Takziah kepada keluarga Mior Ahmad Fuad Mior Badri atau lebih dikenali sebagai Din Beramboi... Pelakon, pelawak, DJ radio dan seorang penghibur. Al-Fatihah...
Imej link dari web Utusan Online.
Hari ni cuti (Good Friday) aku bangun lambat sikit dalam pukul 10.00, bukak-bukak je Facebook dapat tau daripada PQoT, akupun browse online news. Aku tertarik dengan artikel Berita Harian ni
Akhbar sebelum ini melaporkan, pelawak dan pelakon terkenal itu menerima rawatan di HS akibat demam denggi berdarah, bukannya jangkitan virus air kencing tikus seperti yang didakwa pelbagai pihak.
Beberapa hari lepas pun kat Buletin Utama TV3 diorang report pasal jangkitan virus air kencing tikus tu.
Aku dah lama boikot radio Era since 2004 dan thank God kat Bintulu ni tak dapat siaran radio swasta (kecuali guna decoder Astro), dan aku jugak bukanlah peminat Din Beramboi. Tapi bila dengar berita kematian seorang seniman, barulah kita perasan kelebihan seseorang seniman tu, dan kehilangannya pasti akan dirasai... Macam kes Ustaz Asri Rabbani. Berita lanjut boleh layari Utusan Online, Berita Harian, myMetro atau dengar je berita kat Radio dan TV.
Apa-apapun Al-Fatihah lagi sekali...
_____
Ada apa: Penggunaan nama Din Beramboi ni dulu ada kontroversi sebab nama tu kan dah sinonim dengan watak kartun dalam majalah Gila-Gila dan majalah Ujang.
5 komen:
semoga arwah tenang.....
koi minat gila din beramboi!kaset ujang dulu tu sering menceriakan hidup koi ...best gila...
aku pun tak dengar ERA...pepagi on the way gi kerja selalu bukak SINAR...Abang Jem...i follo..
apa2pun Alfatihah dan takziah la buat keluarga beliau.
Alfatihah.
Aku pun tak dengar Era sebab dah terfollow abang Jem.
lagipun, ROCK KERAS DI SINAR tu best gila.
sama cam brotromber n speed
gua layan abang jem
Din Beramboi ni aku emmang minat ngan lawak dia ,
walhal masa dia mula2 naik dulu sekitar 90an, aku memang bebulu sebab dia cilok ide ujang....
tapi lama kelamaan Abang Din ni bangkit ngan identiti sendiri...
Al Fatihah
Allahyarham Mior Ahmad Fuad Mior Badri
aku layan klasik nasional je, hehehe...
rock selamba pun dah lama aku xlayan semenjak frekuensi radio kat opis byk interference dari equipment lab
Post a Comment