Kumpulan Medicine antara kumpulan rock tempatan yang terkenal sekitar penghujung 80an dan awal 90an dulu mungkin disebabkan imej mereka yang "bersih" (berbanding imej kumpulan lain ketika itu) menyebabkan mereka antara kumpulan yang selalu muncul di kaca TV.
Sebenarnya aku dah pegang-pegang CD kompilasi Bloodshed (seperti dalam entri Takilala ni), kemudian ternampak pula kompilasi Medicine ni. Bagi aku, lagu-lagu kumpulan Medicine lebih banyak mengembalikan memori zaman kanak-kanak aku berbanding lagu-lagu Bloodshed, sebab itu aku memilih Medicine.
Kenapa tak beli dua-dua sekaligus? Sebab dana-dana pada ketika itu amat terhad.
Tracklist. |
Lirik lagu Titian memang dalam, sedalam lirik lagu Anugerah (Wings), rupanya-rupanya ditulis oleh orang yang sama.
_____
Ada apa: Oh ya, tiba-tiba aku teringat VCD belajar gitar bersama Ija Medicine (entri lama ni).
10 komen:
lagu Medicine seperti Tika Dan Saat Ini, Rimba Cinta dan Kerana Cinta memang evergreen, kalo dgr skrg pun masih tetap best mcm dulu...
Dorang nampak decent..haha
Aku tak paham kenapa dalam mana2 kompilasi medicine yang aku jumpa, tidak mengandungi lagu Mungkinkah...dan lagu Rimba Bebanan (bukan nyanyian Ija)....
Kedua lagu ni kira a part of history of medicine .
Medicine - kebanggaan rakyat N9... first rock band masuk final muzik muzik
Derita seorang filosuf tu agak menarik lagu nya
adi:
guitar works ija mmg best
deaf:
sama mcm band gersang
portdy:
mungkin ada copyright problem kot?
faizal:
klu xsilap dorg dpt no 2 kan?
rafi:
eh? lupa reply rafi
waktu aku kecik2 dulu aku xpaham apa maksud perkataan filosuf tu
no 3 tak salah aku
dorang kalau live mesti bawak lagu Running Free...best!
samala aku dengan kau Ijau. Medicine >>> Bloodshed dari segi kenangan.
Post a Comment