Ini bukan gitar aku, tetapi gitar kepunyaan Azrol, gitaris utama kumpulan aku Hepi;) dan Metuk Ulau Project. Sudah tiba masanya Azrol menaiktaraf dan menggunakan gitar yang lebih sesuai dengan gaya permainannya.
Sebenarnya gitar ni sudah dipesan awal sebelum aku pergi berkursus di PJ penghujung Januari lepas, dengan harapan aku dapat membawanya balik sendiri. Tapi disebabkan ketiadaan stok di tempat pembekal dan juga cuti CNY (tauke DEG bercuti panjang) menyebabkan proses mendapatkan gitar ni tertangguh hampir sebulan. Nasib baik sempat sampai beberapa hari sebelum gig Bintulu Music Fest 2013.
Aku difahamkan oleh tauke DEG bahawa dengan setiap pembelian gitar jenama Cort akan disertakan dengan gigbag, jadi tak perlulah bersusah payah membeli gigbag berasingan. Gigbag yang disertakan ni walaupun tak nampak menarik tapi ia agak tebal.
Azrol memilih Cort X-11 berbanding jenama/model lain atas faktor-faktor kos, warna kemerahan (black cherry sunburst) dan best of NAMM 2012.
Spesifikasi penuh sila layari website Cort |
Matching headstock. |
+1 on flamed maple burst top. |
Coil tap switch on TONE knob, HSH to SSS in split second. |
- Harga, kualiti RG tapi pada harga yang lebih murah.
- Duncan Designed HB102 pickups, klon Seymour Duncan JB/Jazz.
- Coil tap, variasi bunyi HSH kepada SSS.
- Flamed maple top with matching headstock.
- Jackson-ish inlays, pastinya lebih menarik berbanding dot inlays.
- Ada gigbag, jimat duit beli gigbag lain.
Double-locking bridge (Cort's in-house model) memang sama dengan bridge yang ada pada gitar Donny COG (VX-2V). Dari segi ketahanan aku rasa tak jauh beza berbanding Floyd Rose Special, setakat penggunaan biasa masih boleh tahan, asalkan jangan tiru aksi Herman Li dah la~
Kelemahan
- Kedudukan strap button pada cutaways agak janggal.
- Setup yang teruk (boleh diperbaiki).
Sempat mengintai isi perut gitar ni, nampaknya pendawaian dan pematerian yang agak kemas, thumps-up for Cort Indonesian luthiers.
Selepas proses setup dan tuning, aku hanya sempat mengambil beberapa gambar untuk entri ni dan memandu uji secara rawak sebelum ia dibawa untuk sessi jamming dan diserahkan kepada Azrol pada sebelah malamnya (entri ni).
Senyum ada makna tu... |
Ada apa: Welcome to Cort camp...
4 komen:
wow...makin hebat la MUP lepas ni...
black cherry sunburst - lawa kaler
boleh tahan jugak kaler black cherry sunburst ni...
lawa gitar tu...
Post a Comment