Pagi ni bangun lewat, badan rasa tak sedap - demam selesema. Aku kalau demam tu aku tak kisah sangat, tapi selesama tu yang aku tak suka. Hari pertama selesema mesti nasal bridge rasa pedih-pedih. Dipendekkan cerita, kalau demam selesema biasanya hilang selera makan kan? Aku kalau demam atau badan rasa tak berapa sedap, memang aku akan pi cari tomyam ayam. Jadi, tengahari tadi keluar mencari tomyam (ajak *ehem-ehem* dia sibuk la pulak, pi keluar sorang sajalah).
Menu orang demam - tomyam ayam, ayam masak merah, nasi putih.
Kat Bintulu ni ada beberapa restoran yang menjual masakan ala Thai (nak cari gerai-gerai macam kat Penang sori la), ada yang sedap dan ada yang hampeh dan aku taknak cerita yang hampeh. Restoran Selera Kampung antara restoran kat Bintulu ni yang menyediakan masakan tomyam yang sedap (mengikut standard aku). Btw, Restoran Selera Kampung kat Bintulu ni ada tiga cawangan - satu kat area Jalan Masjid old town Bintulu, satu kat area Parkcity dan yang aku pi ni kat area Medan dekat dengan Tabung Haji (tak payah cerita la, bukannya korang tau pun hahaha).
Kegemaran tatkala semua selera hilang - tomyam ayam.
Ayam masak merah (ekstra pedas).
Kopi C special.
(sama seperti teh C special)
Yang pastinya selepas menikmati hidangan pedas ni, habis badan berpeluh... Hahaha!~ Itulah nikmat layan tomyam tatkala demam ;) Sebenarnya tadak idea nak buat entri apa hari ni, bila demam semua mood hilang...
_____
Ada apa: Apa lagi? 'Mamam' la...
3 komen:
Aku selalu demam. 6 bulan terakhir ni 7 hari aku mc. Sakit tu tandanya tuhan sayang.
sampai ati ko bro. tgh2 malam ni ko buat aku lapar. hahahaha
mhagnoth:
rasa sakit2 badan time demam tu best hahaha (fetish)... tapi selesama aku xsuka
muspeed:
ala kat penang pkl 3 pagi pun bleh cari gerai tomyam, cuma perlu 2 benda je - rajin keluar & duit hahaha
Post a Comment