Jumaat (29/4/2011) - Disebabkan Ketua Pengarah (KP) dah ajak Team KK dan Team Bintulu (dua team ni saja yang tinggal, team yang lain semua dah balik) untuk makan malam dalam pukul 7.00 malam, jadi terpaksalah kami bergegas balik dari Music Master Studio (kalau tak memang aku lepak lama-lama di Music Master).
Oke, dipendekkan cerita, KP ajak kami makan malam (belanja la tu) di Restoran Chop & Steak *Kampung Baru, yang agak terkenal dengan nama kiasan "restoran kapal".
Aku tak banyak info pasal restoran kapal ni, tapi aku rasa ia antara restoran bercirikan western food yang terkenal di area Kampung Baru mahupun KL. Ni ada dua blog yang sempat aku baca cerita pasal restoran kapal ni - My Mesra dan AizatShafiq.com.
Disebabkan masalah-masalah yang tak dapat dielakkan (traffic jam, Team KK shopping tak ingat dunia di Jalan Masjid India) kami sampai di tempat kejadian dalam pukul 8.00 malam. Dah siap reserved tiga meja untuk 12 orang.
Dan sudah menjadi tradisi AADI cerita pasal makanan, aku tak lupa untuk snap gambar makanan (sesempat yang mungkin) sebelum ia dijamah. Kebetulan aku ada bawa Cyber-shot DSC-S930 dalam beg, kalau harapkan K618i memang underexpose macam gambar pertama di atas. Here goes...
Kalau diikutkan western food di sini biasa-biasa saja, cuma agak banyak variasi berbanding restoran western food yang pernah aku pi sebelum ni. Tapi bab dekorasi luaran dan dalaman bertemakan kapal laut, restoran ni memang gempak!
Cerita pasal western food ni aku teringat Naza Cafe di Medan Selera Seagate. Muspeed, wujud lagi ke Naza Cafe ni?
Kebetulan waktu tengah makan ada bebudak busking betul-betul depan meja tempat kami makan. Aku tak tau sama ada mereka saja-saja busking atau memang permanent performer di restoran ni. Roland Micro-Cube dikesan di situ...
*Ya, Kampung Baru... Memang banyak nostalgia area ni. Lebih-lebih lagi restoran ni tak berapa jauh dari simpang Jalan Raja Bot. Dulu-dulu selalu dating dengan budak Kampung Baru, jadi boleh kira selalu sangat lalu area ni.
_____
Ada apa: Aku teringin nak makan cheese nan + tandoori ayam...
5 komen:
kalau turun kl aku lepak ngan geng mtm di sini
satu lg tempat wajib dkunjung klu datang waktu mlm di kg baru ialah warung dusun tok abah.Menyajikan minuman2 buah2an yg plg best..klu kdai mamak satu gelas rm3 tapi dekat gerai dia pulak satu jug rm4..special menu ialah just pisang yg di blend dgn aiscream vanilla..hahaha..mmg terangkat
baru singgah kelmarin dulu, wujud lagi Naza Cafe kat SEAGATE tu. Tapi pengalaman order dekat sejam baru dapat buat aku serik nak makan kat seagate. ahhahaha
wah... ni semua nampak 'cam sedap. saya pun minat daging...
jairo, darkshah:
ada lg satu tmpt aku slalu lepak mkn2 dulu di kmpg baru ni, nasi lemak international klu xsilap namanya
muspeed:
kat naza cafe la aku blajaq mkn western food... ada lg satu tmpt aku slalu mkn western food - sany cafe (sg dua, usm)
bro sub:
di bintulu ni susah nak cari restoran western food (yg halal)
Post a Comment