[Nanasmania] Hehehe... Cerita jus nanas lagi. Kali ni Lee Pineapple Spring Jus Nenas (aku taip nenas bukan nanas sebab ikut apa yang tercatat pada tin).
"...cuba buat kajian bro, kenapa tin jus nanas mesti agak keras dari minuman lain, sebab gua biasa minum jus nanas dari pengeluar yg lain buatan Johor, tin dia memang keras"
- Komen Eddie Dewata Raya dalam entri F&N Fruit Tree.
Adakah jus nanas Lee ni yang dimaksudkan oleh Encik Eddie?
Manufactured by:
Lee Pineapple Co. Pte. Ltd.
Bt. 8 1/2 Jalan Skudai,
81300 Johor Bahru.

Rasanya? Memang tak jauh beza dari jus nanas F&N Fruit Tree, sama manis, sama masam, sama berserat dan memang best jika diminum dalam keadaan sejuk (recommended with ice). Aku rasa sumber nanas F&N Fruit Tree dan Lee Pineapple ni adalah dari tempat yang sama - Johor, Johorean pineapples kick-a$$!
Menjawab soalan Encik Eddie berkenaan kenapa jus nanas tinnya keras? Aku rasa ia ada kaitan dengan jus nanas itu sendiri yang mempunyai kandungan asid malik (malic acid) dan asid sitrik (citric acid) yang tinggi.
Ia merupakan asid semulajadi (dalam buah-buahan) yang secara tidak langsung berperanan sebagai sebagai pengawet asli (preservative). Sebab tu kalau kita baca pada label ramuan jus nanas, tidak akan ada ditulis pengawet atau pewarna tambahan. Ia juga mengandungi sejenis enzim yang dinamakan enzim bromelain, enzim yang membantu penghadaman protein bla bla bla... Google/Wiki sendirilah!
Aku rasa common sense kenapa jus nanas menggunakan tin keras berbanding tin aluminium seperti minuman/jus lain, mungkin ada kaitan dengan kandungan enzim dan asid yang tinggi dalam jus. Tak hairanlah kenapa jus nanas dalam kotak seperti Fontana dan Dimes rasanya tak sehebat (kick) jus nanas dalam tin. Nanti ada masa aku tanya orang-orang dari makmal makanan di tingkat atas (aku di tingkat bawah, makmal air).
_____
Ada apa: Amboi, kali ni dah ada fakta-fakta saintifik...
6 komen:
patutla pun semuanya tin keras.
Bro, jawapannya sebab minuman yang tak berkabonat selalunya guna tin keras berbanding yang berkabonat kerana faktor tekanan. Kalau minuman tak berkabonat guna tin aluminium lembut, mesti banyak yang kemek masa sampai kat kedai... Tu teori 2 sen aku la...
perrggg ahli sains yang fetish dengan nenas... arrgghhh who's ur pineapples?!
nerzhul:
tu kajian tak rasmi aku je
anon:
ada byk minuman tak berkarbonat yg guna tin aluminium lembut:
(1) f&n fruit tree jus mangga, oren
(2) seasons cincau, ice lemon tea
(3) kacang soya
maknanya tekanan karbonat bknlah faktor
oriaj:
sekurang2nya lg murah daripada fetish bundaberg hehehe... fetish pun fetishlah! "the pineapple juice addict!"
asyik baca review pineapel juice ko ni, aku pun rasa nak carik setin la kat kedai
...hahaha, gua famous!!!
suka dgn jus nanas ni sebab dia boleh buang toksin, betul ke?
yelah, gua berasap selalu, toksin byk dalam badan beb, selain tu, dah start exercise ni, ada org suggest grouping exercise sama ada tarian poco-poco atau tai-chi.
dah nama pun naga, takkan gua nak bikin poco-poco, mesti gerak kuntau!
Post a Comment