Pengalaman diperolehi selepas menyertai Opening Season Gig 2012 (OSG2012) Februari lepas. Selalunya pentas gig yang biasa dianjurkan di Bintulu ni agak terang-benderang (ballroom hotel).
Tapi pentas OSG2012 bertempat di pub Telaga Kumang memang suram, agak sukar bagi aku yang jenis rabun ni untuk menyelenggara barangan terutama setting stompbox pedal tanpa bantuan cahaya yang mencukupi (harapkan pre-setting dari rumah).
Jadi, apa kata letak sebiji lampu comel macam ni?
Clip-on LED light, lampu comel cap ayam ni yang diperolehi di premis SS (ala-ala kedai RM2.00) beberapa hari lepas dengan harga RM2.99 seunit. Berbanding lampu khas untuk pedalboard (Mighty Bright) yang harganya mencecah puluhan atau mungkin ratusan ringgit, aku rasa lampu comel ni memang super-duper berbaloi.
Dengan hanya berbekalkan tenaga 4.5V daripada tiga biji bateri butang (button cell) jenis AG13, ia agak terang dan menyilaukan mata jika ditenung secara terus. Bateri jenis AG13 ni juga boleh didapati dengan senang, di premis SS ia dijual dengan harga RM3.99 per pek yang mengandungi 10 biji.
Lepas ni tak perlu risau lagi jika membuat persembahan di atas pentas yang gelap.
_____
Ada apa: Fear of the duck, kwek kwek!~
4 komen:
Gila rahhhhhhhhhhhhhhh.. Joe Wings pun tak pakai lampu niiiiiiiii!!!!!
hehehhehe
esok hari jamming nak bawak lagu FOTD tak bro?haha cadangan yg agak random haha
Great Cheap and Practical Solution Bro Ijau DK.Thumbs up bro.
muspeed:
jgn bandingkan dgn artis... diorg biasanya ada guitar tech
adi:
FOTD susah sikit sbb bob malar ja salah drumbeat
yustech:
nak lagi terang pasang 2-3 lagi lampu mcm ni
Post a Comment