Kepada rakan-rakan seperMetalan di Bintulu, terutamanya geng MUUV (Adi Herman dan Korawk), dengan sedihnya aku umumkan Hepi ;) makeshift studio akan diberhentikan operasinya dengan serta-merta (permanently) bermula hari ini, Khamis 1/12/2011.
Aku rasa kali terakhir kami jamming di makeshift studio ni penghujung bulan Julai yang lepas. Lepas tu semua sessi jamming diadakan di studio sewa, sama ada Amazika atau Z-Studio.
Beberapa minggu lepas Jabatan kami menerima beberapa kotak peralatan saintifik (scientific instruments) Agilent Technology yang dibekalkan oleh pihak Ibu Pejabat untuk kegunaan analisis.
Ia merupakan set mesin gas chromatography (GC) dan dipasang di atas para (bench) tempat aku selalu letak amplifier dan PA system Bob Kandar. Seperti mesin HPLC yang dipasang tahun lepas, harga mesin ni mungkin mencecah ratusan ribu.
Jadi untuk menjaga harta Jabatan, menjamin integriti mesin dan keputusan analisis, aku mengambil keputusan untuk tidak lagi menggunaan bilik ni sebagai makeshift studio, walaupun belum ada notis dari pihak pengurusan mahupun pegawai atasan.
_____
Seperti biasa, bila ada benda-benda macam ni pasti akan ada barang-barang "buangan". Disebabkan aku boleh dikatakan seorang "hoarder/salvager", pastinya aku akan menyelongkar longgokan kotak dan barang-barang "buangan" yang ada untuk mencari benda-benda "berguna".
Kayu forklift-support ni aku dah rembat dan leraikan awal-awal lagi, dalam perancangan aku nak buat projek DIY pedalboard kalau ada masa nanti.
Agak-agak polystyrene hitam ni boleh dimanfaatkan menjadi apa?
Dan ini merupakan benda yang wajib aku kumpul sekiranya ada barangan elektrik/elektronik yang baru sampai di pejabat - silica gel. Paket silica gel 2" x 2" macam ni amat sesuai kalau diletak di dalam gigbag atau hardcase gitar (atau dalam beg kamera pada yang kaki DSLR).
Ia berfungsi sebagai ejen pengering (desiccant) supaya udara di dalam beg tidak lembab, seterusnya melambatkan pertumbuhan karat dan kulapuk, serta membuatkan gitar di dalam beg berbau harum seperti gitar baru.
_____
Ada apa: Apalah nasib yang bakal melanda amp Oren Besar aku nanti...
1 comment
xpa, nanti kita jadi costumer tetap Z-studio ... btw, oren oh oren...
Post a Comment