part 1 - from bintulu to miri
spt yg dijanjikan, entry aku kali ni pasal journey aku drive long distant balik kmpg. fyi, kali ni merupakan kali ke-9 aku blk kmpg guna jln darat since aku dpt kerja kat bintulu (since 2006)
peta aku cilok from google earth, kemudian edit sket2 nak tunjuk rough figure perjalanan yg dilalui dan bbrp checkpoint penting: A - pos imigresen sungai tujuh, B - pos imigresen kuala lurah/tedungan, C - pos imigresen puni , D - pos imigresen labu, E - pos imigresen merapok (sempadan sabah/sarawak), utk part 1 ni aku just review perjalanan dari bintulu sampai pos imigresen sungai tujuh sahaja dan akan disambung pada part2 yg berikutnya... malas nak taip semua skali dlm 1 entry, panjang sgt...
oke, sblm apa2 aku nak bg tips2 yg slalu aku praktikkan sblm aku nak driving long distant (alone... diulangi, ALONE) kalau yg dah terrer tu xpyh la ikut tips2 ni
- tidur yg cukup @ 8 jam... tp aku pasal bio-clock aku dah biasa tido dlm 4-5 jam je. so ikut bio-clock masing2 la, yg pntg cukup tido
- persiapan awal... pack brg2 awal klu blh sehari lbh awal, jgn 2-3 jam nak bertolak baru nak pack brg, kelam kabut dibuatnya
- sediakan checklist senarai brg2 yg dibawa... audit skali lg sblm bertolak supaya kita xlupa @ terlepas pandang brg2 yg penting
- vehicle maintenance... pastikan kenderaan dlm keadaan yg tiptop, better buat wheel balancing & alignment bbrp hari sblm journey, klu baru lps service lg bagus. check tyre pressure, petrol mencukupi, air utk wiper, spare tyre, tools, dll...
- bekalan makanan, minuman & ubat2an... aku akan siap2 beli air mineral, redbull/livita, kopi, chewing gum (bg smoker stok la rokok), biskut2 @ roti utk dimakan ketika memandu (mls nak buang masa breakfast kat rmh) aku akan letak benda2 ni dlm bakul/kotak & letak kat seat sblh for easy access... dan jgn lupa prepare panadol/uphamol, minyak angin & ubat2an lain yg perlu
- pastikan interior kereta anda xbusuk!... bau busuk @ terlalu wangi mempunyai efek dlm pemanduan, pendedahan kepada bau busuk/wangi yg berlebihan blh membuatkan mood anda berubah or worst anda mungkin merasa loya. pastikan air-freshener yg digunakan adalah jenis yg aroma therapy @ bau2 yg lembut (aku guna glades i love u) bg kereta yg ada purifier lg bagus... bau2an yg lembut dan aroma therapy menceriakan pemanduan anda
- pastikan bekalan muzik yg mencukupi... apa? bekalan muzik? yup... mcm aku, aku akan sediakan cd2 audio (ori) kegemaran (iron maiden, tarot, metallica, one piece) utk dipasang sambil memandu. pd pengguna mp3 player, pastikan bekalan mp3 anda mencukupi... memandu sambil mendengar lagu2 metal (lg bagus klu sing-a-long ala2 karaoke) pd thp volume 70-80% amat berkesan utk mencegah dan menghilangkan rasa mengantuk. xsemestinya lagu2 metal, klu korg minat lagu dangdut, joget, zapin, hiphop/rap, pop, dance pun blh dgn syarat lagu tu berirama rancak, enjoy & best layan sing-a-long. but soft jazz, instrumental & ballad is a NO NO! ni muzik bg mengantuk! ah~ xlupa... dan klu blh lagu2 spt highway star (deep purple), fuel (metallica), lagu2 anime initial d (move) haruslah dielakkan, sbb lagu2 ni akan merangsangkan minda anda utk memecut!
- susunan brg2 dlm kereta pun kena kemas, ketat & seimbang supaya nnti driving xrasa senget, xbest bila cornering dan juga unwanted vibrations
- start enjin atleast 10 minit sblm bertolak org kata nak panaskan enjin. sblm memulakan perjalanan... ada baiknya baca doa naik kenderaan, koman2 pun baca bismillah. kontek org tersyg (parents) bgtau kita nak mulakan perjalanan just nak inform la...
- jgn lupa reset milage counter bg 0 supaya senang nnti nak track brapa jauh kita dah drive
oke, off we go! kali ni aku memulakan perjalanan lewat sdkt dlm pkl 0615 baru bertolak dari bintulu, sblm2 ni aku bertolak awal antara 0530-0600. dlm perjalanan ke miri sblm smpi area niah (atau lebih tepat kat area nyalau, about 100-120km from bintulu) aku ternampak kebakaran hutan yg menyebabkan kawasan berhampiran diselubungi asap tebal. adakah kebakaran ni disengajakan utk pembukaan tanah pertanian? ataupun akibat kecuaian manusia? apa2 pun alasannya, ia merupakan jenayah terhadap alam sekitar! (style karam singh walia)
slalunya aku akan berenti kat haw food centre ni yg terletak betul2 dpn persimpangan nak masuk pekan niah, utk ke toilet dan membeli brg2 makanan ringan tp kali ni aku xsinggah sbb xde rasa nak kencing lgpun xnak buang masa
aku smpi bandaraya miri dlm pkl 0900 (lbh tepat 0859) fyi, jarak antara bintulu dan miri dlm 220km, biasanya memakan masa dlm 2-3jam... smlm aku isi minyak dlm 80% full skrg dah almost 50% so aku stop by kat shell yg terakhir kat miri ni utk isi minyak dlm RM30 (yup my tank is now full) lps isi minyak pi toilet nak kosongkan tangki aku la plak... then, sblm meneruskan perjalanan seterusnya, aku call parents aku just nak bgtau aku dah ada kat miri
perjalanan berikutnya menghala pos imigresen sungai tujoh, sempadan antara m'sia-brunei... tp sblm tu ada bbrpa tmpt yg menarik utk diceritakan. yg kat bwh ni institut latihan perindustrian (ILP) kat area permyjaya, tmpt aku amek exam undang2 JPA thn 2007 dulu (kantoi 1 paper, repeat skali lg 2008)
sblm menaiki jmbtn asean, ada satu tmpt perhentian ala2 R&R la (xsmpt snap pic), slalu aku siggah kejap utk pi toilet @ beli minuman, tp kali ni aku xsggh sbb xde rasa pun nak pi toilet sbb dah buang kat shell tadi...
slps menuruni jmbtn asean ni ada plaza tol... dari jauh nmpk mcm tol PLUS kat smjng, ekceli tol ni ialah tol jmbtn asean, utk motokar setiap laluan akan dikenakan tol sbyk RM10
0940 setibanya aku kat area imigresen aku nmpk ada pembinaan sdg dijalankan (xsmpt nak snap pic), ni projek nak buat pos imigresen baru dan besar mcm kat limbang supaya traffic flow m'sia-brunei berjalan lancar
utk memasuki brunei hanya memerlukan passport, sama ada passport antarabangsa, passport terhad utk ke brunei (aku ada yg ni, apply RM150 valid for 5 years) atau passport berkumpulan (grouping minimum 5 org, maximum 20 org... utk skali ulang-alik perjalanan shj) xperlu ada visa atau apa2 dokumen yg lain. kalau yg guna kenderaan sendiri tu pastikan ada geran kereta (green card @ salinan) dan insurans kenderaan yg sah, sbb nnti kat pos kastam brunei kita akan isi borang kastam yg memerlukan no. casis, no. enjin & tarikh insurans tamat. just make sure kat poket ada dollar brunei minimum B$5.00, slps cop passport... of we go to brunei!~
to be continued...
_____
p/s: baru part 1, ni pun byk cerita aku pendekkan
2 komen:
cpt sambung!..tak saba nak baca sambungannya..huhu..smpat lg jadi karam singh walia..
pelan2... xbest klu cpt2
Post a Comment