Barang apa? Yang pasti bungkusan kecil ni bukanlah berisi Zoom G3X, G5 mahupun Line 6 Pod HD300! :)
TJ, inilah GAS #1 yang aku maksudkan...
Ia berisi Vox StompLab IG modelling guitar effect processor (aka multi-effect or multi-FX). Antara gajet yang termasuk dalam senarai GAS aku untuk tahun ni. Dan dengan harga YES RM161.25 (retail RM215), tak payah fikir banyak, beli je... Lagi murah berbanding Zoom G1N RM168.75 (retail RM225).
StompLab itself, AA betteries (x4), manual, warranty card, receipt. |
Seperti yang dijangkakan, saiznya lebih kurang sebesar ex-Satchurator aku dulu. Walaupun badannya diperbuat daripada logam (aluminium?) tapi ia tidaklah setebal dan sekebal Satchurator. Sekurang-kurangnya ia masih menang jika dibandingkan dengan multi-FX setaraf dengannya (Zoom G1N, Digitech RP55) yang berbadan plastik.
Kelebihan
- Bersaiz kecil dan comel, mungkin ia ToneLab ST yang diringkaskan (simplified).
- Badan diperbuat daripada logam, lebih tegap berbanding multi-FX berbadan plastik.
- Rekabentuk yang menarik dan agak "old-school", seperti produk-produk Vox yang lain.
Check-out the serial number, 100th StompLab IG? Made In Japan? |
Kelemahan
- Menggunakan bateri jenis AA (empat biji) dan bukannya jenis 9V. Tidak disertakan dengan AC adapter seperti multi-FX setaraf dengannya.
- Ruang bateri yang susah diakses, terpaksa membuka bahagian bawah dengan pemutar skru.
- "Dinding" tepi yang diperbuat daripada plastik nampak kurang kukuh.
- Walaupun badannya diperbuat daripada logam, tapi ia tidak tebal. Kalau pijak kuat-kuat akan kemek juga akhirnya.
- Kualiti bunyi yang biasa-biasa sahaja. Kira cukuplah untuk amatur macam aku ni.
Vox's trademark chickenhead knob(s). |
Setakat malam tadi aku hanya mencubanya secara spontan dalam 10-15 minit dengan rig ringkas (Mirage -> StompLab IG -> headphone). Bunyi-bunyian (amp modelling) rock/metal merupakan yang terawal aku cuba, bunyinya tak jauh beza seperti yang ada pada VT40+, mungkin ia menggunakan chip dan teknologi yang sama kot? Bakal dipandu-uji sepenuhnya pada sessi jamming akan datang.
_____
Ada apa: Kalau dah bosan, nanti boleh dermakan kepada anak buah aku (yang dah tapau Tobi aku).
2 komen:
dang cheap for an mij pedal :)
bro, have you tried chaining this mfx with stompboxes? and, is there any input jack for headphone? thanks !
i've chained it with hartke VXL as eq/preamp/booster
there's stereo output jack can be hook-up direct to with either amp, mixer or headphone (same as zoom G-series output)
Post a Comment