Sambungan entri S&M DVD tahun lepas, kali ni versi audio CD. Walaupun aku dah ada dua versi audio CD ni - versi ori tanpa inlay (melepak dalam Imago) dan versi Petaling Street (ada di kampung), namun atas dasar pengumpul (collector) wtf aku beli lagi satu dari eBay, hehehe...
Dan pagi tadi, aku menerima bungkusan dari UK berisi tak lain tak bukan, album live Metallica - S&M.
Disebabkan pada sampul bungkusan ni ada logo CD (lihat gambar di atas), secara automatiknya ia akan menjadi sasaran untuk pemeriksaan Bahagian Kawalan Filem, KDN. Tapi ni kira kali pertama bungkusan yang aku terima dari UK diperiksa oleh KDN.
Mungkin pegawai-pegawai KDN yang buka bungkusan aku ni mengeluh "alaaa... Metalika, aku ingatkan video seks DSAI, kalau setakat Metalika, kat Malaysia pun ada jual".
eBay purchase info
- Purchased from: saffronjones77
- Location: UK
- Condition: used
- Price paid: £5.01+1.99 (RM35.55) menang bid
- Ordered: 21/3/2011
- Received: 6/4/2011
- Label: (P)(C) 1999 Metallica
- Publisher: Universal Music B. V.
- Made in: EU
Walaupun berstatus used, jewel case dan inlay pun dah nampak seasoned, tapi kedua-dua CD di dalamnya masih terjaga. Lebih kurang macam kondisi CD Garage Inc.
Seal rasmi pemeriksaan KDN.
Pasal album ni tak payahlah rasanya aku nak buat ulasan, sama je macam dalam entri S&M DVD tu. Ada yang suka, ada yang tak suka, dah jadi asam garam muzik Metallica. Well, this one is a tribute for you Mr. Michael Kamen (RIP).
[Entri Mini] RIP Scott Columbus
Dunia Metal kehilangan seorang drummer yang "ganas", legendary Scott Columbus (ex-Manowar) yang meninggal dunia pada 4/4/2011.
Imej link dari website Noisecreep.
"Scott Columbus, Rest In Peace
Tuesday - April 05, 2011It is with great sorrow that we announce the passing of our brother Scott Columbus.
Scott Columbus was a rare talent and equally a rare individual.He was a father, a friend and a brother of metal.
All of the great moments we spent together in the studio, in our homes and on the road are burnished in our hearts and memories forever.
These words are spoken with heavy hearts but we have the comfort of knowing that he is in a good place and at peace.
He will never be forgotten.
Your family and brothers,
Joey, Eric, Karl, DonnieAnd all at Magic Circle Music."
- dipetik dari website rasmi Manowar.
Thank you Scott (and Manowar) for making me who I am today - a proud Metalhead. Tanpa muzik Manowar (and of course, your earth shattering drums), mungkin aku masih lagi layan muzik MLTR, Boyz II Men, Mariah Carey, Celine Dion, dll awal 90an dulu.
"He pounds his drums like the hammer of Thor!"
_____
Ada apa: Sedang menunggu album Sign Of The Hammer dari Rock At Large.
7 komen:
Thank you for blowing my speakers Scott...RIP
rock in peace scott!
bro, apa jadi klu tak lepas KDN punya check. cd kena rampas ke? aku ada order cd baru2 ni, takut dia kata black metal pulak..
klu stakat metalika mmg lps punya, org2 kat KDN tu bknnya bengap mcm org2 mastika
lainla klu ko betul2 order blekmetal (ikut pengalaman member aku cd2 cradle of filth & dimmu borgir antara yg xlepas) cd akan "ditahan reman" oleh KDN, diorg akan bg ko notis bertulis suruh dtg bg penjelasan atau cd akan dirampas/dilupuskan
oh boleh kena rampas jugak. aku order cd opeth, tu pasal ada rasa cuak sikit..
tapikan gambar cover cd opeth kan cantik2, logo opeth pun bebunga2... sebijik mcm cover art album2 jiwang :)
ada kebarangkalin lepas...
betul jugak kan..haha!
Post a Comment