[Part 2 - Backdated to 2/6/2010]
Imej link dari Welt-Atlas.de (klik imej untuk saiz besar).
Selasa 1/6/2010 - Tatkala orang lain mula cuti Gawai Dawak hari ni dan esok, seperti dalam entri yang lepas, aku (dan *ehem-ehem*) memulakan perjalanan seawal 7.00 pagi menghala ke Mukah dan seterusnya ke Dalat. Perjalanan sejauh 250+ km (tak sejauh Tour de Brunei 550+ km, hence the word moderate distance) yang dijangka mengambil masa 5-6 jam bergantung kepada keadaan jalan.
Menuju ke arah Sibu.
Perjalanan dari Bintulu ke Mukah pada mulanya akan melalui jalan ke arah selatan menuju Sibu. Sebelum tiba di Pekan Selangau (dalam 150+ km perjalanan) ada simpang sebelah kanan menuju Mukah yang lebih dikenali dengan jalan Mukah-Selangau atau "jalan ladang"...
Kalau aku ada Toyata Hilux kan best...
Sebelum simpang menghala ke Mukah, terdapat beberapa tempat perhentian ala-ala R&R. Kitorang memilih untuk berhenti kat Restoran Nurliyana Abdullah disebabkan tandasnya yang bersih dan luas. Jam menunjukkan pukul 9.20 pagi, berehat dalam 10 minit untuk makan, bukan makan kat restoran tapi makan bekal mee goreng yang dimasak oleh *ehem-ehem* aku pagi tadi.
Oke moving on, the dreaded Mukah-Selangau road... Dreaded, banyak cerita yang aku dengar mengenai jalan Mukah-Selangau ni disebabkan ramai staf jabatan berasal dari sebelah Mukah dan daerah-daerah berdekatan, semuanya memang kutuk-kutuk jalan ni. Aku rasa antara sebab BN kalah kat Sibu waktu pilihanraya baru-baru ni adalah disebabkan isu jalan ni (ini cuma pendapat peribadi aku dan bukannya fakta). I wonder if my Imago can survive this road...
Sepanjang perjalanan entah berapa banyak papan notis yang menyatakan tentang kerja-kerja menaiktaraf jalan...
Disebabkan hari ni cuti umum, maka tak nampak kerja-kerja membuat jalan.
Bila tengok jentera berat ni mesti aku teringat kat Constructicon.
Dari jauh ternampak sebuah kilang kelapa sawit.
Rupanya inilah Kilang Kelapa Sawit Mukah,
yang tiap-tiap bulan hantar sampel effluen kat lab kitorang.
Semakin jauh perjalanan, semakin teruk jalannya...
Pelencong...
Kalau diikutkan jarak, jalan Mukah-Selangau tadaklah jauh mana pun, dalam 50+ km sahaja. Tapi disebabkan jalannya yang teruk, maka perjalanan yang diambil oleh Imago aku mencecah 2 jam! Aku tak nak ambil risiko memandu secara laju kat jalan ni demi menjaga kebajikan dan jangka hayat Imago tersayang aku :) Secara purata kelajuan pemanduan aku kat jalan ni hanyalah 30-40 km/j sahaja, jarang-jarang dapat masuk gear empat...
Aku hairan sebab sekarang ni dah zaman millenium tapi kenapa masih ada jalan sebegini, sedangkan ia merupakan jalan utama menghubungkan daerah Mukah dengan daerah-daerah lain (selain jalan air). Dan setahu aku, Ketua Menteri Sarawak merupakan orang Mukah (sila betulkan kalau aku salah), dia tak nak jaga tempat sendiri ke? Tapi siapalah aku nak komplen pasal jalan ni? Aku baru melaluinya buat kali pertama, berbanding orang lain yang dah melaluinya sejak berbelas-belas tahun.
Setelah hampir 50+ km mengharungi jalan teruk ala-ala rally, akhirnya jalan mula berturap sepenuhnya. Simpang Mukah/Balingian mula kelihatan, time check, 11.45 am.
Aku bersyukur sebab jalan Bintulu-Miri dan seterusnya sampai ke Sabah jauh lebih baik daripada jalan ni (95% berturap), kalau tak memang tadak mood aku nak memandu Imago aku balik sabah.
To be continued...
_____
Ada apa: Nampaknya tak lama lagi, aku akan senasib dengan adik Oriaj.
2 komen:
drg si ajil pun balik mukah masa cuti tu.. kekek ndak kamterjumpa dan drg lalu jalan yang sama jua... cuma drg guna hilux
hilux vs kelisa... mmg jauh beza pengalamannya
Post a Comment