Jumaat (23/9/2011) - Pagi-pagi lagi dah menerima satu bungkusan (parcel post @ poslambat) yang sederhana besar yang dipos Isnin lepas.
Dah jadi gian pula membeli alatan muzik secara online ni, kalau bukan aku yang beli mesti aku tolong belikan untuk rakan-rakan di Bintulu ni (terutamanya rakan-rakan seperMETALan) yang belum biasa berurusan secara online. Macam kes G1N, AX5G, G2Nu dan ME-70 dulu.
Kali ni aku tolong belikan sesuatu dari Dead Eye Guitars (DEG) untuk rakan dari Metuk Ulau Projekt, yang ingin mencari sebuah amp kecil untuk bass 10-15 watt (practice amp) kerana dia kini mengambil keputusan ingin fokus kepada bass berbanding gitar.
Ya, tak lain tak bukan seperti tajuk entri ni, ia berisi amp bass Orange Crush Pix CR25BX. Pada lingkungan harga yang sama, amp bass jenama lain hanya memiliki kuasa dalam 10-15 watt sahaja, tapi Orange ni memiliki 25 watt, jadi ia agak berbaloi untuk saiz dan kuasanya (price per wattage).
Spesifikasi
- Power: 25 Watts
- Channel configuration: Clean thru overdrive
- Speaker: 8" Orange design
- Clean channel controls: GAIN and VOLUME
- EQ: 3-band EQ LOW, MID, HIGH
- Headphone output
- Line output
- AUX MP3 CD player input
- Weight: ? kg
- Dimensions : 23 x 36 x 31 cm
- Serial number: ?
- Made in: PRC
- Price paid: RM4xx + RM3x (normal parcel post)
Perbezaan antara CR25BX dan CR50BXT (Oren besar aku):
- Tentunya fizikal dan wattage yang berbeza; 25 watt (8" speaker) pada CR25BX dan 50 watt (12" speaker) pada CR50BXT.
- Tidak mempunyai built-in tuner (hence the letter T at CR50BXT)
- Tidak mempunyai (external) SPEAKER output jack.
More info please visit Orange website.
Tak sah kalau tak digandingkan dengan abang Oren besar.
Tonewise, aku tak sempat nak "pandu-uji" sebab aku dah suruh tuan punya tuntut dalam beberapa jam selepas ia sampai. Aku agak bunyinya sama saja macam model CR50BXT kecuali pada wattage yang kecil.
Dan seperti biasa pasti ada "collateral purchase", bersama-sama dengan pembelian kali ni aku order Ernie Ball Super Slinky Pink (9-42) dan Snark tuner (aiseh, versi biru). Snark tu mungkin aku akan buat entri berasingan (pengaruh Bro Sub ni).
_____
Ada apa: So mr. amp owner, how's the Orange kick?
6 komen:
bass Craftman aku (yg aku baru beli tempoh hari) tengah dlm proses pengubah-suaian bro, so masa aku dpt amp Oren 25watt ni, bass aku masih dlm "woksyop" hahah (sebenarnya di Zoso Music Shop)...maybe esok (isnin 26/9/2011) aku akan ambil bass tu dari kedai...ada sedikit adjusment la aku mintak diorg buat kat bass aku tu hahaha...kira mcm buat top-overhaul la plak haha
tapi aku ada buat uji-pandu amp Oren tu kat bass guitar boss aku di opis (dia guna Ibanez 5 strings - aku x ingat model yg mana satu)...sound dia? perghhh aku rasa mcm Cliff Burton plak hahaha....sound yg clear, tone yg seperti yg aku inginkan - middleweight! haha dan semestinya aku nak sound yg agak ol skool hard rock...itu semua ada pada Oren 25 watt tu hahaha
klu tambah efek2 bass lagi ngam kan? <- racun
versi gitar berapa RM agaknya?
Yg sama 1 jer....dua2 kotak maser dapat dah kemek kat bucu....hahaha....
dr. ben:
aku rasa versi gitar mahal sedikit, apa kata tanya tauke DEG?
kurt:
dah mmg orange kedekut, kotak mmg nipis mcm kotak tisu, foam kat dlm pun sikit je... xblh lawan kotak vox
Post a Comment