Ahad (23/10/2011) - Untuk menunaikan janji, pagi ni seawal 10.00 pagi aku dan Mrs. Ijau pergi ke Sin Siang Hai, antara gedung perabot yang terbesar dan terkenal di bandar Bintulu ni.
Aku sempat snap gambar pintu masuk saja.
Ia terletak di persimpangan jalan masuk ke Kampung Assyakirin (dekat dengan rumah Bob Kandar). Kebetulan di Sin Siang Hai ni sedang berlangsung "warehouse sales" selama tiga hari (21-23/10/2011).
Yang ni area perabot lelong, diletakkan di bahagian luar.
Kemudian singgah di Courts (mana hilang "Mammoth"nya?) untuk membuat perbandingan harga. Ternyata harga di Sin Siang Hai jauh lebih murah berbanding harga di Courts ni...
"Pay nothing" kepala hotak hang!
Akhirnya lepas makan tengahari di Sugarbun, kami mengunjungi semula Sin Siang Hai dan sessi "membeli-belah" pun bermula. Well, that was another story...
_____
Ada apa: Beli dan belah.
1 comment
Courts tu terkenal dgn bayaran ansuran aje, sejauh ni tak pernah dengar pon ada orang komen tentang KUALITI produk...
Post a Comment