Pertama sekali, bass B. C. Rich Warlock One ni bukan aku yang punya (I'm not into B. C. Rich), tapi kepunyaan Mr. M yang sekian lama "melepak" di rumah Jairo.
Lepas beraya di rumahnya beberapa minggu lepas, Jairo meminta pertolonganku untuk menyelenggara ketinggian action pada bridge bass ni yang terlampau rendah.
B. C. Rich Warlock One Bass
Dan pada kesempatan yang ada, sebelum ia dibawa untuk sessi jamming bersama Sanggam dan dipulangkan keesokkan harinya, sempat juga aku buat ulasan (review) kecil-kecilan pasal bass ni.

Meet the Warlock (spesifikasi)
- Brand: B. C. Rich
- Model: Warlock One
- Made in: China (of course)
- Serial no: J01100164
- Construction: Bolt-on
- Body: Basswood
- Neck: Maple
- Fingerboard: Rosewood, with dot inlays
- Pickups: B. C. Rich BSDM p-bass style split pickups
- Colour: Onyx black
- Hardware: Chrome die-cast tuner
- Scale: 34"
- Fret: 24 jumbo
- Bridge: Adjustable stop?
- Price: RM1xxx (owner bought it from Dead Eye Guitars too...)
Info lebih lanjut sila layari website B. C. Rich.

Four-in-line pointed headstock (macam headstock Ironbird Jairo), ini merupakan entry-level Warlock. High/medium-end Warlock memiliki headstock berbentuk Beast/Widow.

China mari.
Kelebihan
- Agak ringan untuk bass sebesar ni, mungkin disebabkan ia menggunakan kayu basswood dan bukan mahogany macam Black Ice aku dulu.
- Bentuk yang ikonik (Warlock), sesuai untuk penampilan mereka yang main muzik Metal yang ekstrim.

B. C. Rich BSDM p-bass style split pickups, volume and tone knobs.
Kelemahan
- Entry-level bass with solitary p-bass style split pickup, but it gets the job done very well, don't worry.
- Tidak mempunyai built-in pre-amp untuk boost bottom end.
- Susah nak cari gigbag yang sesuai.

B. C. Rich neck plate.
Sekiranya anda jenis yang suka bass berbentuk ekstrim tanpa menghiraukan pakej dari segi pikap serta elektronik, dan agak ekonomi, Warlock One merupakan pilihan anda. Kalau ada bajet lebih, baik pilih Warlock Revenge. Tapi bentuk Warlock ni memang popular di kalangan rakan-rakan gitaris/bassist yang berjiwa Mental (Metal Kental).
Kalau ikut pendapat aku, pada harga yang sama aku akan memilih Ibanez SR300 ataupun Squier Vintage Modified Precision Bass yang agak "menang" dari segi ergonomik, pikap dan elektronik, atau mungkin disebabkan faktor aku tak minat B. C. Rich kot? Well, different people different taste... Rock on! \m/
_____
Ada apa: Jairo, adakah anda masih mengidamkan bass Virgin 4 yang kita tengok di Davis GMC bulan Februari lepas?
5 komen:
tengok BC Rich Warlock bass ni konpem teringat Blackie Lawless...
tertarik with warlock bass now?
wow this bass guitar memang jahat!!! satu masa nanti aku mesti nak test-drive bass ni kalo ada kesempatan lepak kat kedai instrument muzik yg ada jual ni.
berteromber:
oh yaka? akupun xtau hehehe...
tauke DEG:
as i said earlier, i'm not into bc rich :)
adi:
mau order bass warlock? klu mau, aku blh tolong orderkan dgn tauke di atas
ni entri ada ciri personal attack.. apa mau mention virgin 4 sini????
Post a Comment