Pagi esok aku akan memulakan perjalanan kembali ke Bintulu. Jadi entri ni ada kaitan antara minuman dan pemanduan.
Antara minuman yang wajib menjadi bekalanku ketika memandu, terutamanya memandu jarak jauh (trans-Borneo) - Livita. Dua jenis perisa Livita yang biasa aku beli iaitu Livita Honey yang rasanya lebih kurang macam rasa Red Bull (Krating Daeng?), dan Livita perisa asli yang berbau farmasi (macam rasa ubat).
Dengan harga RM1.90-2.50 untuk sebotol 150ml, kira masih harga standard untuk minuman tenaga. Terdapat juga Livita perisa nanas (nanasmania), tapi ia amat sukar didapati. Selain Livita, antara minuman tenaga lain yang selalu aku beli ialah Red Bull dan Booster Blitz (air cap kuda).
Impak meminum Livita (dan minuman tenaga lain) semasa memandu memang segera (instant impact), terutama jika memimumnya ketika ia suam. Rasa manis yang menusuk lidah dan rasa kelat-kelat pada kerongkong menyebabkan rasa ingin batuk secara sepontan, membuatkan kita tersedar dari lamunan dan kembali ke alam nyata...
_____
Ada apa: Pada awal perjalanan biasanya aku akan minum Nescafe atau Milo dalam tin.
4 komen:
peneman sejati saya selain kopi kalau bertugas pada shift malam...
aku prefer tongkat ali msa drive jauh2
darkshah:
cuba skali skala minum jus nanas f&n fruit tree :)
dr. ben:
klu tongkat ali takut 'overdose' pulak
adakah pihak livita membuat apa2 tanda ketulenan pada brgan keluaran mrk
Post a Comment