![]() |
Cover art yang berhantu hasil seni Ironworx Gravefix. |
Aku memesan versi mati keras (die-hard version) yang mengandungi freebies cloth patch dan poster Manggas bersaiz A4. Sebenarnya aku nak patch je, yang poster tu aku tak heran sebab muka-muka tu aku dah tengok dari kecik lagi terutamanya yang di tengah tu, hahaha! (no hard feeling guys).
Aku mendapat salinan yang ke-20. Untuk versi mati keras ni cuma terhad kepada 50 unit sahaja, manakala versi biasa dalam 150 unit. Oh ya, kenapa ada tiga orang saja? Mana muka Jairo? Entahlah, aku agak waktu sessi fotografi ni mungkin Jairo sedang sibuk dengan urusan keluarga, betul ke Jai? Tapi jangan risau, dalam inlay ada gambar Jairo dan ex-members yang lain (Sang Pi, C6, dll).
Tracklist
- Deathrobe
- Kuraia Supuratism
- Total Tabak Bauta
- Batin Keramat*
Gambar hiasan pada inlay belakang, pimped out Jackson RR24 kepunyaan Ymi, dengan custom decal "Manggas", juga hasil seni Ironworx Gravefix. Aku berkesempatan mencuba RR24 ni tak lama dulu, agaknya inilah gitar yang paling mahal yang pernah aku main setakat ni.
"Jedi Master" Ymi dengan RR24-nya yang masih "bersih", gambar diambil penghujung tahun lepas. Kebiasaannya kalau ada kelapangan waktu aku balik kampung, aku akan singgah ke rumah Ymi untuk menimba sedikit ilmu kegitaran.
Seperti biasa, aku sebenarnya dah tak berminat dengan lagu-lagu extreme yang vokal jenis growl/shriek ni. Tapi dari segi muzik dan rakaman, walaupun ia dibuat secara DIY, boleh dikategorikan sebagai mantap, terutama solo-solo Ymi yang menyegat!Aku tak nak review lebih-lebih pasal Manggas dan Kuraia ni, nanti ada yang kata aku bias sebab geng-geng sekampung. Kepada mat-mat Extreme Metal di luar sana, terutamanya mereka yang mengikuti perkembangan Borneo Underground Metal scene, Manggas pastinya tidak akan menghampakan anda!
_____
Ada apa: Total Tabak Bauta!
5 komen:
ini kali la...hahaha
t-shirt "boss HM-2" tu mcm photoshop ja?
sebenarnya aku sengaja tidak dimasukkan di dalam poster tu... ini kerana faktor kekacakanku dikhuatiri akan menjejaskan penampilan line up yang lain. Oleh itu, demi kebaikkan bersama pihak pengurusan bersetuju untuk memberi aku pengecualian di dalam sesi bergambar untuk poster tersebut. Diharap dengan kenyataan ini maka segala persoalan dapat dijawab dan semua kabar angin dapat disangkal. Segala keputusan yang dibuat tiada kena mengena dengan berat badan... sekian harap maklum
aiya apa ni...aku pun ada beli cd manggas jugak tapi die-hard punya version aku takda....bro jairo, stok tshirt masih ada lagi ka?
kuraia versi die-hard limited 50 unit saja, t-shirt manggas tu dah lama sold-out
Post a Comment