Selasa 15/2/2011 - Impianku untuk menonton konsert Iron Maiden secara live (semenjak menonton DVD Rock In Rio) kini telah menjadi kenyataan! Walaupun aku cuma mampu beli tiket yang paling murah/cikai (T09) tapi itu pun aku cukup puas hati. Segala persediaan seperti dalam entri-entri sebelum ni (tiket, flight, passport, t-shirt) semuanya berjalan dengan lancar. Setelah menjadi peminat Iron Maiden selama 17 tahun (2nd generation fan) akhirnya...
Sudah sampai sini - photo credits to AwgRaem.
Kalau diikutkan terlalu banyak cerita nak ditaip pasal konsert Iron Maiden ni, dan kadang-kadang ia tidak dapat digambarkan dengan kata-kata. Siapa-siapa yang tak berpeluang pi tengok konsert ni, suasananya lebih kurang macam dalam DVD Flight 666, semuanya memang happening!
Btw, kebanyakkan gambar dalam entri ni adalah ihsan daripada Facebook rakan-rakan, disebabkan aku hanya menggunakan k618i aku yang primitif.
Interesting review (dari kacamata penghuni Pen A) korang boleh baca entri Deaf-Angel ni. Review dari geng-geng Bloggers yang lain pun bakal menyusul (kelak akan aku buat link di ruangan ni).
[Edited @ 28/7/2011 12.35 pm] Review dari geng-geng Bloggers (more to come):
- Deaf-Angel - Ulasan Pendek, Full Review, Bootlegger + NBT
- Berteromber - Part 1, Part 2, T09 View
- Takilala - Gambar-gambar dari Pen A
- Jairo - Review yang dah basi
* * * * *
Supaya tak menyusahkan aku menyusun ayat, ada baiknya aku cerita bab-bab yang menarik sepanjang konsert malam tu dalam bentuk point, dari kacamata penghuni T09 dan pendapat peribadi aku.
1) Disebabkan KORawk tak dapat datang, seat sebelah aku kosong... Aku suruh Jairo yang duduk di barisan atas turun ke bawah.
The Iron (Maiden) Fist! - Photo credits to Berteromber.
2) Berteromber yang duduk sebaris dengan aku datang lambat, rugi dia tak tengok opening act Rise To Remain yang tak menarik langsung, hahaha! (Sebab aku pun tak terhibur).
3) Wabak Mexican Kallang wave yang bermula dari area T14-15 (kalau tak silap) seterusnya merebak ke seluruh kawasan stadium (beberapa round) yang kemudiannya disambut dengan tepukan gemuruh penghuni Pen A dan Pen B!
Kelas vokal (siapakah itu?) - photo credits to Jairo.
4) Ayat keramat "scream for me Singapore!" memang dinanti-nanti oleh setiap peminat, dan pastinya ia disambut dengan laungan yang "menggerunkan".
5) Sound system terlampau nyaring (kedudukan T09), terutama gitar Smith yang kadang-kadang suara Abang Bruce pun boleh tenggelam.
6) Abang Bruce tak kenal bendera Malaysia, padahal bendera Malaysia yang paling banyak berkibar dalam stadium (bendera Sabah[ell], Kelantan, Perak, Pahang lagilah dia tak kenal).
7) [Edited @ 9.50 am] Dari jauh memang nampak 4-5 orang kat Pen A pakai turban merah (hi-res image), aku ingatkan Singh dari India, tiba-tiba diorang angkat bendera Malaysia beb! - Photo credits to Berteromber.
8) [Edited @ 10.25 am] Geng-geng North Borneo Trooper (NBT) yang lain antara yang bertuah FTTB! (mungkin Takilala akan buat entri nanti)
NBT @ Pen A - Photo credits to Takilala.
9) Aku sungguh tak puas hati dengan cameraman dan telecasting crew! Kat skrin besar bila Smith solo Murray yang kena zoom, bila Murray solo Gers yang kena zoom, bila Gers solo Smith yang kena zoom, ngokngek!
Sampai satu tahap tu aku perasan Smith macam marah kat cameraman sebab zoom kat dia waktu Gers tengah solo, siap dia tunjuk kat Gers. Aku juga perasan ada beberapa lagu Smith sengaja membelakangi penonton bila Murray/Gers solo untuk mengelakkan dirinya dizoom oleh cameraman. Apa dia ingat konsert Maiden ni macam konsert Eric Clapton ke?
10) Lagi cerita pasal cameraman, bila dah betul zoom pada gitaris yang betul... Dia buat perangai pula, yang dia zoom headstock gitar buat apa? Apakehe? Kadang-kadang dia zoom area pickguard. Amat menjengkelkan (annoying) bagi kami yang duduk di belakang yang cuma berharap pada skrin besar untuk tengok ekspresi muka pakcik-pakcik three amigos Maiden ni waktu solo.
11) Dua lagu pertama The Final Frontier dan El Dorado, penonton belum menggila lagi sebab lagu baru tak ramai yang sing-a-long. Tapi bila masuk lagu 2 Minutes To Midnight, penonton mula mengganas!
The Trooper - photo credits to Berteromber.
12) Lepas lagu The Trooper, aku hilang suara! Beberapa minit baru ada balik hehehe... Walaupun "duduk" di area T09, aku berdiri sepanjang konsert, kecuali waktu persembahan Rise To Remain, intro lagu The Talisman dan sebelum encore. Nasib baik ruang agak terhad (dan saiz badan yang kurang mengizinkan), kalau tak memang aku dah melompat-lompat.
13) Beberapa peminat berhampiran dengan tempat aku macam malu-malu nak sing-a-long, malas nak tepuk tangan, angkat tangan, berteriak, dll... Tak Maiden langsung!
Seperti biasa, Gers memang liar di atas pentas - photo credits to Takilala.
14) The best solo of the night goes to Janick Gers on Blood Brothers. Aku rasa nak menangis je dengar solo ni, memang masyuk~
15) Lagu epik Angin (When The Wild Wind Blows) terlalu best bila dimainkan secara live, tak terasa lagu ni 10 minit lebih. Sekarang aku tau kenapa P-bass Harris guna mirror pickguard, bila terkena lampu sorot (spot-light) cahaya yang terpantul (ray of light) nampak best!
Bila angin liar bertiup - photo credits to Jairo.
16) Aku rasa patron stadium tak pernah tengok crowds yang happening macam dalam konsert ni. 12k strong full house sing-a-long the monster song Fear Of The Dark and other crowd-friendly songs.
17) Ramai yang ternanti-nantikan lagu Run To The Hills sebagai lagu penamat, tapi semuanya hampa bila roadie dah mula bergegas membuka prop pentas.
* * * * *
Aku akan update ruangan ni dari masa ke semasa sekiranya ada point baru yang aku terlepas pandang atau terlupa.
Cerita sebelum konsert (prequel) mungkin aku akan buat dalam entri yang lain. Banyak juga benda best nak cerita. Tu belum lagi cerita ronda-ronda di Bandar Singa dan cuci mata di kedai gitar bersama-sama Manggas! Well, those were another stories...
_____
Ada apa: Gua dah jerit sampai perit!
8 komen:
sampai hari ni demam maiden aku tak kebah2...hahaha...
Up the IRONS!
patut buat kat Malaysia je.singapore fans bukan ramai pon!syg2
berteromber:
suara aku masih lg mcm ramli sarip... xdpt nak jamming hari ni :) klu jd pun tpaksa cari lagu yg sesuai
abg ben:
bila nak buat rebiu versi krenmaut?
nizam:
iron maiden = blekmetal, puja setan, ada gmbr hantu!
xblh masuk m'sia
"Sound system terlampau nyaring (kedudukan T09), terutama gitar Smith yang kadang-kadang suara Abang Bruce pun boleh tenggelam." - Hahahahahahahahahahahahahahahahahahah sama standardddd je kat Malaysia kalau macam ni. ATAU position tiket murah yang buat dia dengar jadi macam tu?
Mirror pickguard tak FTW lagi. Sila rujuk MUSE dengan whole body mirror. Tengok reflection dia macam mana. Lagi power.
Singapore fans, lepas dapat tau Iron Maiden tak main lagu2 lama, ramai yg tak jadi pi...
Indoor Stadium- teringat masa muda2 dulu tengok metallica...
muspeed:
sound system to stadium yg punya bkn maiden yg punya... btw, aku xlayan muse so aku xtau
bro sub:
dah nama pun "the final frontier world tour", promote album baru... atleast separuh drp setlist merupakan lagu2 lama yg wajib maiden main live
suatu pengalaman yg amat berharga rasanya kepada bro ijau sblm mendirikan rumahtangga hahah...perghh up the irons sekali lagi tu NBT haha...best la baca review kau ni bro...w'pun aku x dpt pegi,at least baca artikel ni dari kacamata lu pun dah memadai hahaha
Post a Comment