Hari ni dah genap seminggu peristiwa bersejarah "Jeritan Bandar Singa" berlalu. Aku masih rasa seperti tidak percaya yang aku berada di sana, semuanya terasa macam dalam mimpi... Tapi bila aku tengok bukti-bukti yang aku pernah ke sana (termasuk suara aku yang masih serak), semuanya membuktikan mimpi tu benar belaka (ala-ala lirik lagu Dream Of Mirrors).
Mungkin gambar di bawah ni tidak memberi apa-apa makna kepada mereka yang dikategorikan sebagai "bukan peminat Iron Maiden" dan mereka yang tidak memahami nilai estatikanya. Bagi mereka, ia hanyalah longgokan beberapa keping kertas dan fabrik.
Iron Maiden crosskey landyard - satu-satunya official merchandise yang mampu aku beli ketika itu, memandangkan dana-dana yang aku bawa adalah terbatas.
Bagi aku, ia merupakan bahan-bahan bersejarah yang boleh dimasukkan dalam peti arkib aku. Setelah menjadi peminat Iron Maiden selama 17 tahun (yup 1994, baru lagi ni), akhirnya aku dapat menonton pakcik-pakcik Maiden beraksi di atas pentas (walaupun hanya duduk nun jauh di T09). Dan kalau bukan disebabkan Iron Maiden, entah bilalah agaknya aku berpeluang menjejakkan kaki di Bandar Singa...
* * * * *
Oh ya, daripada info entri Deaf-Angel ni, aku terus cuba melayari website rasmi Iron Maiden ruangan Todd's Diary, tapi malangnya ia hanya ekslusif untuk ahli Iron Maiden Fan Club (IMFC) sahaja. Atas ehsan member North Borneo Trooper (NBT) dapat juga aku membaca artikel tersebut.
Imej-imej berikut aku link (bukan copy) dari Todd's Diary, disebabkan cuma ahli IMFC saja dapat akses (aku pun pinjam akses member) jadi sekiranya imej-imej berikut tidak dapat dipaparkan di browser anda, paham-paham sajalah~
Second from left - Encik A'mal Jade
(berkaca mata hitam, sebab matanya bengkak).
Tidak syak lagi!
Encik Takilala yang dihimpit oleh awek "timur" dan "barat",
(jangan kantoi dengan orang rumah...)
[Edited @ 23/2/2011 6.50 am] Yang di pula imej-imej terbaru yang aku link dari Facebook rasmi Iron Maiden sejurus selepas ia diupload dalam album Tag Yourself 2011.
Harap-harap NBT di Bali pun bernasib baik macam ni.
Ni awek "Ostorlia" kalau tak silap, di Jakarta pun dia FTTB juga
(dikepit oleh geng-geng Manggas NBT).
Macam berebut sesuatu...
Sebenarnya ada beberapa lagi entri berkaitan peristiwa "Jeritan Bandar Singa" yang masih dalam bentuk draft, tapi memandangkan beberapa hari ni (dari minggu lepas) aku sibuk dengan urusan kerja dan fasa ketiga projek mega, semuanya terpaksa ditangguhkan dulu.
_____
Ada apa: Suara aku hampir pulih 95%...
4 komen:
terbaik bro!! sama dgn kau, suara aku pun makin pulih, haha!
ceh!!!..jeles aku nengok takikala kena kepit...hahaha...
dos:
ahad lepas jamming mcm hampeh je suara nyanyi lagu maiden... hahaha!
berteromber:
kita kat T09 pun apa kurangnya~ ter"kepit" jugak kan?
whoahhhh....gua jadi burger...heaven siakkkk...hahahahahah
Post a Comment