Bungkusan poslaju diterima pada hari Jumaat lepas (23/3/2012) beralamat dari Music Master Studio (MMS).
Ia berisi Electro-Harmonix Nano Pocket Metal Muff, antara pedal Metal yang dah sekian lama aku GAS untuk memilikinya (selain Metal Zone, Death Metal dan Fullbore Metal).
Sebenarnya pedal ni juga merupakan hasil rampasan perang jualan gila-gila akhir tahun MMS Disember lepas (selain Rockcase ular dan JB SH-4). Pembelian yang tertangguh sekian lama dan baru sekarang berpeluang melangsaikannya daripada Clement D. Gapnap (hmmm, nice new nick).
Pedal itself, manual, warranty card, Electro-Harmonix product catalog and some complimentary Awe-In-One picks (thanks Clem!).
Saiz Pocket Metal Muff ni lebih kurang sama dengan saiz Speedbox XXL. Semenjak dah ada UPC-424, aku mula berminat dengan pedal/stompbox yang bersaiz kecil disebabkan ruang dalaman UPC-424 yang amat terhad.
Kawalan yang ringkas terdiri daripada dua tombol VOL (volume level) dan DIST (gain level), dan satu suis SCOOP (HI, LO, OFF), amat sesuai bagi mereka yang jenis "plug & play" malas nak mencari bunyi peribadi (personal sound) seperti aku. Btw, apa itu scoop?
Kelebihan
- Dua tombol sahaja! Tak perlu bersusah payah membuang masa mencari bunyi yang dikehendaki. Pulas tombol VOL untuk volume dan pulas tombol DIST untuk gain (lebih kurang macam Distortion+). Nak variasi? Pilih sama ada OFF, LO atau HI pada suis SCOOP.
- "Logam berat" pada saiz yang kecil.
- Made in USA, pada harga made in China/Taiwan.
Tiada ruangan khas untuk bateri, terpaksa buka bahagian belakang pedal.
Kelemahan
- Dua tombol sahaja? Agak "terhad" bagi mereka yang suka bermain-main mencari konfigurasi bunyi peribadi (personal sound) yang dikehendaki.
- Tiada ruangan khas untuk bateri, terpaksa buka bahagian belakang pedal dengan pemutar skru untuk memasang atau menukar bateri. Sesuatu yang agak leceh jika berlaku ketika sedang jamming atau gig.
Video demo oleh Jack Black gearmanndude yang membandingkan antara Pocket Metal Muff dan abangnya Micro Metal Muff.
Pedal/stompbox distortion lain yang aku ada:
Tiga keping pick berjenama Awe-In-One "complimentary" dengan pembelian Pocket Metal Muff ni, agak janggal bagi aku menggunakan pick jenis macam ni, sama seperti pick Dunlop Tortex Fins. Jadi secara rasminya ketiga-tiga pick ni masuk dalam kotak koleksi pick aku (macam kumpul setem).
_____
Ada apa: GAS apa lagi lepas ni?
2 komen:
Awe in one ni aku suka bila main accoustic. Sedap bunyi gesel kat tombol2 belakang2 tu.
Aku tak selesa stombox selain BOSS. Tombol om/off tu kecik, macam susah ja nak tekan ngan kaki
tp suis yg jenis mcm ni kira oke lg klu dibandingkan dgn suis danelectro coolcat/fab... ikut pengalaman mmg kelam kabut nak pijak (especially waktu jeming/gig) sebab suisnya keras, kena pijak betul2
Post a Comment