Lagi cerita pasal minuman, kali ni Booster Blitz energy drink "xtra strength". Aku gelar "air cap kuda" - sesuai untuk orang-orang yang lambat buat kerja, bila minum air ni boleh buat kerja laju macam kuda! Hahaha...
Dibuat oleh Suri Trading Company (Pvt) Ltd. Sri Lanka dan diedarkan oleh Kotra Pharma (M) Sdn. Bhd. Kepada yang berkira pasal apa yang diminum, jangan risau sebab minuman ni ada cap halal JAKIM.
Dengan harga berpatutan RM1.70-2.00 untuk setin 250 ml (standard macam harga Milo atau Nescafe dalam tin). Paling murah aku pernah jumpa kat Yang Qing Trading Sdn. Bhd. Limbang, ia dijual dengan harga RM1.50 sahaja! Selalu kalau long distant drive tour de Brunei, memang aku akan singgah dan beli dua-tiga tin kat kedai ni.
Rasanya macam Red Bull (Krateng Daeng?) tapi dalam kepekatan yang rendah dan yang best sebab ia berkarbonat (fizzy). Amat sesuai dinikmati ketika ia masih sejuk. Dan disarankan menyedutnya menggunakan straw berbanding diminum secara meneguk, sebab bila guna straw kita akan sedut sikit-sikit, waktu ni lah fizzy feel kat lidah dapat dirasakan seperti sesuatu yang amat "kimochi~"
_____
Ada apa: Apa pulak "kimochi-kimochi" ni? Kalau Portdy baca mesti dia teruja...
3 komen:
"Kepada yang berkira pasal apa yang diminum, jangan risau sebab minuman ni ada cap halal JAKIM."
aku: Sama jugak dengan kawan2 aku bila aku singgah cafe yang pelik2. Dan bila aku kata, kedai nasi campur yang hangpa dok makan tu takdak cop halal jakim pun, awat yang pi makan?
-oh, dia melayu, sama agama.
aku: Oh, bahan yang dia pakai tu, Melayu punya ka, confirm halal ka?
-diam.....
Hang pernah jumpak tak orang macam tu ijau?
pat sini lagi dahsyat- makan pat restoran tak dak cop halal. bila tanya dok kata "Dia tak jual babi apa... jual ikan aje" tsk tsk tsk...
bro Ijau: ada jual NAUGHTY G tak? he he...
part kimochi tu aku tak tahan nak ketawa
Post a Comment