Ada Apa Dengan Bundaberg? (Part 7)


Dah lama tak buat entri minuman ala Ostralia Bundaberg, kali terakhir rasanya tiga tahun lepas? Kali ni terjumpa pula perisa passionfruit (markisa) yang dijual di premis F.


Dengan harga RM4.10 sebotol, agak mahal daripada harga yang dijual di premis-premis lain yang ada menjual Bundaberg di Bintulu ni (RM3.60-3.90).

Rasanya seperti kordial markisa dengan tambahan karbonat, dengan kepekatan lebih kurang macam perisa blood orange. Tidak sesuai untuk minuman harian kerana harganya yang agak premium, tapi sebagai minuman sosial sambil dengar lagu Sending All My Love, fuh!~ Memang sesuai :)

_____
Ada apa: Perisa pink grapefruit aku dah cuba, tapi macam tak buat entri pula.

Ada Apa Dengan Earth Hour 2015?


Eh? Earth Hour kembali lagi... Malam ini.


Semenjak ada anak memang dah tak dapat nak bergelap, lebih-lebih lagi sekarang ni mak mertua dan ipar aku ada di rumah.

Macam tak ada masuk TV kempen tahun ni, atau aku yang terlepas pandang?

_____
Ada apa: After Earth.

HammerFall - Crimson Thunder


Terpancing sebuah lagi album HammerFall daripada katalog estock_deutschland pada harga agak tersenyum €5.82 (RM24.76), album studio HammerFall yang keempat, Crimson Thunder.


Juga menggunakan hasil karya Samwise Didier untuk cover art, sama seperti album Threshold dan 3U. Jika anda peminat siri-siri game WarCraft, StarCraft dan Diablo, anda mungkin perasan seni lukis Didier ni.


Walaupun album ni keluaran tahun 2002 ketika mana aku belum mengikuti HammerFall, tetapi beberapa lagu dalam album ni antara lagu-lagu HammerFall kegemaran seperti Riders Of The Storm, Hearts On Fire, Crimson Thunder dan Hero's Return disebabkan DVD konsert One Crimson Night.


Terdapat dua lagu cover dalam album ni Angel Of Mercy (Chastain) dan Rising Force (YJM Rising Force) yang kemudiannya dimuatkan dalam kompilasi Masterpieces.



Lagu instrumental In Memoriam hasil sentuhan Stefan Elmgren juga amat menusuk kalbu, dan sekali lagi aku berharap agar Elmgren akan kembali kekal dalam HammerFall dan bukan hanya sebagai bassist gantian untuk tour album baru.

_____
Ada apa: Riders Of The Storm akan di"cover" selepas hiatus.

Wordless Wednesday: Tepoeng Boewat Koewe




_____
Ada apa: WTF?

T-Shirt Hijau TMNT


Terjumpa t-shirt TMNT (bootleg) berlabel Reef-Knot dengan saiz XXL di premis BB Ahad lepas. Dengan harga RM14.90, why not? Hehehe... Bukannya selalu dapat peluang terjumpa t-shirt bersaiz gedabak XXL ni (diskriminasi saiz).


Bagi mereka yang membesar dalam era 80an pastinya sedikit sebanyak terkena tempias fenomena "Ninja Penyu" ni, mungkin antara pengalaman yang sukar dilupakan semasa zaman kanak-kanak. Nita Strauss pun suka TMNT.

Tapi filem TMNT tahun lepas pula aku tak sempat nak tengok.

_____
Ada apa: Dah lama tak pakai t-shirt hijau terang...

Metallica - Kill 'Em All (Part 2)


Untuk cerita merapu lama mengenai album Kill 'Em All ni, boleh baca entri tahun 2010.


Album-album Metallica juga tidak terlepas daripada menjadi mangsa lelongan pasca Projek Mega 2011. Satu-satunya album Metallica yang "terselamat" ketika itu ialah Ride The Lightning.

Seperti album lain yang menjalani proses pembelian semula, ia diperolehi daripada estock_deutschland dengan harga tersenyum €3.98 (RM17.26). Ini merupakan versi cetakan 1989, sama seperti yang pernah aku miliki dahulu.

_____
Ada apa: Ayat olahan entri ni.

Hitam Berkilat


Hiburan semasa pemanduan pergi-balik kerja minggu ini... Kompilasi Shining Black (The Best Of Tarot 1986-2003) daripada kugiran lagenda heavy metal Finland, Tarot.


Aku pernah buat entri pasal kompilasi ni tahun 2009 dulu (zaman mula rancak ber-eBay), sila abaikan gaya penulisan/bahasa rebellious ketika itu.


The glorious 80s - Marco Hietala yang agak mengerikan.

Tarot yang telah wujud sejak 80an tidak begitu dikenali sehinggalah Marco Hietala menyertai Nightwish awal 2000an. Selepas itu rilisan Tarot menjadi buruan peminat Nightwish (seperti aku).

Sekarang ni agak sukar untuk mendapatkan rilisan-rilisan lama Tarot di eBay. Jika ada pun dijual pada harga yang agak premium.


Harapnya Tarot dapat merilis semula album-album lama mereka dalam bentuk cetakan semula atau remastered, dan bukannya merakamkan semula seperti album The Spell Of Iron MMXI.

_____
Ada apa: Minggu depan cuba layan semula Crows Fly Black.

Super Super Super Mirage


Ini pula eksperimen projek yang dijalankan malam minggu lepas, Mirage aku (LTD M-103FM) sekali lagi mengalami modifikasi untuk kali yang ke... Entah? Akupun dah lupa.


Aku agak cerewet dengan bunyi pikap singlecoil, mungkin bukan peminat singlecoil kot? Sebab itu kali ni aku hanya memasang pikap humbucker bridge tunggal, iaitu DiMarzio Super 3 (DP152) yang sudah sekian lama terperap dalam stok peribadi.

Suis tiga arah DiMarzio EP1105 diguna untuk mendapatkan tiga konfigurasi berbeza daripada sebuah pikap - parallel/split/series - berpandukan diagram PDF yang didapati daripada website DiMarzio.


Kali pertama mengaplikasikan kaedah "crocodilos clipoterus" yang dipelajari daripada blog Yustech supaya spring pikap tidak melompat dan terbang keluar orbit.

Mirage sememangnya gitar (platform) yang mudah untuk modifikasi, hanya perlu memateri pada bahagian suis tanpa perlu mengganggu pendawaian pada potentiometer volume/tone.


Super 3 agak sukar untuk "dijinakkan" berbanding Super Distortion (DP100) pada Goldie, kerana midrange yang tinggi. Bunyinya agak bingit/nyaring, kecuali jika guna setting scooped mids pada distortion/amp. Sesuai jika anda bermain dalam kugiran yang memiliki 2-3 orang gitaris.

Tiada perbezaan ketara antara bunyi pada konfigurasi parallel, split dan series, hanya terasa perbezaan dari segi output volume. Seperti biasa, tak perlulah letak demo, ini semua entri temberang belaka...


Proses pemasangan tali pula dilakukan malam semalam, dan sekali lagi tali jenama Jim Dunlop (light/heavy 9-46) dipilih sebelum ia berkarat dalam simpanan. Ditala pada talaan Eb-standard untuk tema thrash dan power metal.

Kedua-dua kaviti singlecoil pula ditutup dengan sticker carbon fibre (for the looks). Akan dibuka sekiranya memperolehi pikap singlecoil yang sesuai kelak. Mungkin akan cuba jenis rails atau stacked humbucker jika ada suntikan dana...

_____
Ada apa: Bukan pengaruh Jackson PC1 Phil Collen, tapi Ibanez RG TMNT Nita Strauss.

Wordless Wednesday: Bangking




_____
Ada apa: Bank apa?

Nightwish - Made In Hong Kong (And In Various Other Places)


Album live Made In Hong Kong (And Various Other Places) ni pun dah lama diintai dalam katalog estock_deutschland, tapi versi "brand new" agak premium harganya. Bila versi "very good" disenaraikan dengan harga tersenyum €6.06 EUR (RM25.50) pastinya terus dirembat.


Kompilasi lagu-lagu versi live Nightwish sepanjang konsert jelajah (tour) album Dark Passion Play sekitar 2007-2008 dari Israel hingga ke Amerika Selatan. Termasuk dua buah lagu Escapist dan While Your Lips Are Still Red daripada B-side single Bye Bye Beautiful dan Amaranth. Juga disertakan lagu Cadence of Her Last Breath versi demo yang dinyanyikan oleh Marco Hietala (pra Anette Olzon).


Album ni juga didatangkan dengan sebuah DVD yang mengandungi dokumentari Back In The Day... Is Now yang mengisahkan cerita di bekalang pentas sepanjang konsert, hampir keseluruhannya dalam bahasa Suomi (with English subtitle) dan tiga klip video; Amaranth, Bye Bye Beautiful dan The Islander.


Diperolehi sebagai pelengkap koleksi diskografi Nightwish, dan paling penting ialah dokumentari Back In The Day... Is Now itu sendiri, antara sebab utama keinginan untuk memiliki album ini.


Pada pendapat aku, fokus utama dalam album live dan dokumentarinya ialah vokalis baru mereka (ketika itu) Anette Olzon. Untuk persembahan live, vokal Olzon agak "kureng" seperti tercungap-cungap, mungkin disebabkan gementar berhadapan dengan ribuan penonton seperti yang dijelaskan sendiri oleh Olzon sendiri dalam dokumentari.

From Finnish, to Swedish... And now a towering Dutch!

_____
Ada apa: Tuomas Holopainen, klon Jack Sparrow...

Dunlop Dark Moon


Meluangkan masa petang Ahad dengan memasang tali baru pada EC-256 (aka Dark Moon) aku. Dipasangkan dengan tali Jim Dunlop (10-52) dan ditala pada talaan C#-standard.

Fretboard yang kering dilembabkan dengan Fretboard 65 Ultimate Lemon Oil, juga produk Jim Dunlop.


Aku perasan ada tompokan kecil karat pada tali pertama E, membuatkan aku agak resah dengan status dua bungkus tali Jim Dunlop yang masih ada dalam stok peribadi. Satu daripadanya dah terperap sejak 2013 (9-46), manakala Wylde (10-46) diperolehi bulan September lepas.

Light/heavy 9-46
Ya, jenama Jim Dunlop juga tidak kebal daripada karat. Walaupun bungkusannya kedap udara dan memiliki sebungkus kecil desikan (desiccant, silica gel), karat tetap ada pada tali GBE (plain strings), tali EAD (wounded strings) tidak terjejas.


Walau bagaimanapun ia tidaklah seteruk Hybrid Slinky minggu lepas, masih dapat diselamatkan dengan mengikis karat yang ada dengan kertas pasir gred halus kemudian lap dengan cecair berminyak (lemon oil, string cleaner).

Harap-harap Wylde 10-46 tidak mengalami masalah yang sama...

Ada silica gel.
Ikut pengalaman, setakat ini GHS, D'Addario, DR String (coated), Pyramid, Martin/Darco dan Alice (yes, cheapo Alice) antara jenama yang boleh disimpan lama. Rasanya lepas ni tak perlulah aku menyimpan stok tali gitar terlalu lama sehingga setahun.

_____
Ada apa: Nak cuba jenama Curt Mangan pula.

HammerFall - Threshold


Satu lagi album HammerFall - Threshold, berjaya diperolehi dengan harga tersenyum €5.59 (RM24.07) selepas diintai daripada katalog estock_deutschland. Album ni sebenarnya diterima pada hari yang sama dengan album Shogun, tapi entrinya dipotong oleh kompilasi Bore Us, Chorus minggu lepas.


Threshold merupakan album studio keenam, dan merupakan album terakhir bersama-sama Stefan Elmgren dan Magnus Rosen, masing-masing keluar daripada HammerFall pada 2007 dan 2008.

Tetapi Elmgren kini kembali bersama-sama HammerFall sebagai bassist undangan (untuk tour) menggantikan Fredrik Larsson yang sedang cuti bersalin (paternity leave). Harap-harap selepas Larsson habis bercuti, Elmgren kekal dan kembali kepada posisi gitaris supaya HammerFall jadi "three-amigos" - Dronjak/Norgren/Elmgren.


Seperti album 3U, album Threshold ini juga masih menggunakan khidmat Samwise Didier untuk lukisan cover art.

Memandangkan album ini dikeluarkan tahun 2006 ketika aku masih belum mengikuti HammerFall (mula rancak selepas era Masterpieces), ia hanyalah sebagai pelengkap koleksi kerana tiada lagu-lagu yang meninggalkan memori. Walau bagaimanapun, muzik HammerFall tetap epik seperti album sebelumnya.

_____
Ada apa: Next, Crimson Thunder.

Wordless Wednesday: Kehilangan Ahli Band?




_____
Ada apa: Korawk dah hilang...

Sepetang Di Master Jam Music Studio


28/2/2015 - Selepas kehilangan arah untuk jamming disebabkan penutupan 36 Studio, kami mencuba studio lain sebagai alternatif untuk melepas gian jamming, mungkin sessi jamming terakhir entiti 3-piece Hepi;) sebelum aku hiatus?


Azrol mencadangkan untuk mencuba Master Jam Music Studio, aku pada mulanya membantah atas sebab kadar sewa yang agak mahal iaitu RM45 sejam (kadar hujung minggu). Azrol memujuk supaya memberikan peluang kepada studio ni, jika tidak "sesuai" maka inilah sessi pertama dan terakhir.


Master Jam ni terletak di Li Hua Plaza yang juga sebenarnya merupakan bekas Z-Studio, mungkin bertukar pengurusan kot? Setiap langkah menaiki anak tangga menuju studio ni mengembalikan nostalgia ketika Metuk Ulau Project mula menggila penghujung 2011 dulu.

Terdapat dua buah bilik kecil untuk jamming, kami menggunakan studio B. Disediakan dua buah gitar Stratocaster jenama Squier dan Jazz Bazz juga jenama Squier, tapi seperti sessi jamming yang lain kami lebih selesa membawa gitar sendiri.


Amp pertama ialah Marshall MG50DFX (discontinued model), 50 watt sahaja, tapi aku rasa dah cukup kuat untuk saiz bilik. Dah biasa guna amp Marshall MG-series, setting untuk amp ini tiada masalah. Disediakan juga stompbox Behringer Ultra Metal UM300, jika anda tak berpuas hati dengan distortion/drive Marshall.


Amp kedua ialah Ibanez Toneblaster 50R (discontinued model), juga 50 watt. Amp ni lebih "straightforward" berbanding MG50DFX. Di bawah amp ni disediakan sebuah pedal Boss Distortion DS-1.


Drumset 5-piece ni macam pernah aku tengok, macam yang pernah digunakan ketika era Z-Studio dulu, yang berbeza cuma warna dah kuning emas berbanding hitam.


Untuk amp bass pula disediakan amp jenama Park, aku lupa model apa. Oleh kerana sessi kali ni tiada bassist, maka apa-apa yang berkaitan bass tidak diganggu.


Azrol semakin serasi dan kompeten menggunakan Zoom G7.1ut yang disambung pada clean channel amp Toneblaster 50R tadi.


Bob Kandar yang datang setengah jam kemudian kerana masih menyangkakan sessi bermula pukul 3.00 petang (kes tak baca SMS). Rasanya dah sebulan lebih tak jamming bersama Bob Kandar, walau bagaimanapun "chemistry" Hepi;) masih ada.


Masih kekok menggunakan Dark Moon (EC-256) yang masih bertali asal D'Addario 10-46 pada talaan standard. Buat masa ni, aku berpuas hati dengan pikap ESP LH-150 yang ada dan belum tergerak hati untuk menukarnya.


Setup aku pula agak ringkas (travelling light), EHX East River Drive sebagai booster drive channel amp MG50DFX tadi, dan Boss Mega Distortion MD-2 untuk distortion yang lebih "bassy" supaya serasi dengan muzik tanpa bass.

Ok, Master Jam Music Studio ni taklah seteruk yang disangka, tak jauh beza seperti zaman Z-Studio dulu. Cuma aku agak tak setuju dengan kadar sewa RM45 sejam. Jika kami yang dah berkerjaya ni pun mengeluh, apatah lagi budak-budak sekolah? Lebih berpatutuan sekiranya sewa sekitar RM30-35 sejam seperti Z-Studio dulu.

KLMJ, Daymare before Christmas - 24/12/2011
_____
Ada apa: Mungkin sebab kami dah biasa "bermewah" ketika di 36 Studio dulu kot...

Gerhana 2015


Setelah sekian lama terikat dengan kuota empat buah, akhirnya berjaya menambah nombor lima dengan beberapa "klausa" dan proses "gali lobang tutup lobang" perkakasan lain yang jarang atau tidak digunakan (Taka, amp, pedals).


Sebuah singlecut Eclipse versi LTD, model EC-256 Black, diperolehi daripada Dead Eye Guitars (DEG). Spesifikasi penuh boleh layari website rasmi ESP Guitars.

Telah terGAS dengan EC-256 terutamanya model EC-256FM Lemon Drop sejak 2012 (merapu dalam beberapa entri). Tapi model tersebut tak masuk pasaran Malaysia, yang ada cuma EC-256FM Cherry Burst. Dan apabila model Black (Les Paul Custom wannabe) mula masuk pasaran Malaysia pada Q4 2014, maka secara otomatik ia telah memotong barisan.


Sebenarnya pembelian telahpun dirancang sejak penghujung Disember 2014, dan seboleh-bolehnya dimiliki pada minggu pertama Januari 2015 (birthday? Hehe). Tapi atas sebab-sebab logistik, ia tertunda sehingga minggu ketiga Januari.

Gambar-gambar tambahan boleh didapati di sini (gitar yang sama).


Kebanyakan model-model terkini LTD siri 300 ke bawah adalah buatan Vietnam, EC-256 ini tidak terkecuali. Aku perasan LTD buatan Vietnam ni ada sedikit "sloppiness" berbanding LTD buatan Indonesia (Mirage), tapi tak mengapa (parap -parap) masih boleh diterima.


Ruang kaviti dan pendawaian yang agak ala kadar. Pendawaian akan dikemaskini sekiranya ada proses penukaran pikap kelak (mungkin Tesla). Buat masa ini selagi tiada masalah, ia akan dibiarkan begitu sahaja (jangan baiki benda yang tak rosak).

Black and gold, not blue and white!
Ada dua perbezaan ketara apabila menggalas dan memainkan Eclipse berbanding Les Paul (Goldie);
  1. Extra jumbo (XJ) frets dan radius 350 mm, standard LTD (seperti Mirage), Les Paul pula medium fret dan radius 304.8 mm (12").
  2. Jumlah dan kedudukan tombol-tombol yang agak berbeza.

Seperti biasa, disertakan dengan "hadiah percuma" D'Addario NYXL (9-42), manakala EXL140 (10-52) dan Jim Dunlop 427PJP Petrucci picks merupakan pembelian sampingan.

Nickname? DARK MOON bersempena nama "special attack" kapak bernama Eclipse (duh~) dalam game Blade Of Darkness.

Eclipse - Image Blade-Game.
Bakal dipasang dengan tali D'Addario EXL140 tadi, dan akan dikhususkan untuk talaan rendah D atau C# standard sahaja.

_____
Ada apa: Main influence? Thomas Youngblood.

Roxette - Don't Bore Us, Get To The Chorus!


Antara album kategori "guilty pleasure" yang sekian lama ingin dimiliki ialah kompilasi Roxette Don't Bore Us, Get To The Chorus. Walaupun agak mudah didapati di Malaysia, tapi aku tak berani menarik picu (pull the trigger?) untuk membelinya pada harga standard CD audio di Malaysia.


Dah lama aku intai album ni dalam katalog estock_deutschland, sebelum ini harganya memang tahap premium (RM40-100!), bila mula ditawarkan pada harga tersenyum (in this case €4.28 @ RM18.00) terus aku rembat.


Walaupun aku tidak mengikuti Roxette, tapi dah dengar muzik mereka sejak sekolah rendah lagi (It Must have Been Love) hingga ke zaman SPM (Crash! Boom! Bang!, Vulnerable). Dan seperti album-album "guilty pleasure" yang lain, ia dimiliki atas faktor nilai nostalgia, kenangan ketika zaman bercinta di sekolah.

Aku tak bersendirian bab Roxette ni, geng bloggers lain seperti Berteromber, Deaf dan Portdy juga meminati Roxette, pun mungkin atas faktor yang sama.

_____
Ada apa: Mungkin lepas ni nak cari kompilasi super Swedish lain - ABBA, Ace Of Base.

Selamat Tinggal Ernie Ball!


Memang rasa sakit hati bila buka set tali gitar baru, tengok-tengok tali di dalam dah berkarat, bukan setakat tompok-tompok kecil karat, tapi berkarat teruk! Begitulah nasib set Ernie Ball Hybrid Slinky kali ni.


Dalam empat kali pengalaman memasang tali jenama Ernie Ball sebelum ini, hanya sekali yang dipasang pada Goldie sahaja yang tidak berkarat.


Cuma tali EAD (wound strings) sahaja yang masih boleh dipakai, tali GBE (plain strings) dengan segala hormatnya masuk tong sampah, satu-satunya tempat yang sesuai untuk kes sebegini.

Latest restock 8-38, 10-52.
Nasib baiklah ia merupakan set Ernie Ball terakhir yang ada dalam stok peribadi (stok 2013), selepas ini faham-faham sajalah ye Ernie Ball? Dalam stok masih ada beberapa set jenama D'Addario, GHS, Jim Dunlop dan Martin Darco.

_____
Ada apa: Kes Bro Sub lagi sedih.

Wordless Wednesday: Orang Pecuri, CCTV Is Herh




_____
Ada apa: Apa CCTV tu boleh buat?

Pemacu Sungai Timur


Ok, pedal seterus sebenarnya sudah terGAS sejak 2013. Dipesan daripada Music Master Studio bulan Disember 2014, tapi baru sampai dan dihantar serentak bersama-sama MD-2 bulan lepas.


Electro-Harmonix East River Drive ini diperolehi untuk menggantikan Joyo JF-01 Vintage Overdrive yang telah berpindah milik kepada seorang rakan gitaris dari Miri.


Sebuah pedal overdrive "klasik" yang ringkas dan ala kadar, tapi aku suka grafik dan warnanya (duh~).

Bateri Mike Matthews!

Sebagai pedal overdrive tunggal, fungsinya tidaklah begitu menyerlah, tetapi sebagai booster untuk dirty channel sesebuah amp atau distortion pedal, nah ketika inilah magisnya berlaku.


Seperti dalam entri Bro Sub, pedal ni boleh dikatakan sebagai klon Ibanez Tube Screamer bernadi chip JRC4558 dengan sentuhan magis EHX.

Green LED too!
Sebagai pengganti JF-01, ia juga akan digunakan sebagai booster untuk dirty channel sesebuah amp, seperti yang pernah digunakan semasa BMF2013. Juga amat sesuai digunakan bersama-sama Micro Terror.

_____
Ada apa: Masuk khemah EHX.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Netbook/Tablet Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (5) 1h1e1m (30) 1malaysia (5) 36 studio (31) 57 goldtop (67) 58 explorer (14) ac/dc (6) adiwira (13) adrian smith (14) after forever (6) alice (11) amazika (2) amcorp mall (11) amplifier (125) amplitude music (1) amplug (4) andy james (2) angker (2) anime (52) anniversary (68) anthrax (1) art200 (3) artis tempatan (121) ashportal (3) ashton (5) asialink (4) ats (14) audioslave (2) avril lavigne (3) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (6) badges/patches (8) bag/case (54) bara studio (3) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bc rich (7) beaufort (12) behringer (44) belajar gitar (11) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (13) bill lawrence (7) bintulu (254) bintulu buskers (5) black sabbath (1) blackstar (19) blades (4) blaze bayley (23) blind guardian (20) blogging blues (44) blu-ray (3) bmf2013 (8) bon jovi (4) boss (47) botb (19) bottlecapt (3) brado guitars (1) braingell radio (13) brr2013 (16) bruce dickinson (21) buku/majalah (50) bumi putra rockers (3) bundaberg (13) cable (24) canon (2) ccr (1) charvel (52) children of bodom (19) ck music (52) cog (5) coke (5) cola (4) compilation (61) console games (6) converse (2) cort (45) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) d'addario (29) dalat (18) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (25) davis (3) daw pick (1) db music (13) dead eye guitars (89) dean (26) dean markley (3) def leppard (1) denner/shermann (2) digipak (36) digitech (20) dimarzio (32) dio (4) dismal euphony (2) dm25/12 (3) dn520k (2) do the dew (3) dokken (5) dr j (2) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (2) dream theater (13) drinho (3) drums (18) dutch lady (1) dvd (65) earth hour (14) ebay (225) ec-256 (25) eden (1) edwards (1) ehem (38) eksperimen (82) electro-harmonix (23) elixir (3) ella (6) elyana (4) emg (14) emo (186) energy drinks (29) entwistle (6) environment (38) epiphone (93) erectus (5) ernie ball (14) esp/ltd (139) estock (71) evanescence (1) evh (1) f-54 (8) f&n (12) fallout (13) family (39) fear factory (3) fender (15) filler entry (47) first aid (1) fishman (2) flashback friday (10) floor jansen (9) fontana (9) foo fighters (17) footwear (1) fotografi (30) fund-snatcher (13) gamer mode activated (23) gapnap (3) gartb20 (11) gary moore (2) gas (121) gator (10) gax010ltd (9) ghs (17) gibson (14) gig (75) gigrig (9) gitar kopak (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (4) green tea (15) grg270 (25) gruv gear (1) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (12) guitar collection (8) guitar parts (52) guitar service (23) guitar talk (64) guitar/bass (641) hammerfall (14) hartke (28) hashtag (3) hbk (1) headphone (6) headstock story (25) hennessey (7) hepi;) (56) herbal tea (5) hillsburg (2) historical (15) hootie (4) hotchix (34) hotel/resort (26) ibanez (181) icb200ex (14) iced earth (8) icon (24) imago (66) imitation (3) in flames (2) instagram (11) inverno (8) iron maiden (134) irt-pulse (1) isu semasa (230) j5 (10) jackson (32) jamming (123) jamtank (24) jepak (9) jim dunlop (54) joe satriani (12) jotb (13) joyo (17) jr (6) js music (3) js32t kelly (8) judas priest (2) kakis store (4) kamelot (18) karisma (4) kaset (32) kawan (262) kazanna (1) kempen (35) kerja (73) kerly (2) kesihatan (37) keychain (9) kherow (4) kiko loureiro (8) kikosp (7) king diamond (19) kkdn (6) koleksi (286) konsert (84) kopi (20) korg (50) kota kinabalu (14) kramer (1) kuala lumpur (29) kuala penyu (1) kuching (3) kucing (5) kustom (3) laney (18) larrong (1) lawas (3) lazada (14) lefthanded (5) lemon tea (11) letgo (38) lil (31) limbang (5) limited edition (14) line 6 (40) linkin park (2) lipton (1) live album (20) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) m nasir (2) m-103fm (76) m-50fr (4) maiden tribute (28) majestica (4) makan/minum (335) malaysia edition (2) malex (1) manggas (24) manowar (16) marco hietala (20) marigold (1) marshall (18) martial arts (3) martin/darco (9) masjid (2) masterjam (2) masterplan (11) mastodon (6) may (6) mayones (1) mcdonald's (10) medeli (12) megadeth (54) melaka (13) membakut (42) memori (305) mercyful fate (11) metallica (73) michael kelly (1) microphone (6) mini entry (52) miri (16) misfits (1) modtone (7) moen (11) mono (2) moody monday (11) motorhead (9) movie (48) mr diy (2) mrs (57) mug (2) mukah (19) mup (105) music bliss (7) music master (41) music nomad (1) muuv (52) mxr (9) my music (8) nanasmania (25) naruto (1) nat-geo (4) nestle (23) new album (27) new gear (164) newsted (3) nightwish (16) ninetology (2) nirvana (13) nita strauss (5) nonsense (63) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (15) notice (24) of string (17) oishi (5) oktoberfest (8) one piece (13) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (33) osg2012 (4) ozzy osbourne (10) pandora mini (11) panik (12) pantai (5) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (48) pc stuff (28) pc talk (13) pdap (2) peavey (22) pedal/stompbox (278) pedaltrain (14) pemuzika (3) penang (33) pepatung (4) peristiwa (37) petaling jaya (15) phones (12) pic of the day (51) pick (53) pickup swap (40) pickups (105) planet waves (9) playstation (8) pm2011 (18) pocky (2) pod hd300 (13) pod x3 (17) pokka (12) popomania (6) post-apocalypse (13) pqot (4) preamp (6) prequel (5) promo disc (5) prs (2) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (4) radin music (41) radio (4) rajinikanth (3) ramadhan special (61) ramli sarip (2) randall (4) rare (94) ratm (2) reco (24) recording (12) reg studio (8) restring therapy (48) revamp (2) rex (1) rg331m (3) rg350m (14) rhoma irama (3) ribena (4) ritter (1) rock at large (22) rocktoberfest (1) rocktron (6) roland (16) rotosound (5) roxette (1) roy z (7) rp360 (6) sabahan (18) samson (4) samsung (5) sandman guitar (6) saxbys (4) schecter (2) search (15) seymour duncan (22) sibu (6) sick puppies (6) signboard (12) silica gel (5) silvia (7) singapore (47) single/ep (5) sipitang (1) sit (3) skull strings (2) snark (9) so-cal (49) sonata arctica (3) sony (22) soundcloud (7) soya (5) spear (2) speedy (30) squier (19) sr300 (24) stagg (12) star wars (10) stewmac (3) sticker (6) strap (12) strings (87) strings by mail (2) sudirman (3) sukan (17) sundrop (2) sungai (11) super album (91) superlux (3) sv guitars (2) swee lee (2) switchcraft (3) sx (10) t-shirt (34) takamine (5) takstar (3) tamil (11) tanglewood (9) tarot (15) tech21 (1) telecaster (11) telepathic tuesday (2) tesla (32) the cranberries (2) the guitar addict (30) the iron maidens (2) thomas zwijsen (4) throwback thursday (7) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (8) tonelab ex (2) tools (10) top 5 (3) tour de brunei (42) trade (19) transformers (4) travel (119) tribute (40) trivium (5) tsb6 (6) tuner (30) tv (31) ugly kid joe (3) usm (1) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (7) vmntx (19) vox (69) warwick (11) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (4) when wife cooks (9) wilkinson (1) wings (27) wireless (3) wonda (3) wordless wednesday (239) wrestling (8) ww2 (6) x-11 (33) xpdc (5) yamaha (4) yeos (5) yNot (21) yogurt (7) yolo (4) yustech (1) z-studio (15) zachary hietala (13) zoom (104) zoso music (9)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger