Sekarang ni agak susah untuk mendapatkan pikap-pikap Tesla semenjak Ashportal dah berhenti menjualnya di LYN Street Mart dan Mudah.my (atas alasan "Projek Mega" - masih belum terlewat untuk aku mengucapkan "selamat pengantin baru"). Setahu aku di Malaysia belum ada pengedar tetap untuk jenama Tesla ni, sebab tu ia agak asing di kalangan gitaris penggemar gitar di Malaysia.
Bagi mereka yang rajin mengikuti blog The Guitar Addict, pasti dah biasa membaca pujian Bro Sub terhadap pikap Tesla ni (walaupun Bro Sub kaki Seymour Duncan). Tak kenal maka tak cinta, bila dah cuba pikap Tesla ni baru tau kehebatannya...
Setakat ni aku dah pernah mencuba dua jenis pikap Tesla; AH-1 (active) set dan Plasma-2 gold set. Dalam stok aku masih ada dua unit VR-Extreme (bridge), satu plan nak pasang pada Mirage satu lagi aku nak jual (diiklankan di sini).
Disebabkan Mirage aku berkonfigurasi pikap HSS, aku perlukan dua pikap bersaiz single-coil dan pastinya aku akan memilih set Tesla juga untuk dipadankan dengan VR-Extreme. Calon-calonnya:
Tesla Plasma-RS1 (neck).
Tesla Plasma-1 (mid).
Mana nak cari pikap Tesla ni sekarang? Alternatif yang ada sekarang ialah mencuba nasib dengan pengedar Tesla di Singapura iaitu SV Guitars. Daripada info Bro Sub, SV Guitars "mungkin" boleh uruskan pembelian secara online dan hantar ke Malaysia.
VR-Nitro set, antara set idaman.
(Tesla images linked from SV Guitars website)
Walaupun harganya (after SGD/RM conversion) tak boleh lawan harga yang pernah ditawarkan oleh Ashportal (sebab Ash memesan terus dari kilang Tesla), tapi masih dikira murah berbanding pikap-pikap jenama DiMarzio, Seymour Duncan, EMG atau Bare Knuckle.
Malam tadi aku cuba menghubungi SV Guitars melalui emel, harap-harap aku akan menerima respon yang positif kelak...
_____
Ada apa: Jo NoobAxe, aku rasa kau patut teruskan usaha yang ditinggalkan oleh Ashportal.
5 komen:
sejujurnya aku hanya pernah dengar dan baca pasal tesla di majalah gitar.. review pun ok tapi tak berpeluang mencuba pasal mmg tidak pernah nampak kelibat drg di kedai music kegemaran saya....
HSS pickup ndak best kalau ada bajet p tukar yang lagi kick.... guna tone zone ker... or X2N
oriaj/jairo:
ko lupa ko pnh guna tesla AH-1 pada dean VMNTx
skali-skala nak jugak main non-metal stuff, sbb tu aku pilih HSS + maple
x berbaloi bro.. banyak lagi brand lain dr korea dll yg sama level but jauh lebih murah
AH-1 tu aku pakai ndak lama ndak sampat mau observe
Post a Comment