[Part 3 - Backdated to 3/6/2010]
Imej link dari Welt-Atlas.de (klik imej untuk saiz besar).
Beberapa minit perjalanan dari simpang Mukah/Balingian tadi menghala ke Bandar Mukah, kita akan jumpa Kingwood Resort di sebelah kanan jalan, resort away from it all, kalau tak silap dalam pamphlet tulis 12 km dari Bandar Mukah. Nanti waktu balik aku nak cuba singgah ronda-ronda kat resort ni...
Kingwood Resort.
Jambatan Mukah.
Dengan melalui jambatan Mukah yang agak cantik ni (merentasi Sungai Mukah), memang dah dekat dengan Bandar Mukah. Kitorang singgah sekejap (sebenarnya lama dekat sejam lebih) makan-makan, ronda-ronda cari ATM dan singgah kat pasar kering/basah Mukah cari barang makanan untuk dibawa balik ke Dalat nanti. Papan tanda "Selamat Datang" ditaja oleh RHB Bank.
Sorilah, tak banyak gambar aku snap kat Bandar Mukah ni. Tengoklah esok-esok kalau ada masa aku ronda-ronda lagi area bandar. Jalan kat Bandar Mukah ni tadaklah susah sangat, aku yang kali pertama melaluinya pun tak sesat, terasa macam lalu kat jalan Bandar Limbang yang jalan-jalannya straight to the point.
Pemandangan Taman Tebingan Sungai Mukah.
Setelah "membuang masa" sejam lebih kat Bandar Mukah, kitorang teruskan perjalanan ke Dalat kalau tak silap dalam 35 km dari Bandar Mukah. Sepanjang perjalanan dari Mukah ke Dalat, jalannya memang bagus bolehlah memecut 100+ km/j tapi aku drive santai 80-90 km/j sahaja ala-ala Tour de Brunei.
Kampung Tanam (latar belakang Sungai Oya).
Dalam sejam kemudian (disebabkan tersalah simpang pi Oya), time check 2.50 petang akhirnya sampai tempat yang dituju, iaitu Kampung Tanam (sebelum pekan Dalat). Rumah *ehem-ehem* aku nun di seberang sungai, jadi terpaksalah park Imago aku kat sebelah sini. Menyeberang sungai dengan salui (motorbot 10-15 HP).
Dari odometer Imago aku, jarak yang aku lalui dari Bintulu lebih kurang 270+ km, yup lebih kurang separuh daripada jarak perjalanan Tour de Brunei. Tapi sekurang-kurangnya kalau memandu ada "co-pilot" ni taklah terasa bosan kan? Cuma tak dapat nak pasang lagu Metal kuat-kuat, hehehe...
_____
Ada apa: Kalaulah dapat drive 4WD...
0 comments
Post a Comment