[Filler entry] Dah lama aku tengok banner sekitar bandar Bintulu pasal San Francisco Coffee "opening soon in Bintulu", dan selalu juga aku lalu depan premis ni bila nak pi Maybank dan TM Point (Medan Raya). Premis ni rasanya dah mula beroperasi awal atau pertengahan bulan September.
Soalannya, kenapa orang berani melabur untuk membuka premis "kopi" macam ni berbanding restoran makanan segera (franchise) yang belum ada lagi di Bintulu contohnya McDonald's, Burger King atau A&W? Diorang ni tak survey market dan permintaan ke?
Bagi aku, permintaan untuk restoran makanan segera di Bintulu terutamanya McDonald's (dan Burger King - info Speedrider) lebih tinggi berbanding premis "kopi" yang cuma akan dikunjungi golongan berada, berprestij dan "orang minyak" sahaja.
Sebagai contoh, semalam aku pi Sibu singgah kat McDonald's (restoran baru sebelah Wisma Sanyan) untuk ditapau balik Bintulu... Orang-orang Sibu sanggup berbaris empat barisan panjang semata-mata nak makan McDonald's. Sama juga kisahnya di Miri.
But, that's just my ranting of dissatisfaction. Yelah aku ni pun kira peminat tegar burger McDonald's juga, hehehe...
Teringat aku entri Speedrider ni...
_____
Ada apa: Rindu nak makan GCB dan Prosperity...
5 komen:
aku takleh bayangkan kalau BK ada di tempat ko. Kalau ikut voice-out di wall FB BK, ramai orang yang nakkan BK bukak cawangan kat sana.
..encik Ijau, jgn lupa try Spicy Chicken McDeluxe versi lada hitam...
...berair bijik mata beb.
muspeed:
aku tak kisah mekdi ke begeking ke a&w ke... asalkan restoran fast food, dah muak dgn kepsi yg semakin hari semakin kurg rasa "11 herbs & spices" yg diagung2kan, meribraun pulak xbyk pilihan burger yg menarik
eddie:
dua2 versi aku dah bantai semalam hahaha... tp kurg "feel" sbb mkn smbl drive sibu-bintulu... kena mkn diam2 baru dpt "feel"
ceh eddie...macam tau2 jer....baru semalam aku bawak anak2 pekena Spicy Chicken McDeluxe...
anak2 aku lebih suka Mcdonald dari KFC,BK,Marybrown,A&W dll tu..
sayang...kenapa Sate Ria dah tutup...
fast food ok la, tapi setakat nak minum kopi kat starbuck or whatever, tak yah la...
setahun sekali ok la kot hehe
Post a Comment