Yup, musim demam Piala Dunia (World Cup) datang lagi, demam yang hanya akan datang empat tahun sekali. Seriously, walaupun aku bukanlah seorang kaki bangku (hey, aku pandai main bola tau), tapi aku jugak bukanlah kaki bola.
Apa-apa liga bolasepak kat dunia ni memang aku tak follow baik Premier League, La Liga, Serie A, Bundesliga mahupun bolasepak tempatan. Aku sebenarnya bukanlah layan sangat perlawanan bolasepak kat TV, tapi kalau dah tertengok biasanya aku akan tengok sampai habis.
Agaknya sebab tu kot aku kalau tiap-tiap petang main futsal kat gelanggang Jabatan, aku main tadak taktik (skill ada) main straight-forward hentam keromo, tak macam orang-orang yang kaki bola. (Imej Piala Dunia link dari Wikipedia).
_____
Jadi bila musim Piala Dunia ni memang aku akan teringat memori-memori di sebalik Piala Dunia yang lepas.
1994 USA - Lain-lain rasanya tadak memori, kecuali perlawanan terakhir Brazil lawan Itali. Kebetulan paginya aku demam dan tak datang sekolah (aku tingkatan tiga), member-member semua ingat aku ponteng sebab nak tengok Piala Dunia. Dan disebabkan timezone USA beza 12 jam, jadi kat TV live awal pagi dalam pukul 6.00 kalau tak silap. Piala Dunia kali ni Roberto Baggio memang hype, sehinggakan menjadi punca kekalahan Itali disebabkan sepakan penaltinya terbang ke angkasa.
1998 France - Aku rasa Piala Dunia kali ni meninggalkan memori paling best bagi aku, sebab waktu ni aku second year kat USM dan tinggal kat rumah sewa (apartment) bersama-sama sembilan orang yang lain (member sekepala). Bila ada perlawanan tengah malam pastinya kitorang akan tengok ramai-ramai dan bila saja gol dijaringkan pastinya riuh-rendah berteriak "GOL!" bukan setakat rumah kitorang, tingkat bawah, tingkat atas dan blok sebelah turut teriak sekali... Nun sayup-sayup kedengaran jeritan yang sama dari student yang tinggal kat asrama USM di seberang jalan.
2002 Japan/Korea - Piala Dunia kali ni tak banyak dan mungkin tadak memori sebab timezone Jepun/Korea beza dua jam dengan Malaysia, jadi semua perlawanan live kat TV disiarkan waktu aku sedang bekerja (kerja shift petang sampai malam). Jadi tadak masa nak tengok. Skip...
2006 Germany - Bulan April aku mula ditempatkan di Bintulu bekerja di Jabatan Kimia, dan bulan Jun aku mula menyewa rumah dan tinggal seorang (sebelum tu menumpang kat rumah officemate), kebetulan jugak aku baru sambung Astro kat rumah, pengalaman pertama layan dua perlawanan live sekaligus split-screen Stadium Astro (waktu tu Astro sports package masih lagi murah tak macam sekarang). Tiap-tiap malam layan Piala Dunia sorang-sorang (belum ada housemate lagi) "berkampung" bentang tilam depan TV kadang-kadang tertidur sampai pagi. Dan insiden Zidane waktu perlawanan akhir Itali lawan Perancis memang tak dapat dilupakan. (Imej Zidane link dari Wikipedia).
2010 South Africa - Ntahlah, kali ni belum ada satu perlawanan pun aku tengok, kecuali semalam sebelum pi tengok A-Team sempat jenguk perlawanan antara Korea lawan Greece. Malam tadi housemate dah "berkampung" depan TV sampai pagi... Malam ni kalau ada kelapangan nak jugak join tengok. Hmmm... Ni rasa nak pi kedai beli kacang dan Cola Bundaberg.
Mesti ada yang tanya, Piala Dunia kali ni aku sokong pasukan negara mana? Aku tak sokong mana-mana pasukan secara spesifik, tapi mungkin setiap perlawanan aku akan sokong pasukan underdog...
_____
Ada apa: Bola itu bulat, salah... Bola itu sfera!
0 comments
Post a Comment