Zoom G1M, Michael Amott signature edition guitar pedal. Berbeza dengan model asalnya iaitu G1 (model baru G1N dan G1U), patches dalam G1M ni sememangnya dikhaskan untuk muzik Metal. Lebih-lebih lagi setting yang diolah oleh Michael Amott sendiri (as mentioned in Zoom website), berdasarkan muzik Arch Enemy (dan Carcass).
Sebelum ni aku pernah memiliki G1X (dah letgo), tapi patches dalam G1/G1X adalah versatile dan cover semua genre muzik dari Jazz, Country hinggalah ke Metal. Tapi setelah mendengar beberapa patches G1M ni, pastinya (yang selalu main Metal) akan tersengih macam kerang busuk... Patches list (PDF format).
Imej link dari website Zoom Japan.
Terdapat jugak artist signature G1 yang lain, iaitu G1J (John 5) dan G1K (Kiko Loureiro), tapi memandangkan latar belakang Amott yang agak "keras" jadi pedal G1M ni amat sesuai untuk penggemar multi effects Metal yang malas (nak edit patch) dan kurang dari segi bajet.
_____
Ada apa: Sebenarnya aku bukanlah peminat Michael Amott, Arch Enemy mahupun Carcass.
0 comments
Post a Comment