Baru malam tadi aku ada masa mood nak pasang pikap Tesla Plasma-2 (gold set) yang diperolehi dari Ashportal bulan lepas pada Goldie aku, untuk menggantikan pikap '57 Classic yang kurang ummph! Setelah dipandu-uji oleh Jedi Master Ymi (of Manggas) semasa sessi jamming bersama Sanggam minggu lepas.
Kalaulah ada Yustech atau Master Beez berdekatan dengan tempat aku tinggal kan senang, takdelah aku menyusahkan diri bermain-main dengan pateri.
Stok pickups '57 Classic (left) and Tesla Plasma-2 (right).
Memasang model Plasma-2 ni lebih senang berbanding model AH-1 (active pickups) yang dipasang pada Abominations bulan Januari dulu, yang terpaksa buka dan keluarkan semua (total overhaul) kerana active wiring yang berbeza - pickups, pots, caps, stereo jack and additional 9V battery.
Untuk Plasma-2 ni aku cuma perlu ikut wiring lama pada Goldie ni (PDF wiring diagram juga boleh dimuat-turun dari website Tesla). Perbezaan yang ketara hanyalah kod warna wayar pada '57 Classic (black/shield = ground wire) dan Plasma-2 (green/shield = ground wire).
Sebenarnya bermain-main dengan pateri bukannya susah (kecuali kalau tak belajar Kemahiran Hidup waktu sekolah menengah dulu), yang susahnya ialah berhati-hati semasa memateri - tangan tak menggeletar (steady hands), wayar tak hangus, timah pateri tak menitik tempat lain dan yang paling penting ialah berhati-hati supaya gitar tak calar.
Btw, kedua-dua jenis pikap '57 Classic dan Plasma-2 ni memiliki empat wayar konduktor untuk opsyen split-coil. Wiring asal pada Goldie ni merupakan jenis series-parallel yang diaktifkan pada push-pull pot pada tone knob.
Dan kebetulan pada kesempatan yang ada, aku mempraktikkan apa yang aku pelajari dari blog Bro Sub (tHe gUitar aDDict), iaitu teknik mencuci fretboard dengan berus gigi. Pastikan berus gigi yang digunakan adalah berus gigi yang dah tak dipakai lagi, ataupun bukan berus gigi orang lain hehehe...
Pada mulanya aku ingin memesan Plasma-2 versi chrome dari Ashportal untuk dipadankan dengan tema chrome hardware pada Goldie, tapi dia cuma ada stok versi gold pada ketika itu (dengan harga yang sama). Pada website SV Guitars, harga versi gold lebih mahal SGD5 berbanding versi chrome. But since my Goldie was a goldtop, so be it...
Gold on gold?
Projek yang bermula pada pukul 8.00 malam akhirnya selesai hampir tiga jam kemudian (amatur lah katakan) tanpa sebarang masalah dan kesalahan wiring. Setakat malam tadi, aku cuma sempat menjalankan sessi pandu-uji menggunakan Micro-Cube sahaja. Dan seperti yang diulas oleh Bro Sub, model Plasma-2 ni memang terlalu "garang" untuk distortions (high output) dan masih lagi "jinak" untuk clean channel. Membuatkan ia agak "versatile" untuk 80's Rock dan Heavy Metal.
Hujung minggu nanti ada sessi Hepi ;) ada peluang nak cuba pandu-uji guna VT40+ pada volume dan gain yang tinggi. Korawk, adakah anda bersedia?
_____
Ada apa: Ada lagi satu model VR-Extreme (bridge) dalam simpanan.
3 komen:
aku part ni mmg paling fail...
+1 kpd peminat TESLA...
jairo:
minta tolong kau punya guitar tech hehehe...
bro sub:
gara2 terpengaruh membaca blog the guitar addict :)
Post a Comment