Kandar (tukang pukul MUP) ke rahmatullah melalui Facebook BRRU. Inna lillahi wa inna lillahi raji'un...

_____
Ada apa: Rupanya aku makan Panadol kanak-kanak, patutlah lambat nak baik...

Ada Apa Dengan Yakult?


Akhirnya terjumpa juga Yakult dijual di pasaraya NWM. Sebelum ini agak mustahil susah untuk mencari susu kultur jenama Yakult di Bintulu ni (dan Borneo amnya).


Mungkin disebabkan strategi baru untuk menawan pasaran Borneo, lebih-lebih lagi selepas iklan "Hanya Kamu" yang Fafau dan Atai buat tarian Yakult yang agak KULT, hahaha! (Nasib baik tak jadi viral macam joget Gangnam atau Gwiyomi).


Walaupun harganya agak premium, tapi rasanya yang KULT (lagi) membuatkan ia berbeza berbanding susu kultur jenama lain.

_____
Ada apa: Lil'Ijau pun sekarang dah tak minat Solivite, masuk kem Nutrigen pula...

Throwback Thursday: Konami Metal


Bila bunyi runut (background music, BGM) sesebuah animasi atau game didengar semula, pasti menggamet memori.


Dalam 4-5 game Konami yang disenaraikan, cuma Castlevania II sahaja yang aku tak pernah main. Zaman NES dulu ada banyak BGM yang menarik, yang paling aku minat adalah BGM daripada game Ninja Ryukenden, Double Dragon II, Batman dan Super Contra.

_____
Ada apa: Macam entri Toriton beberapa tahun lepas.

Wordless Wednesday: Oh Sam...




Old but gold.

_____
Ada apa: Sarawak tak cuti...

Jammed Of The Beast Episode #4 - Final?


Bulan Oktober ni merupakan bulan terakhir 36 Studio beroperasi, ia akan ditutup untuk sementara waktu suatu jangka masa (hiatus?) yang belum diketahui - info daripada Facebook 36 Studio.

Edited from Korawk's Facebook.
Jadi, mungkinkah ini episod terakhir JOTB? Dan selepas ini geng-geng MUUV terpaksa mencari alternatif lain untuk melepaskan stress (dengan cara yang sihat).

_____
Ada apa: Metallica - Stress (Rhoma Irama cover).

Logam Kematian


Mendapatkan sebuah lagi pedal distortion (koleksi?) iaitu Digitech Death Metal. Diperolehi daripada Crinson Music dengan berbekalkan dana-dana "gali lobang tutup lobang" hasil jualan pikap Tesla Plasma-7.


Terasa GAS untuk mendapatkan sebuah pedal distortion jenis "metallic", dan pada mulanya ingin mendapatkan kembali Boss MT-2, tapi Death Metal dipilih atas faktor-faktor ekonomi dan faktor keMATIannya (the DEATH factor) walaupun aku tak main genre death metal.


Cara mengakses ruang bateri pedal ni sama seperti pedal-pedal Behringer. Jika pernah memiliki pedal Behringer pasti tidak mengalami sebarang masalah untuk membukanya. Digitech juga bermurah hati kerana membekalkan pedal ni dengan bateri 9V jenis alkali (Energizer terus!~) dan bukannya jenis zink karbon.


Kenampakan perkataan DIGITECH GRUNGE yang dicetak pada papan litar, mungkinkah pedal Death Metal dan Grunge memiliki papan litar dan chip yang sama? Oh ya, suisnya pun sama kecil seperti Behringer. Tapi aku pasti, Behringer yang "meminjam" rekaan sebegini daripada Digitech.


Satu perkara yang menarik mengenai pedal ini, ia tidak memiliki tombol GAIN, hanya ada tombol LEVEL (volume) dan 3-band EQ (LOW, MID, HIGH). Macam malas nak buat ulasan, rasanya video di bawah ni lebih sesuai menerangkan karekter pedal ni.

Checkout @8:48

Bagi aku, ia sesuai untuk mendapatkan bunyi "rectified" ala Roy Z seperti dalam album Tyranny Of Souls. Selebihnya, masih relevan menggunakan DS-1. Kelebihan? Kelemahan? Demo? Tak perlulah kerana (seperti biasa) ini hanyalah entri temberang.

_____
Ada apa: Seventh distortion pedal? Need to trim the herd...

Sami Yusuf - Salaam


Album ni dibeli oleh Mrs. Ijau serentak (dan dari sumber yang sama) dengan album Munif Ahmad beberapa minggu lepas.


(P)(C) 2012 ETM International and Arteffects Sdn. Bhd. Salaam, album studio keempat Sami Yusuf, artis UK kelahiran Iran. Kalau Mrs. Ijau tak beli album ni pasti aku tak kenal siapa itu Sami Yusuf (Lawyer? Magistrate?).


Pada mulanya aku berpendapat beliau hanyalah klon Maher Zain, tapi selepas membuat sedikit kajian, Sami Yusuf lebih awal berkecimpung dalam genre muzik sebegini. Dan setelah mendengar album ni beberapa kali, muziknya agak "tranquil" jauh berbeza dengan muzik Maher Zain yang lebih ke arah pop.


Dalam album ni ada sebuah lagu duet bersama Dato' Siti Nurhaliza bertajuk You Came To Me, yang tiada dalam senarai setlist Wikipedia. Mungin ia hanya eksklusif untuk cetakan Malaysia/Asia Tenggara kot?

Untuk info lanjut boleh layari website rasmi Sami Yusuf.

_____
Ada apa: Tidak sesuai didengar semasa pemanduan jarak jauh.

Mastodon - Blood Mountain


Aku sebenarnya sebelum ini tidak mengikuti Mastodon, material mereka yang aku ada hanyalah mp3 album The Hunter yang aku sedut beberapa tahun lepas.

Awesome cover art - as always.
Album Blood Mountain ni pun dibeli secara impromptu kerana tersenarai dalam katalog estock_deutschland dengan harga yang tersenyum €3.01 (RM13.02) dan ia masih 99% baru.

(P)(C) 2006 Reprise Records (US), WEA International Inc. (rest of the world)
Kerja gitar Hinds/Kelliher yang kompleks dan vokal yang "berubah-ubah" merupakan faktor utama aku tertarik dengan Mastodon ni, lebih-lebih lagi menerusi album The Hunter dan album terbaru mereka Once More 'Round The Sun (target seterusnya).

Di mana aku pernah nampak corak macam ni eh?
Untuk ulasan album ni aku serahkan kepada peminat tegar untuk meninggalkan komen. Aku cuba korek entri Dr. Ben, tapi cuma terjumpa ulasan album Crack The Skye sahaja (dalam entri ni). Yang pasti, Blood Mountain ni akan menjadi permulaan kepada diskografi Mastodon aku.

_____
Ada apa: Mastodon, Power Rangers hitam?

Wordless Wednesday: Play Real



More info.
_____
Ada apa: Kes selalu jadi mangsa tiruan berbanding jenama lain.

Bila Rindu Nasi Kandar


Kes terliur dengan entri makan-makan di Penang Berteromber...


Di Bintulu ni, satu tempat untuk aku melepaskan gian nak makan nasi kandar ialah di restoran FM Cafe.

Walaupun ia taklah sekandar mana dan harga pun agak premium, tapi hanya FM Cafe yang masih relevan. Restoran bertemakan ala mamak lain di Bintulu ni (tak perlu aku nyatakan premis mana) sama ada tak sedap ataupun diboikot kerana servis yang teruk.

_____
Ada apa: Tak boleh selalu, sekali makan dekat-dekat RM10.00 kena cas, belum termasuk minuman.

Black Ops Mode


Walaupun game Call Of Duty: Black Ops ni keluaran 2010, tapi disebabkan kekangan teknologi grafik, baru sekarang aku dapat memainkannya.

Linked from somewhere on the net.
Seperti Wolfenstein beberapa minggu lepas, sekarang aku hanya mampu main genre FPS dalam mode easy/moderate berbanding mode hardcore semasa muda remaja. Mungkin fokus dan refleks dah berkurangan dimamah usia.

Sebenarnya tergerak hati nak main COD:BO selepas menonton filem The Equalizer Sabtu lepas di Star Cineplex, City Point dan sebelah malamnya pula layan Taken (Liam Neeson) di TV2.

The REAL Equalizer!
Aku agak tawar hati nak menonton wayang gara-gara filem The Expendables 3 yang dinanti-nanti tidak disiarkan di Bintulu. Layan The Equalizer ni pun sebab rakan-rakan kaki wayang kata filem ni best dan kebetulan pula Sabtu lepas tak ada aktiviti.

Linked from somewhere on the net.
Serius, bila Robert McCall buat muka "stone cold", nampak macam muka Michael Jai White, lihat saja poster di atas.

_____
Ada apa: Babak mengintai Pushkin mandi di Moscow tu macam tak berapa sesuai (kecuali untuk sequel).

X-11 Last Minute Service


Bertungkus-lumus sepanjang malam untuk menyiapkan kerja-kerja servis gitar Cort X-11 kepunyaan Azrol yang bermasalah dengan volume pot atau input jack.

Walaupun gitar ni telah dihantar pada Selasa lepas, baru malam tadi aku ada masa untuk mengerjakannya. Itupun bila teringat dateline hari ini, kerana Azrol akan menggunakannya esok (Sabtu) untuk gig Rock In Sibu bersama-sama Ana & The Scene.


Sebelum masuk wad bedah, sempat bergambar bersama abang ngah Mirage. Sempat membandingkan fizikal kedua-dua superstrat MUPaiks ni, mungkin akan jadi modal untuk entri lain.


Volume pot yang tersembunyi di sebalik gugusan wayar dan kabel. Menurut Azrol, amp akan mengeluarkan bunyi yang kurang menyenangkan semasa volume pot dipulas-pulas, tanda-tanda di dalamnya dah berkarat kot? Tapi tak hairanlah kerana X-11 Azrol ni memang banyak karat pun (tuner pegs, nut, pickups, screws, bridge, etc).


Input jack jenis syaf panjang, aku lebih suka input jack jenis biasa berbanding jenis syaf ni. Pada pendapat aku (yang amatur) input jack jarang dan susah nak rosak, jadi aku biarkan ia seadanya walaupun aku ada memesan unit baru daripada Music Master Studio yang dijangka sampai petang nanti (as backup/stock).


Disebabkan terlalu banyak wayar (enam!) yang perlu dibumikan (grounded), aku agak kurang yakin untuk memateri kesemuanya pada volume pot, jadi aku menggunakan *apa-nama-benda-plastik-putih-yang-pernah-kita-gunakan-waktu-Kemahiran-Hidup-dulu?* untuk mencantumkan kesemuanya seperti yang pernah dilakukan pada gitar DK2FS Bro Adam.

Dan untuk membumikannya pada volume pot, aku menggunakan terminal contact ring yang diterima daripada Yustech beberapa bulan lepas. Fuh kedua-dua benda ni memang menyenangkan kerja, tak perlu lagi berjoget gangnam di celah-celah wayar bersama besi pateri yang panas.


Tak lupa untuk mengikat wayar-wayar supaya nampak lebih kemas. Walaupun dengan pendawaian jenis HSH 5-way switch + push/pull pot lebih banyak opsyen bunyi (sembilan kombinasi, HSH+SSS) tapi aku rasa pendawaian HSH ala Ibanez RG/GRG (tanpa push/pull) lebih praktikal.

Kerja-kerja penggantian volume pot mengambil masa tak sampai sejam, mungkin disebabkan kurang berjoget gangnam bersama pateri panas kot...

Seperti Mirage aku, X-11 ni juga selalu bermasalah pada floating bridge (Cort's Double Locking II). Aku tak pasti dah berapa kali saddle telah diganti. Peringatan kepada diri sendiri dan rakan-rakan untuk menjauhi gitar-gitar yang memiliki tremolo yang ala kadar. Kalau nak main tremolo juga, kurang-kurang pilih yang guna Floyd Rose 1000 (Floyd Rose Special is a no no!) atau Ibanez Edge-Zero II. (Edge-III pun ok untuk batch tertentu).

_____
Ada apa: Kalau kuota tak penuh...

Kamelot - Poetry For The Poisoned (Deluxe Edition)


Versi deluxe ni pun sebenarnya dah lama dalam senarai "watch list" eBay aku, baru tergerak hati untuk memilikinya. Itupun disebabkan harganya yang agak tersenyum €5.95 (RM25.64) untuk unit baru dan masih berbungkus (new and sealed).

(P)(C) 2010 Edel Germany GmbH.
Tiada apa yang menarik dalam versi deluxe ni, selain didatangkan dengan DVD bonus dan dalam bentuk digipak (I hate digipaks).


DVD bonus mengandungi;
  • Klip video lagu The Great Pandemonium, great video clip.
  • Karaoke "pick & play" lagu The Great Pandemonium dengan pilihan sama ada tanpa vokal, gitar, bass, keyboard atau drums.
  • Sessi temuramah bersama ahli kumpulan.
  • Video persembahan live lagu Hunter's Season semasa konsert Norway Rock Festival 2010 (bunyi terlalu diedit atau rakaman semula studio?).
  • Beberapa imej latarbelakang album PFTP yang boleh dijadikan wallpaper komputer anda.


Aku juga ada memiliki versi biasa album Poetry For The Poisoned ni, sungguh tak disangka (ketika itu) ia merupakan album terakhir Kamelot bersama Roy Khan.

_____
Ada apa: Kamelot bakal ada album baru tahun depan?

Wordless Wednesday: Tools Dilemma





Images linked from STEWMAC.COM

_____
Ada apa: Good tools for the job, but...

Perampas Dana (Part 9)


Sabtu lepas terpaksa menghantar Imago aku untuk servis penghawa dingin (bahasa pasarnya aircon) di premis yang sama seperti dalam entri 2010 ni. Kes aircon dah tak sejuk, dah lapan tahun guna baru sekali servis, hehehe...


Servis kali ni agak teruk, selain pekerjanya yang teruk (bumper depan pun boleh calar?), ia juga agak "teruk" dari segi kos kerana ada beberapa bahagian terpaksa diganti. Tertangguh lagi hasrat untuk mendapatkan semula MT-2 kerana dana-dananya telah dicopet.

Tapi tak mengapa (parap-parap) kerana kabin Imago aku kini dah sejuk seperti berada di Scotland pada penghujung musim luruh.

_____
Ada apa: Macamlah pernah pergi Scotland...

MyKuali Penang White Curry Noodles


Menerima sebungkus sampel percuma MyKuali Penang white curry noodle di pasar raya M, agaknya penjaga premis ni tau yang aku ni "food blogger" kot?


Ok, serius... Mee ni memang sedap, betul-betul hao liao! Apa yang menariknya ia disertakan dengan sepaket "non-diary creamer" yang berfungsi seperti santan untuk memekatkan kuah kari dan menambah rasa lemak.

Rasanya? Fuh! Macam rasa mee kari di Restoran Kampung Ku, Gelugor, Penang (tak tau wujud lagi tak restoran ni). Alternatif lain, lebih kurang macam rasa mee kari ayam goreng Marrybrown seperti dalam entri ni.

Gambar hisaan - mee kari ayam goreng Marrybrown.
Dibuat oleh Sky Thomas Food Industries Sdn. Bhd. Bukit Mertajam, Penang. Harga sebungkus aku tak pasti sebab aku dapat sampel percuma. Tapi tak mengapa (parap-parap) lepas ni pasti aku akan jenguk harganya, jika berpatutan, pasti akan menjadi nombor satu dalam senarai mee segera kegemaran.

Batch lama bungkusan mee ni (dan produk MyKuali lain) hampir semua berlabel tulisan Cina (rujuk website), sudah pasti ia agak meragukan (minda) pengguna Melayu dan Muslim Malaysia secara amnya walaupun berlabel halal JAKIM. Ya, memang langkah yang bijak oleh pengeluar mengurangkan tulisan Cina untuk meluaskan lagi skop pasaran mereka.

_____
Ada apa: Masih belum terlambat untuk mengucapkan salam Aidiladha kepada pembaca AADI.

Munif Ahmad - Himpunan Zikir, Doa & Selawat Harian Vol. 1


CD audio yang sesuai untuk entri hari Jumaat, sesuai untuk meredakan perasaan emosional...


Himpunan Zikir, Doa & Selawat Harian Vol. 1 nyanyian Munif Ahmad (Hijjaz). (P)(C) MH Pro Sdn. Bhd. Edaran Rusa Marketing Sdn. Bhd. diperolehi dengan harga RM18.90 daripada BukuOnline2u.Com.

Sebenarnya CD ni dibeli oleh Mrs. Ijau untuk halwa telinga Lil'Ijau (dan secara tersindirnya tak langsung, untuk aku) semasa dalam Imago untuk perjalanan jauh mahupun dekat. Di rumah pula, pasangkan versi mp3.

Lil'Ijau sekarang rajin menonton slot Indahnya Iman di Astro Oasis setiap 7.00-8.00 malam, ada lagu-lagu nasyid dan kerohanian. Dan ada beberapa lagu dalam CD ni sama seperti yang selalu didengarnya dalam slot tersebut.

Sejuk hati bila anak suka dengar lagu-lagu sebegini...

_____
Ada apa: Nak cari album Puji-Pujian Raihan.

One Piece Saga


Sebagai seorang peminat anime/manga One Piece, aku agak kagum bila terjumpa beberapa buah kenderaan yang bertemakan One Piece di Bintulu ni, contohnya Saga (Iswara?) di bawah ni:

Tailgating...
Close-up.
Juga pernah terserempak dengan sebuah MyVi yang penuh dengan sticker bertemakan Tony Fernandes Tony Tony Chopper (ala tema Hello Kitty). Kalau aku terserempak lagi dan berkesempatan mengambil gambar MyVi tersebut, pasti akan ada entrinya...

_____
Ada apa: Lekat sticker one shot one kill?

Wordless Wednesday: IDK Gigrig #2




_____
Ada apa: Selamat berOktober (bukan berteromber).
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (66) 58 explorer (10) ac/dc (6) adiwira (12) adrian smith (13) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (121) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (47) anniversary (59) art200 (3) artis tempatan (115) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) avril lavigne (2) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (52) bara studio (3) barbican (3) bass talk (28) bbw2013 (6) bc rich (6) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (11) bill lawrence (7) bintulu (241) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (18) blades (2) blaze bayley (21) blind guardian (20) blogging blues (43) blu-ray (2) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (45) botb (17) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (14) bruce dickinson (21) buku/majalah (48) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (23) canon (2) ccr (1) celcom (6) charvel (50) children of bodom (17) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (59) console games (5) converse (2) cort (44) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (24) dalat (17) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (21) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (88) dean (25) dean markley (3) def leppard (1) digipak (28) digitech (19) dimarzio (28) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr strings (14) dr1432h (20) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (60) earth hour (14) ebay (223) ec-256 (24) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (71) electro-harmonix (22) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (12) emo (184) energy drinks (27) entwistle (6) environment (38) epiphone (88) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (132) estock (69) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (12) family (37) fear factory (3) fender (13) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (6) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (12) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gartb20 (11) gary moore (2) gas (118) gator (9) gax010ltd (9) ghs (16) gibson (14) gig (69) gigrig (7) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (14) grg270 (25) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (47) guitar talk (63) guitar/bass (611) hammerfall (12) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (5) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (54) herbal tea (4) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (33) hotel/resort (24) ibanez (176) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (4) iron maiden (131) irt-pulse (1) isu semasa (221) jackson (30) jamming (121) jamtank (20) jim dunlop (49) joe satriani (10) jotb (13) joyo (17) jr (5) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (1) kamelot (18) karisma (4) kaset (31) kawan (253) kazanna (1) kempen (34) kerja (72) kerly (2) kesihatan (35) keychain (8) kherow (4) kiko loureiro (6) kikosp (5) king diamond (17) kkdn (6) koleksi (276) konsert (78) kopi (16) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (25) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (15) lawas (3) lazada (10) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (36) lil (26) limbang (5) limited edition (12) line 6 (37) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) lpg-reg (6) m-103fm (74) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (315) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (19) marigold (1) marshall (18) martial arts (2) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (9) mastodon (4) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (49) melaka (11) membakut (41) memori (290) mercyful fate (10) metallica (67) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (49) miri (15) misfits (1) modtone (7) moen (11) moody monday (8) motorhead (9) movie (48) mrs (56) mug (2) mukah (19) mup (98) music bliss (6) music master (40) music nomad (1) muuv (51) mxr (8) my music (7) nanasmania (24) nat-geo (4) nestle (17) new album (27) new gear (155) newsted (1) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (60) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (23) of string (17) oishi (5) oktoberfest (7) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (9) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (46) pc stuff (27) pc talk (12) peavey (21) pedal/stompbox (266) pedaltrain (13) penang (31) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (10) pic of the day (46) pick (49) pickups (94) planet waves (7) playstation (7) pm2011 (17) pod hd300 (12) pod x3 (17) pokka (11) popomania (6) post-apocalypse (12) pqot (4) preamp (5) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (35) radio (3) rajinikanth (3) ramadhan special (54) ramli sarip (2) randall (4) rare (88) ratm (1) reco (24) recording (11) reg studio (8) restring therapy (41) revamp (2) rg331m (2) rg350m (14) rhoma irama (4) ribena (4) rock at large (10) rocktron (6) roland (16) rotosound (4) roxette (1) roy z (7) rp360 (5) sabahan (18) samson (4) samsung (4) sandman guitar (6) saxbys (3) schecter (1) search (15) seymour duncan (18) sibu (6) sick puppies (6) signboard (11) silica gel (5) silvia (3) singapore (47) single/ep (5) sit (2) snark (9) so-cal (47) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (6) soya (5) spear (2) speedy (28) squier (8) sr300 (22) stagg (12) star wars (8) stewmac (2) sticker (6) strap (10) strings (83) strings by mail (1) sudirman (3) sukan (15) sundrop (2) sungai (10) super album (84) superlux (2) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (30) takamine (5) takstar (2) tamil (11) tanglewood (9) tarot (14) tech21 (1) telecaster (3) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (3) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (6) top 5 (3) tour de brunei (40) trade (17) transformers (4) travel (116) tribute (39) trivium (4) tsb6 (6) tuner (30) tv (30) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (18) vox (66) warwick (11) wasp (1) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (2) wordless wednesday (213) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (32) xpdc (5) yamaha (4) yeos (3) yNot (21) yogurt (5) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zoom (97) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger