Menerima sebuah bungkusan SkyNet petang Isnin lepas (14/1/2013) yang beralamat dari
Music Master Studio (MMS), dihantar oleh
gapnap Jumaat minggu lepas.
Aku rasa inilah harta rampasan perang terakhir dari Year End Sale (YES) MMS untuk tahun lepas. Err, MMS ada YES juga ke?
Apa pula isinya kali ni?
|
F-spaced version. |
Ia berisi sebuah pikap DiMarzio D-Activator bridge (
DP220). Pada mulanya aku memesan dua buah pikap sebagai kombo D-Activator untuk bridge dan Air Norton (
DP193) untuk neck, tetapi Air Norton yang dipesan telah melencong lari ke Sabah (atas usaha gigih
Jairo).
Bertambah lagi stok pikap DiMarzio aku dalam simpanan (termasuk
Petrucci set yang dah jadi sendirian berhad), selain Bill Lawrence (
L-500XL) dan Tesla (
Plasma-RS1 set,
Plasma-7 bridge).
Apa kejadahnya aku simpan stok pikap banyak-banyak ni kalau tak ada gitar untuk dipasang? Gitar-gitar aku semuanya dah tukar pikap, tapi tangan masih "gatal" nak main pateri. Worse to worst, mungkin aku akan jual semula, atau tawarkan kepada rakan-rakan gitaris di Bintulu macam kes
projek ni dan
projek ni.
_____
Ada apa: Penghuni kem DiMarzio la jawabnya...
4 komen:
wow!™
dah boleh berniaga pikap dah nih...
tu pick up bakal beraksi 30/01/2013 ni hehehehe
adi:
utk GAX30?
faizal:
berniaga pikap lebih untung drp berniaga unta wow!
jiaro:
mau pakai burung memaki?
Post a Comment