Laksa Sarawak, antara makanan ikonik negeri Sarawak (of course) selain mee kolok, linut, umai, ayam pansoh, kek lapis Sarawak (duh~) dan makanan berasaskan ikan terubok masin.
Malam tadi Mrs. Ijau "merajinkan" diri memasak laksa Sarawak untuk juadah makan malam kami. Dari hari Isnin lepas lagi dia nak masak, tapi disebabkan kekurangan bahan akhirnya tertangguh beberapa hari.
Hirisan daging ayam, udang, telur goreng, slurrrp!~
Rasa laksa Sarawak ni memang jauh berbeza dengan laksa Penang (aku tak suka laksa Penang sebab ada unsur-unsur ikan di dalamnya). Penampilan dan rasanya lebih kepada mee kari menggunakan bihun berbanding mee kuning (kebetulan aku baru lepas makan mee kari ayam goreng Marrybrown semalam), tapi ada sedikit rasa masam-masam, pedas mengikut citarasa sendiri (nak lagi pedas, letak sambal pedas banyak-banyak) dan rasa eksotik "trademark" laksa Sarawak yang susah aku nak terangkan.
_____
Ada apa: Esok nak balik Dalat...
6 komen:
wicked!!!
Masa ke Serawak...tak sempat pulak aku nak test laksa Serawak!!
terliur pulak tengok laksa sarawak nih. dulu masa singgah kuching, pernah cuba sekali. baru tau laksa sarawak memang beza dengan laksa penang biarpun nama dia laksa..
wah...berselera aku tengok gambo ko tampal tu.
nampak sedap...dah pernah try laksa johor?
laksa johor & laksa utara( Penang) aku dah cuba, cuma laksa serawak belum lagi manamau cari ....
Post a Comment