Wordless Wednesday: SH77



Imej cilok.
_____
Ada apa: Tak pernah lagi beli tali gitar bass...

Mastodon - Once More 'Round The Sun


Satu lagi hasil pancingan di Inverno Music Station, Mahkota Parade bulan lepas. Album studio keenam dan terkini Mastodon - Once More 'Round The Sun.

Cover art yang epik!
Ada beberapa lagi album Mastodon di premis Inverno (kecuali The Hunter), tapi disebabkan dana-dana aku yang agak terbatas ketika itu, hanya album ini sahaja yang dibeli (dan Bad Magic).


Dengan trademark *tiga vokalis dengan julat vokal berbeza (Dailor/Hinds macam vokal Ozzy Osbourne muda dan tua, Sanders pula ala Burton C. Bell), kerja gitar yang kompleks dan unik serta drumbeat yang "rajin" membuatkan hampir semua lagu-lagu menarik untuk didengar, memang layan habis.


Ayuh goyang dumang~

Julat vokal Dailor agak sesuai dengan julat vokal aku, mungkin MUP boleh cover lagu The Motherload ni nanti...

Akan cuba kayuh perlahan-lahan kumpul diskografi Mastodon ni nanti. Sekarang baru ada dua album (ini dan Blood Mountain), lebihan empat album lain tu taklah sampai tahap "berkikis bulu betis" sangat kan?

_____
Ada apa: *MUP pun sebenarnya ada tiga vokalis, selain aku, Korawk dan Adi Herman juga boleh jadi vokalis.

Ada Apa Dengan Pokka Gabu Gabu?


Terjumpa minuman dengan warna dan corak pada tin yang menarik di premis pasar raya F. Belek punya belek, ia produk Pokka. Aku pikir mesti ni produk Pokka import dari Jepun ni sebab banyak tulisan Jepun.

Perisa strawberi dan asli.
Harganya RM1.60 untuk setin 325 ml, agak murah untuk barangan import. Baca punya baca, rupa-rupanya buatan Pokka Malaysia (hahaha) siap ada logo halal JAKIM lagi.

Ia merupakan minuman berkarbonat perisa krim soda dengan tambahan susu, membuatkan rasanya agak lemak berkrim seperti ais krim (hence, ice cream soda). Aku lebih suka perisa asli berbanding strawberi. Rasa strawberinya agak kuat menenggelamkan rasa krim soda dan susu, dah macam minum Mirinda/F&N/Fanta strawberi pula.

Paling sesuai diminum sejuk, memang kimochi dan oishi~

_____
Ada apa: Nama yang lucu, Gabu Gabu!

T-Shirt Vemuram Dari Singapura


Menerima bungkusan "mengejut" bersetem Singapura (guess who?) beberapa hari yang lepas...


Berisi sehelai t-shirt warna perang/khaki gelap bersaiz L (walaupun sebenarnya aku bersaiz XXL), dengan imej Venuram.


Apa itu Venuram? Aku pun baru tau ia merupakan jenama pedal dari Jepun.

Apa-apapun terima kasih kepada Bro Sub (The Guitar Addict) atas pemberian t-shirt ni. Ia memang muat dipakai walaupun sendat sedikit, hehehe...

_____
Ada apa: Sendat di perut~

Team Batman Marrybrown


Entri yang ada kaitan dengan keghairahan filem Batman V Superman: Dawn Of Justice minggu ni.


Semalam singgah sekejap di premis Marrybrown semata-mata ingin mendapatkan pinggan Batman V Superman. Sayangnya pinggan ni bukanlah seramik tapi plastik (melamine?), yang pasti ia akan dijadikan perhiasan sahaja.


Filemnya pula dilayan pada tayangan pukul 5.00 petang di pawagam Star Cineplex, City Point. Tapi taklah sampai tahap bawa pinggan ni ke pawagam. Ulasan? Tak payahlah, AADI bukan blog ulasan filem.

Dagu yang viral.
Tapi jika disuruh pilih, aku akan memihak kepada Batman (aka Batfleck), kenapa? Sebab Batman hanyalah manusia biasa tanpa apa-apa kuasa luar biasa. Ok mungkin kekayaan dan kepintaran yang luar biasa, selain hebat *berkuntau (Ninjitsu/Keysi dalam versi Christoper Nolan).

Terima kasih Tim Burton kerana menjadikan Batman lebih anti-hero berbanding era Adam West yang kapow!

_____
Ada apa; *Hahaha Kal El tak pandai berkuntau.

Mangan Calypso


Tali gitar Curt Mangan (9-42) dalam stok aku dah mula berkarat. Daripada melarat, ada baiknya terus dipasang pada Calypso (Charvel So-Cal) dengan sedikit restorasi. GHS Boomers (my fav) yang dipasang hampir 10 bulan lepas terpaksa dikorbankan walaupun masih ok.


Pendapat awal, Curt Mangan terasa lebih kurang macam D'Addario XL. tapi tak pasti ketahanannya lagi. Aku masih ada sebungkus lagi Curt Mangan (10-46) dalam stok. Jika ia berkarat juga, secara otomatik jenama ini akan disingkirkan.


Kali kedua memasang tali secara songsang sebegini tanpa memotong bebola hujung (untuk gitar double-locking sahaja). Ia dapat mengurangkan risiko luka terkena hujung tali yang tajam, terutamanya jari-jari Lil dan Junior (dua-dua suka kacau). Tapi kalau D'Addario lagi menarik sebab warna-warni.

_____
Ada apa: Calypso bakal beraksi lagi di pentas rock Bintulu?

Wordless Wednesday: Kit Kat Green Tea




_____
Ada apa: Lebih suka Kit Kat asli, atau chunky.

Sepetang Di Tebingan Sungai Melaka


Ok, ini lebihan gambar yang diambil semasa berjalan kaki dari Wana Riverside Hotel ke Stadthuys hampir sebulan yang lepas (24/2/2016).

Disebabkan bandar Melaka ni ramai pelancong dalam dan luar negara, akupun tak segan-segan buat perangai rusa masuk kampung, tangkap gambar sana-sini... Kalau tempat lain, amat tidak digalakkan.


Idea yang menarik untuk diikut oleh bandar-bandar di Sarawak yang kebanyakkannya bersebelahan sungai.


Sepanjang perjalanan menyusuri tebingan sungai, banyak pemandangan yang berseni, pelik dan cantik, terutamanya kolaj dan mural yang bercirikan street/urban art.


Aku tak faham tema apakah yang dilekat pada dinding kayu ni, kebanyakkannya merupakan keratan akhbar berbahasa Jerman.


Mural dinding yang menarik, rasanya dua kali aku perasan rekabentuk bunga begini sepanjang perjalanan.


Sampai di kawasan Bastion Victoria yang bersebelahan dengan gereja St. Francis Xavier aku tidak lagi lalu di tebingan sungai, naik ke atas dan lalu di bahu jalan.


Gereja St. Fancis Xavier (lawak Deadpool: Steward or McAvoy?) dengan hype "Built 1849". The twin tower of 17th century Malacca? Hehehe...


Aku suka senibina neo-gothic sebegini, katanya diinspirasikan daripada rekebentuk gereja besar St. Peter di Perancis.


Tak jauh daripada gereja tadi, bangunan-bangunan berhampiran dah mula berwarna seragam merah bata (terracotta, maroon, burgundy), menandakan Stadthuys dah dekat. Melalui kaki lima rumah kedai ni terasa deja-vu Penang...


Stadthuys, antara tinggalan penjajah Belanda di Melaka. Seperti yang aku ceritakan dalam entri sebelum ni, memang dah lama aku teringin nak datang ke tempat ni kerana nilai sejarah dan estatiknya


Senibina gereja Christ Church (1753) ni pula seperti gereja dalam filem-filem koboi (Wild West) kan?


Aku tak pasti apa tujuan mortar ni diletakkan berhampiran menara jam dengan muncung yang terbuka. Adakah ia asli, replika ataupun tong sampah? Memang ada yang salah anggap ia tong sampah, kerana di dalamnya memang ada banyak sampah, sedih...

Pemandangan ala poskad.
Aku sanggup berjalan kaki ke Stadthuys ni sebenarnya semata-mata nak beli cenderamata (t-shirt) Melaka untuk isteri dan anak-anak. Kena datang sebelum pukul 7.00 petang, kalau tak gerai-gerai dah tutup.


Selesai membeli t-shirt, sambung kembali aktiviti "berlagak" jadi pelancong (memang aku pelancong pun~). Menyusup masuk dalam rombongan pelancong dari Korea dan China, blending in...


Area tebing sungai pula banyak arca-arca dan ukiran, antaranya nama-nama PM di bawah ni:


Sebatang kayu di sebelah paling kanan belum terpahat nama sudah disediakan, adakah ia disengajakan?


Yang ni katanya kincir air di-Raja (or sort of...) akupun lupa namanya sebab tak ambil gambar label plak.

Bila dah muak jadi pelancong, baliklah~ Perjalanan balik aku menyusuri tebingan sungai di sebelah bertentangan pula.


Sebarang jambatan ada Hard Rock Cafe, kalau aku ada di Melaka sampai 27/2/2016 mungkin sempat tengok persembahan Dr. Bentara di sini.


Aku lupa nama jalan ni, tapi sebelah Hard Rock Cafe, nampak macam China Town.


Cool street art, warnanya ceria, biarpun latar belakangnya bangunan tahun 1930-an (or older).


Hah kan! Lebih kurang sama macam bunga gambar keempat di atas tadi. Selepas kawasan ni tak lagi ambil gambar, sepanjang perjalanan balik telefon digunakan untuk berbual dengan Mrs. Ijau dan anak-anak.

Aku sememangnya suka kawasan, tempat atau bangunan yang bersejarah. Daripada sejarah kita boleh belajar daripada kesilapan generasi sebelumnya. Kadang-kadang timbul persoalan - alternate history - bagaimana sekiranya Melaka tidak pernah dijajah oleh kuasa besar Eropah?

Antara entri AADI lain yang berkaitan dengan sejarah - Tugu Starcevich, Muzium Limbang dan Return To Limbang.

_____
Ada apa: Semua gambar diambil menggunakan Asus Zenfon C.

Ada Apa Dengan Earth Hour 2016?


Serius, aku sendiri pun baru ingat Earth Hour petang semalam (Sabtu). Itupun melalui Facebook...

Imej cilok.
Seperti tahun lepas, seakan-akan tiada promosi kempen Earth Hour ni di TV (atau adakah aku yang terlepas pandang?) tidak seperti tahun 2009-2010 yang agak rancak promosinya di media massa.

_____
Ada apa: Ada anak kecil susah nak ber-Earth Hour, keh keh keh...

Sudden GAS: Bass Preamp Pedal (Part 2)


Sambungan minggu lepas...

Baru perasan yang Hartke ada meriliskan sebuah pedal preamp baru iaitu Bass Attack 2 semasa NAMM 2016 yang lepas. Adakah ia VXL Bass Attack Mark II? Hartke seolah-olah faham penyesalanku menjual VXL.
Image Samsontech.
Dengan tambahan OVERDRIVE dan fizikal yang lebih kecil (tapi panjang), sudah pasti ia lebih berbaloi dan mesra pedalboard.

Cuma kelemahan yang aku perasan:
  1. Seperti MXR M80 Bass DI+, tombol-tombolnya lebih mudah terpijak secara tidak sengaja.
  2. Menggunakan bateri AAx2 berbanding 9V, tapi masih lagi boleh menerima alternatif AC adapter atau phantom.
Jika harga runcitnya di bawah RM500, sudah pasti akan masuk dalam senarai akan dibeli. Jika lebih mahal, ada baiknya terus beli Zoom B3 atau M80 tadi.

_____
Ada apa: Tunggu, lihat dan sabar.

Ada Apa Dengan Schweppes?


Biasanya kalau hari Jumaat tak ada idea memblog, aku akan buat entri minuman (banyak dalam draft).

Sekarang memang susah nak jumpa minuman jenama Schweppes, tak seperti awal 90an dulu. Kalau ada pun pilihan dah tak banyak, aku cuma jumpa perisa dry ginger ale.


Buatan Singapura oleh Coca-Cola Singapore Beverages Pte. Ltd. Diimport dan diedarkan oleh Coca-Cola Bottlers (Malaysia) Sdn. Bhd.

Rasa halianya taklah seberapa, tak boleh lawan rasa halia dalam Bundaberg ginger beer. Cuma karbonatnya sahaja yang sedikit "menyengat" seperti Coca-Cola. Tapi oklah untuk harganya sekitar RM1.50-1.80 setin 330 ml.

Orang kata kalau minum minuman berasaskan halia ni bagus untuk *buang angin, betul ke?

_____
Ada apa: *Marathon kentut.

Megadeth - Dystopia


Satu daripada perolehan batch kelapan Radin Music yang diperolehi dua minggu lepas, album studio ke-15 (dah boleh kejar Iron Maiden ni) dan terkini Megadeth Dystopia.

Teringat probe/drone filem Oblivion.
Waktu melawat Inverno, aku dah pegang-pegang album ni, tapi tak jadi beli sebab dah berkomitmen beli daripada Radin Music sebelum aku pergi Melaka. Katanya imported version, tak pasti buatan mana. Tapi kalau dah ada logo "FBI anti-piracy warning" USA kan? Cover art pun cantik, lebih cantik daripada United Abominations (pendapat peribadi).

Ketika pengunduran Broderick dan Drover dulu, aku berpendapat "nah habislah mati kutu Abang Mus kali ni, apa lagi dia nak buat?". But Mustaine is Megadeth, Megadeth is Mustaine, Mustaine is resilient. Dan album inilah jawapannya...


Lagu-lagunya jika sekali putar, pasti akan keluar soalan "Eh? Macam pernah dengar stail muzik macam ni?", paling ketara lagu Dystopia. Aku yang bukan peminat tegar Megadeth pun agak mengambil masa juga untuk mengenalpasti daripada lagu-lagu lama manakah ia dicedok.

Aku tak pandai nak ulas setiap lagu, yang penting seronok didengar. Album Super Collider sebelum ini walaupun ramai yang kata tak best, tapi aku berpendapat sebaliknya. Lagu kegemaran aku dalam album ni selain Dystopia, pastinya Poisonous Shadows dan The Emperor.

Kalau nak baca ulasan terperinci, bolehlah singgah blog Berteromber.

_____
Ada apa: Once more, Dean versus Ibanez.

Wordless Wednesday: AADI @ 200k!




_____
Ada apa: Terima kasih geng-geng bloggers!

1511: Capture Of Malacca


Lagi cerita pasal Melaka... Dalam perjalanan balik dari Pusat Muzik Reco, sempat singgah sekejap di Dataran Pahlawan. Kali terakhir aku ke sini tahun 2007.

Waktu meronda, ternampak satu premis menjual barangan cenderahati [aku lupa dah namanya], tergantung beberapa t-shirt Melaka dengan imej bertemakan senario Melaka purba ala komik manhua.


Dalam banyak-banyak imej, aku pilih imej dengan tema "1511: Capture Of Malacca" sebab warna hijaunya menyerlah hehehe...

Harganya agak premium RM52.50 berbanding t-shirt Melaka lain (yang biasa-biasa) sekitar RM12-25. Mungkin disebabkan rekabentuk imej dan fabrik yang digunakan agak premium. Dan yang bagusnya, ia juga terdapat dalam saiz gergasi XXL dan XXXL - tiada diskriminasi saiz!

"This is Sparta Malacca!"
Tapi sayangnya pelukis kurang memberi fokus pada perincian, kerana ketopong (helm) yang digunakan adalah bentuk Corinthian atau galea Greek/Roman legion (ingat filem Gladiator, Troy atau 300?) dan bukannya morion yang biasa dipakai oleh conquistador Portugis.


Tapi tak mengapa (parap-parap), dengan imej yang agak brutal, ia amat sesuai dipakai semasa gig seperti t-shirt rock/metal yang lain kan?

_____
Ada apa: Tiba-tiba aku teringat lagu 1511 Bumi Putra Rockers.

Sudden GAS: Bass Preamp Pedal


Terasa menyesal sebab jual pedal Hartke VXL Bass Attack atas sebab-sebab GLTL beberapa bulan lepas. Sekarang bila dah fokus main bass balik baru terkial-kial mencari pedal preamp bass (kes tak ada amp bass).


Beli lagi? Barang dah discontinued beb, dalam katalog CK Music pun dah tak ada. Mau tak mau kena cari alternatif lain, dan mulalah terGAS untuk;

*MXR M80 Bass DI+
*Tech21 SansAmp Bass Driver DI.
*Eden WTDI Bass Guitar Pre Amplifier.
Tiga-tiga pedal preamp ni pun bukannya murah macam VXL. Opsyen murahan, Behringer BDI-21 seperti yang pernah dimiliki tahun 2010 dulu, macam alang-alang pula kan?

Tapi tak mengapa (parap-parap), seperti biasa GAS sebegini jika dibawa bertenang dan bermuhasabah diri pasti akan reda sendirinya. Atau jika betul-betul serius, aku akan cuba dapatkan satu daripada pedal-pedal preamp di atas tadi...

_____
Ada apa: *Imej M80, SansAmp dan WTDI dicilok dari website Shimamura.

British Boss


Ok kononnya tahun ni cuba untuk berhenti daripada membeli pedal jenis stompbox, tapi TERbeli juga seketul - Boss BC-2 Combo Drive. Ia merupakan unit terpakai (used) diperolehi melalui perantaraan Facebook Jamtank dengan harga lebih kurang separuh daripada harga runcit.


Aku dengar cerita, pedal ni pada mulanya bernama British Combo (hence, the BC acronym), dan ia direka untuk mensimulasi bunyi amp kombo AC British yang terkenal (Vox AC la tu~). Tapi entah kenapa nama British tu dibuang dan jadi Combo Drive.


Secara fizikal, tak ada apa yang menarik mengenai pedal ni. Rekabentuk sama sahaja seperti pedal-pedal Boss yang lain, cuma Boss dah kehabisan warna dan menggunakan warna merah maroon/burgundy yang kurang menyerlah.


Walaupun berstatus terpakai dan berdebu, tapi pedal ni masih nampak baru. Cuma tombol LEVEL saja yang agak bengkok tapi masih berfungsi 100%. Untuk separuh harga ia memang tak mengapa (parap-parap).


BC-2 ni pada asasnya bukanlah pedal distortion, tapi lebih kepada simulasi amp yang lebih dinamik. Dengan melaras tombol SOUND, kita akan dapat pelbagai bunyi ikonik "British", daripada clean, crunch dan drive Vox AC sehinggalah bunyi hi-gain Marshall JCM.


Ia akan menggantikan DS-1 sebagai distortion utama pada gigrig "real-men-use-three-pedals" aku. Bunyinya yang dinamik lebih sesuai untuk muzik yang selalu kami mainkan (notably NWOBHM of course).

_____
Ada apa: Lepas ni DS-1 dah boleh dijual untuk modal pusingan (GLTL).

Sepetang Di Pusat Muzik Reco


Aku dah berurusan dengan Pusat Muzik Reco secara online sejak 2010, pada mulanya melalui Mudah.my, dan sekarang menjadi lebih mudah berhubung terus dengan Miss Ng melalui medium Facebook.


Sebelum ini jika berada di Melaka (kursus) memang tak berkesempatan untuk mengunjungi Reco atas kekangan masa kerana premis Reco tutup sekitar 6.00-6.30 petang.

Kebetulan hari Khamis (25/2/2016) tiba di hotel awal sedikit pukul 4.00 petang berbanding hari-hari sebelumnya pukul 5.30 petang, jadi sempatlah merancang untuk melawat Reco dengan berjalan kaki dari Wana Riverside Hotel.


Dipendekkan cerita, sambungan daripada entri yang lepas - Jika anda berpandukan Google Maps untuk mencari premis Reco (seperti aku), anda akan sampai di loji IWK ni. Terasa macam kena prank pula kan? Hahaha...


Dua kali aku pusing-pusing di area ni, tapi tak jumpa juga premis Reco, terpaksa buka peta ringkas daripada website Reco (siap ada disertakan GPS location) supaya anda tidak sesat ke loji IWK tadi (hahaha).

Rupa-rupanya premis Reco ni terletak di blok belakang (Jalan Melaka Raya 14) dan bukannya mengadap jalan utama (Jalan Merdeka).


Tiba di premis sekitar 6.00-6.15 petang (lambat sebab kes IWK tadi), disambut oleh Miss Ng dengan janji tak akan tutup kedai selagi aku belum sampai.


Waktu bersembang dengan Miss Ng baru tau yang Reco ni merupakan bisnes keluarga yang diusahakan sendiri oleh Miss Ng dan kedua ibubapanya, tiada staff lain. Dan mereka ni sebenarnya bukanlah ahli muzik ataupun berlatarbelakangkan bidang muzik.


Daripada pemerhatianku, premis Reco ni menjual alatan muzik kontemporari seperti alatan muzik bertali (guitar, ukulele, violin), berkekunci (piano, keyboard) dan perkusi (drumset, cajon, chimes) tetapi tidak menjual alatan muzik jenis bertiup (flute, sax, trumpet, trombone, clarinet).


Premis ni juga lebih berkonsepkan kedai muzik layman, kerana disasarkan lebih kepada golongan berpendapatan rendah dan marhaen. Aku tak nampak langsung alatan muzik high-end atau boutique.

Sementara Miss Ng melayan pelanggan lain, aku sempat mencuba amp Vox VT20X menggunakan strat-copy Falcon (agak janggal aku dengan gitar ni).

Gambar tanpa watermark adalah dicilok dari website Pusat Muzik Reco.


Selain memiliki hampir semua aksesori dan alat ganti yang biasa digunakan oleh pemuzik, mereka juga ada menjual alat ganti yang selalu dicari oleh guitar/drum/sound technician (check-out their Mudah listings) thumps up!

Hampir sejam lebih juga aku huha-huha dalam premis ni, dan selepas aku beredar barulah mereka tutup kedai. Kadang-kadang terasa terharu bila dilayan seperti VIP, mengingatkan aku ketika melawat Music Master Studio beberapa tahun lepas.


Antara hasil pancingan daripada Reco; strap murahan (tapi tebal dan lembut), adapter Zoom AD-16E, *Ernie Ball Stainless Steel Super Slinky, dua unit tombol berwarna emas (untuk Mirage aku) dan dua benda yang dipesan oleh si Korawk - tuner klip Musedo dan daisy-chain cable - sudah pasti pada harga pelanggan tetap.

Sebenarnya kalau diikutkan, memang banyak lagi alat ganti dan aksesori kecil-kecilan ingin dipancing. Tapi cukuplah setakat ini, lain kali boleh berurusan lagi secara online seperti biasa. Terima kasih keluarga Ng.

_____
Ada apa: *Percubaan untuk kembali semula masuk khemah EB.

Entri AADI Paling Popular Bulan Ini

Dari PC/Laptop Blogger... (Disclaimer)

Ini merupakan blog peribadi, tempat aku berkongsi maklumat, meluahkan perasaan mengikut kata hati sendiri, cerita dan berita dengan rakan-rakan bloggers (others are welcomed too)...

Kebanyakkannya merapu mengenai hobi-hobi aku - guitar/bass related stuff, jamming, gig/concert, eBay stuff, collections, metal/rock music, CD/DVD, PC/PS4 games, anime dan sedikit pasal kehidupan dan kerjaya aku di Bandar Bangau (Bintulu) ni... Dengan menggunakan bahasa rojak dan tatabahasa yang kadang-kadang tidak menepati spesifikasi Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Penulis tidak akan bertanggungjawab atas segala kerosakan, kehilangan, kerugian dan kesedihan akibat pembacaan blog ini. Jadi, ada apa dengan Ijau?

-IDK-

Indeks Awan Label

12-string (6) 1h1e1m (30) 3-layer tea (13) 36 studio (31) 57 goldtop (106) 58 explorer (25) 7-string (12) 724rocks (3) ac/dc (7) acoustic (17) adiwira (54) adrian smith (20) after forever (6) aik cheong (6) ais krim (15) alice (12) amcorp mall (11) amplifier (163) amplitude music (3) amplug (6) andy james (4) angker (3) anime (68) anniversary (153) anthrax (1) arlo (7) artis tempatan (153) ashportal (3) ashton (5) asialink (5) ats (14) audioslave (2) autism (19) avem (2) avril lavigne (5) awe in one (3) ax3000g (17) babyblues (14) badges/patches (8) bag/case (85) barbican (4) bass talk (29) bbw2013 (6) bbw2018 (6) bc rich (23) beaufort (13) behringer (51) belajar gitar (12) bentley (7) beta-aivin (2) bickford's (2) bikf (14) bill lawrence (7) bintulu (349) bintulu buskers (5) black friday (11) black sabbath (2) blackstar (36) blades (5) blaze bayley (30) blind guardian (21) blogging blues (73) bmf2013 (8) bon jovi (7) borneo ugtv (2) boss (70) botb (21) bottlecapt (3) bourns (4) boxing (29) brado guitars (6) braingell radio (15) brr2013 (23) bruce dickinson (24) buku/majalah (64) bumi putra rockers (3) bundaberg (16) cable (32) canon (2) caparison (2) cc24s (6) charvel (82) cheers (3) children of bodom (26) ck music (62) cleartone (3) cog (10) coke (5) coklat (18) cola (13) compilation (68) conception (2) console games (30) converse (4) cort (56) craftsman (5) crinson (16) curt mangan (3) custom plus (14) d'addario (59) dalat (22) danelectro (13) danzig (2) dave mustaine (29) davis (4) db music (13) dead eye guitars (96) dean (25) dean markley (5) decathlon (3) def leppard (1) denner/shermann (2) dg-335 (2) dgr (3) digipak (51) digitech (26) dimarzio (63) dio (4) disturbed (3) dk2 (5) dm25/12 (3) dn520k (2) dokken (5) dr j (5) dr strings (14) dr1432h (20) dragonforce (6) dream theater (14) drinho (5) drum asia (2) drums (20) dutch lady (9) dvd (76) earth hour (14) ebay (229) ec-1000 (18) ec-256 (29) ec-257 (20) eclipse-ii (23) ehem (37) eksperimen (93) electro-harmonix (31) elixir (5) ella (6) elyana (4) emg (38) emo (279) energy drinks (52) engrish (6) entwistle (10) environment (39) epiphone (168) erectus (17) ernie ball (42) esp/ltd (234) estock (72) evanescence (1) everlast (2) evh (1) exists (6) f-54 (9) f&n (19) fallout (17) family (89) fear factory (3) fender (20) filler entry (48) fishman (3) flashback friday (40) floor jansen (9) fontana (10) foo fighters (28) footwear (3) fotografi (32) fozzy (1) frenché roast (6) fund-snatcher (23) fusion (3) g200dx (8) g250fr (1) gamer mode activated (48) gapnap (16) gartb20 (11) gary moore (2) gas (128) gator (24) gatorade (1) gax010ltd (9) geeksup (4) ghs (41) gibson (22) gig (121) gigrig (16) gitar kopak studio (1) gnr (1) goblinz (9) gotoh (13) green tea (28) grg270 (25) gruv gear (6) gsr190j (10) gsr200ex (17) guilty pleasure (16) guitar collection (13) guitar parts (87) guitar service (44) guitar talk (62) hagstrom (3) hammerfall (19) harmony (1) hartke (28) hashtag (3) headphone (9) headstock story (31) heaven and earth (5) hennessey (7) hepi;) (67) herbal tea (13) heritage custom deluxe (6) hillsburg (2) historical (16) hootie (5) hotchix (40) hotel/resort (29) ibanez (227) icb200ex (15) iced earth (10) icon (43) imago (72) imitation (3) in flames (7) instagram (51) insulter (5) inverno (27) iron maiden (169) irt-pulse (7) isolated gig (8) isu semasa (307) j5 (15) jackson (74) jamming (156) jamtank (45) jepak (9) jim dunlop (81) joe satriani (14) jotb (13) jovis music (1) joyo (25) jr (29) js music (10) js22-7 dka (1) js32 dka (4) js32 king v (21) js32t kelly (8) judas priest (5) kakis store (4) kamelot (26) karisma (4) kaset (37) kawan (376) kazanna (1) kempen (37) kerja (90) kerly (2) kesihatan (98) keychain (10) kherow (4) kiko loureiro (10) kikosp (9) king diamond (26) king's studio (6) kkdn (6) koleksi (308) konsert (103) kopi (107) korg (53) kota kinabalu (17) kuala lumpur (41) kuala penyu (1) kuching (6) kucing (6) kustom (4) lace (18) laney (39) larrong (7) lawas (5) lazada (33) lefthanded (6) lemon tea (15) letgo (80) lil (45) limbang (7) limited edition (71) line 6 (52) linkin park (6) lipton (4) live album (22) livestream (2) local gig (4) loudness (1) lowyat.net (16) loxx (1) lpg-reg (6) luk lalai studio (5) m nasir (3) m-103fm (96) m-50fr (28) maiden tribute (28) majestica (5) makan/minum (610) malaysia edition (3) malex (1) manggas (25) manowar (13) marco hietala (27) marigold (3) marshall (20) martial arts (14) martin (1) martin/darco (11) masks (6) masterjam (3) masterplan (11) mastodon (7) may (8) mayones (1) mcdonald's (10) me-80 (2) medeli (12) megadeth (65) melaka (13) membakut (47) memori (432) mercyful fate (11) metallica (95) mg30 (8) michael kelly (1) microphone (8) mini entry (56) miri (18) misfits (1) mmw (2) modtone (7) moen (11) mono (5) moody monday (19) mooer (2) motorhead (9) movie (98) mrs (74) muf (9) mug (3) mukah (21) mup (166) music bliss (26) music master (42) music nomad (2) muuv (60) muww (2) mxr (12) my music (8) nanasmania (29) naruto (3) nat-geo (4) nestle (85) new album (30) new gear (241) newsted (3) nightfall (14) nightwish (17) ninetology (2) nirvana (15) nita strauss (8) nogas (4) nonsense (117) nonuz (7) noobaxe (10) north borneo trooper (16) notice (32) nux (9) nylon maiden (2) of string (28) oishi (5) oktoberfest (10) old town (3) one piece (18) opening soon (5) operasi (3) opeth (2) orange (41) osg2012 (4) ovation (8) ozzy osbourne (13) pandora mini (12) panik (13) pantai (7) papar (1) pc gamer tribute (1) pc games (74) pc stuff (39) pc talk (17) pdap (2) peavey (26) pedal/stompbox (355) pedaltrain (14) pemuzika (21) penang (58) pepatung (4) peristiwa (38) petaling jaya (14) pfg5 (15) phones (14) pic of the day (65) pick (71) pickup swap (93) pickups (203) pkp2020 (26) pkp2021 (23) pl1 (6) planet waves (17) playstation (28) plustop pro (1) pm2011 (20) pocky (11) pod hd (9) pod hd300 (17) pod x3 (18) pokka (25) popcorn (14) popomania (7) post-apocalypse (21) power root (11) pqot (4) preamp (7) prequel (5) prestige (7) prime domestic (3) promo disc (5) prs (8) ps boxing (19) putrajaya/cyberjaya (2) pyramid (4) queensryche (5) radin music (59) radio (7) rajinikanth (3) ramadhan special (112) ramli sarip (3) rammstein (9) randall (4) ratm (2) reco (29) recording (13) reg studio (23) restring therapy (105) revamp (2) rg331m (19) rg350m (14) rg370ahmz (5) rg420eg (1) rhoma irama (3) ribena (4) richter (7) riego (6) ritter (2) rock at large (37) rocktron (6) roland (16) rotosound (11) roxette (2) roy khan (12) roy z (7) rp360 (9) sabahan (24) samson (4) samsung (6) sandman guitar (7) sarawak rock & mob (13) saxbys (4) schecter (4) schweppes (4) sdx (17) search (19) seymour duncan (51) shopee (39) sibu (6) sick puppies (6) signboard (20) silica gel (7) silvia (22) singapore (57) single/ep (10) sipitang (1) sit (9) skb (4) skull strings (4) slayer (5) slipgate (9) slipknot (2) smr (6) snark (9) so-cal (76) sonata arctica (3) sony (31) soundcloud (10) soundwave (2) soya (8) spear (2) speedy (30) squier (23) sr300 (50) stagg (12) star wars (25) starcraft (5) steam (14) stewmac (6) strap (34) street jam (2) strings (178) strings by mail (4) sudirman (3) sukan (28) sundrop (7) sungai (14) super album (101) superlux (3) susu (20) sv guitars (3) swee lee (32) sx (10) sze chan (1) t-shirt (65) tahi suci (7) takamine (5) takstar (7) tamil (12) tanglewood (10) tarot (18) tc electronic (15) tech21 (10) telecaster (12) telepathic tuesday (2) tesla (38) tgs (12) the cranberries (2) the guitar addict (35) the guitar lair (2) the iron maidens (3) the shred sanctuary (2) thomas zwijsen (6) throwback thursday (39) tokai (1) tom satchman (10) tomb raider (15) tonelab ex (2) tong garden (4) tools (24) top 5 (4) tour de brunei (50) toys (19) trade (31) transformers (5) travel (133) tribute (59) trivium (21) tsb6 (7) tuner (37) tv (35) ugly kid joe (3) ultra swede (4) usm (7) vantage (4) vcd (5) velvet (2) victoria (12) vintage (8) vmntx (19) vox (75) warwick (14) wasp (3) wharfedale (6) when idk cooks (2) when wife cooks (10) wilkinson (1) wings (31) wireless (11) wonda (14) wordless wednesday (460) wrestling (11) ww2 (8) x-11 (34) xpdc (6) yamaha (5) yeos (9) yNot (21) yogurt (13) yolo (4) yustech (6) z-studio (15) zachary hietala (14) zoom (124) zoso music (10)
 
|  Ada Apa Dengan Ijau?. Blogger Template By Lawnydesignz (Improvised By Ijau D. Koceng) Powered by Blogger