[Filler entry] Backdated to 30/10/2010 - Another cliché picture of the day... Dengan konsep yang sama macam entri yang lepas.
Lokasi kali ni ialah di Pantai Temasya Bintulu, dulu dipanggil Pantai Tanjung Batu. "Pondok" pusat pengumpulan bahan kitar semula yang dah lama dibina tapi sampai sekarang masih lagi "kosong" dan belum digunakan untuk tujuan asalnya.
Seperti biasa, ia didirikan dengan "mencuri" dua petak tempat meletak kenderaan. Jadi, pemilik Kenari dalam gambar di atas mungkin juga berfikir seperti pemilik Avanza dalam entri yang lepas;
"Daripada ia dibiarkan kosong, baik aku letak kereta kat sini... Btw, it was a parking area in the first place, right?"
Instant roofed parking lot I'd say...
Aku rasa entri yang berkaitan dengan alam sekitar ni sepatutnya aku tak kategorikan sebagai filler entry kan? Sebab ia masih ada kaitan dengan konsep blog aku.
_____
Sebenarnya tujuan utama aku singgah kat Pantai Temasya ni sebab nak makan ABC Tanjung Batu (dengan *ehem-ehem* of course hehehe). ABC kat sini jauh lebih sedap berbanding ABC yang dijual kat bazaar Ramadhan walaupun harganya agak premium RM3.50 per bowl (with specified toppings).
ABC Milo topping dan ABC ice cream topping.
Ignore the cameo appearance in the background ;)
Aku juga ada order sate, lima cucuk sate daging dan lima cucuk sate ayam. Tapi sampai habis makan ABC, sate yang diorder tak sampai-sampai... Hangin satu badan!
_____
Ada apa: ABC kat Stadium Negeri Pulau Pinang masih lagi menjadi pujaan hatiku...
0 comments
Post a Comment