Beremosi seketika...
Isnin - Kembali ke Bintulu (sebagai raja) seperti dalam entri yang lepas.
Selasa - Bengang dengan tuan rumah yang tak tepati janji, sepatutnya kami boleh masuk rumah (kelamin) pertengahan bulan Jun (15-16hb) tapi sehingga hari ni, kami masih belum dapat mendiaminya kerana kerja-kerja renovasi masih belum selesai sepenuhnya. Kalau renovasi tu cantik takpe la juga... Akhirnya terpaksa "membujang" untuk dua malam.
Gambar hiasan (Wikipedia).
Rabu - Mula membersihkan rumah, walaupun ia bukanlah rumah yang agak selesa, tapi inilah rumah (sewa) pertamaku yang bakal didiami bersama isteri tercinta, susah senang kita bersama (amboi). Dan insya-Allah hujung minggu nanti kami dapat mendiaminya tanpa sebarang halangan.
Khamis - Aku mula bekerja setelah bercuti panjang hampir empat minggu (bersamaan 16 hari bekerja, tolak cuti hujung minggu dan Gawai). Tak sampai setengah jam duduk, aku "dibebankan" dengan dua (mungkin tiga) buah komputer Jabatan yang diserang W32.Rontokbro@mm (a Brontok variant). Ni yang aku tak suka, orang lain punya salah aku yang susah!
Gambar hiasan.
Sebelah petang (selepas waktu kerja) ada majlis barbeku (barbecue, BBQ) untuk seorang staf (En. I) yang bakal berpindah ke Cawangan Melaka minggu depan. BBQ kepak ayam, udang, ikan, bla bla bla... Pada pengikut setia AADI pastinya tau, kalau opis aku anjurkan bab-bab berkaitan makan ni, selalunya memang "meriah".
Jumaat - Pagi ada perhimpunan bulanan, dan seterusnya majlis "sambutan 4 dalam 1" - (1) Gawai Dayak (2) hari lahir beberapa orang staf (3) perpisahan En. I dan (4) meraikan pasangan pengantin baru :) Banyak juga dapat hadiah.
Tak pernah-pernah aku terima hadiah sebanyak (dan seberat) ni. Hadiah-hadiah dari staf Jabatan - orang perseorangan atau pasangan suami-isteri, seksyen-seksyen dan dari Kelab Sukan Dan Rekreasi. Tapi Mrs. Ijau tak bagi buka hadiah-hadiah ni dulu, tunggu dah pindah rumah baru boleh buka :(
Dalam banyak-banyak hadiah kahwin, hadiah yang paling "OMG!" aku terima melalui poslaju pagi semalam. Apa dia? Hehehe from tauke DEG himself!
Hahaha! Vandalisme yang terlampau!
Aku agak terharu bila tauke DEG menghadiahkan aku oren ni, mungkin ia sebagai tanda penghargaan kerana aku seorang daripada pelanggan tetapnya (regular customer - means buying guitar on REGULAR basis). Terima kasih tauke DEG!
Hidung selsema, tekak perit rasa nak batuk, badan mula rasa macam nak demam, adoi~
_____
Ada apa: Ada sapa-sapa nak hadiahkan aku MT-2?
4 komen:
bro... ada hitam putih utk katakan 15-16hb tarikh permulaan sewa?
xda hitam-putih bro sub, cuma perjanjian verbal saja
anyway rmh dah siap 23hb, jd sewa start 24hb
sibuk bbrp hari pindah/kemas brg, xsmpt nak blogging (dan berinternet)
aku takde gift untuk ko,
tapi aku doakan semoga ko and your wife happy always, panjang umur, murah rezeki dan semoga sampai ke syurga. Amin.
jabatan kimia caw melaka?
haha berdepan dengan opis aku tu.....
Post a Comment