Sambungan entri yang lepas...
Tauke DEG pun dah mula gabra sebab dia kata dia tak sempat nak test sebelum pos, lepas dapat dari distributor kat Jalan Imbi terus dia pos ke Bintulu keesokkan harinya. Mau tak gabra, benda ni bukannya kecik, postage cost pun dah RM80+ kalau hantar balik (warranty claim) mau melayang RM160+ (akan aku cas atas akaun tauke DEG hahaha!). Tu belum lagi termasuk prosedur untuk warranty claim yang entah akan memakan masa beberapa hari atau minggu.
Oren oh oren!
Ni dah masuk kali ketiga aku bernasib malang dengan barang-barang DEG yang dihantar kepada aku melalui pos. Dua kes terdahulu ialah kes Black Ice dan Kelly Kelly. Tapi kira tauke DEG bernasib baik sebab kes macam ni kena kat regular customer macam aku yang senang nak kautim, kalau kena kat orang lain especially first time buyer apa cerita? Confirmed his reputation will drop dead! Cuma memang aku mengaku perasaan frust tu tetap ada, sapa tak frust beb? Order barang dah lama, bila dah sampai tapi barang tak boleh guna...
Disebabkan back panel amp ni tadak warranty seal atau amaran yang menyatakan "warranty void if seal is broken". Jadi aku mengambil keputusan untuk "membedah"nya, tapi back panel amp ni macam pernah dibuka sebelum ni, sebab ada beberapa skru yang longgar.
Nevermind, mari kita dissect satu persatu isi perut amp ni dan membuat post-mortem apa punca "kematian"nya.
Simple je amplification circuitry amp ni,
aku ingatkan kompleks macam CPU komputer.
Inilah perut dan usus amp oren ni.
There's your problem!
Sambungan wayar "hidup" pada suis utama tercabut, ya TERCABUT! Macam mana perkara ni boleh berlaku? Aku ada dua teori, (1) amp ni jatuh dengan kuat waktu dalam pengeposan, tapi tadak pula kesan-kesan jatuh, (2) distributor sengaja nak kenakan tauke DEG (supaya reputasi DEG jatuh), lagipun kat back panel amp ni macam pernah dibuka seperti yang aku cerita tadi. Tapi itu semua teori aku saja, betul tak betul wallahu'alam.
Ah kalau masalah ni, senang saja... Macam kemahiran hidup tingkatan satu. Solder balik sambungan... Voilà ! Tak sampai lima minit dah siap. Selamat daripada membuang masa dan duit hantar balik untuk warranty claim. Wa punya hati pun manyak sinang~
Hah! Apa lagi? Bergegarlah bilik aku dibuatnya, test power dengan segala bass rig yang aku ada - Black Ice, B2, BOD100, BDI21 dan BLE100. Well, but that was another story...
_____
Ada apa: Review menyusul kemudian (kalau ada masa).
4 komen:
memang baik bro kalau tengok2 sendiri dulu... mana tau ada simple fault (macam ni) boleh betulkan sendiri.
boleh jadi tak, ada pihak2 tertentu yg mengumpil cover blakang ni utk lihat apa yg ada di dalam, takut2 ada benda yg tersembunyi yg boleh meletup? ini hanya satu teori sahaja...
arghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!
nasib baik anak atu pandai wayaring
bro sub:
btw, mmg amp ni ada byk "secret compartment" kat dlm
muspeed:
apa yg "arghhhhhhhhhhhhhhh!!!!!!!" tu? hang pun ada oren jugak...
oriaj:
tatap! lg senang dari repair pc
Post a Comment