Kebelakangan ni ramai geng-geng bloggers (termasuk aku) yang buat entri pasal Wings. Jika korang membesar dalam era 80-an pastinya meminati lagu-lagu Wings (serta Search, May, Sofea, Rusty Blade, BPR, dll), jadi tak hairanlah jika mereka-mereka yang membesar dalam era 90-an tak berapa meminatinya, dorang lagi minat lagu-lagu Exist, 4U2C, KRU, Nico, Feminin dan Res'2. Lupakan cerita-cerita retro tu seketika, pagi tadi dalam pukul 9.00 brader posmen sengih-sengih hantar satu bungkusan Pos Ekspres untuk aku.
Bungkusan ni dihantar oleh saudara NN @ Berteromber pada hari Isnin 1/2/2010 dan tiba hari ni khamis 4/2/2010. Jadi secara tidak langsung Pos Malaysia telah menepati piagam pelanggannya walaupun atas sampul tu tertera "DIJAMIN SAMPAI ESOK", tapi untuk kawasan Bintulu yang berposkod 97000 berada di Zon C - serahan tiga hari bekerja berikut. Setelah mendengar rintihan dan komen dalam entri ni, akhirnya aku berjaya menambah satu lagi CD untuk koleksi Wings aku. Terima kasih kepada Berteromber, next project: Search - Bikin Wilayah dan Ramli Sarip - Alive.
Siap dapat plastik dan resit beb~
Macam nak start koleksi plastik pulak lepas ni hahaha...
Nanti kalau aku rajin, aku buat entri lain pasal album Hukum Karma ni.
Aku rasa waktu photo shooting ni,
umur diorang lagi muda daripada umur aku sekarang.
Okela, nak sambung kerja kat Kementerian Facebook Malaysia sambil layan CD Hukum Karma pasang kat PC, hmmmhmmm hmmm... humming lagu Anugerah.
_____
Ada apa: Pergh album ni released 1988 beb~ hampir 22 tahun yang lepas... Aku baru darjah 3 dah layan Wings hahaha...
9 komen:
Wings lagi????
benda2 online ni mcm viral, cpt merebak dan berjangkit... agaknya skrg ni musim entri wings kot? hahaha
ko lambat masuk keje~
ces2~
ni kne tindakan undang2 pekerja ni~
woooii aku suka album ni semua lagu dia best
wow, umur aku 5 tahun dah pandai nyanyi Hukum Karma walaupun lirik tak betul. Wakakakak
Seingat aku dulu mmg excited tunggu album ni kuar…1st day rilis aku terus beli dah..esoknya tipu member2 sekelas cakap tajuk album ni “Karma Wijaya”..ada jugak badigol2 yg terpedaya pegi kedai kaset tanya ada tak kaset “Karma Wijaya”…guling2 ketawa kat kelas…hahaha..
Gilarr ahh…dah 22 tahun rupanya…tua siot…
err...tapi....aku suka jugak Res2 tu...orgnya la...muahahahaha..
res2??? nyum nyum.. huhuhu
gua sgt suka imej mus time ni!
patih karmawijaya hehehehe lawak seh,
ijau , aku baru je upgrade keset Wings naga keramat ke cd tapi sibuk punya pasal tak sempat nak review huhuhu....
ramli Alive sama bikin wilayah eh?
ini memang rare
kalau aku jumpaaku roger ko,
aku pulak tegah merintih cari biru matahitamku.
Post a Comment