Floyd Rose Special (FRS) pada
Mirage aku buat hal lagi, kali ni pada area locking nut... Jika sebelum ni masalahnya ialah
hex-key bolt loose, tapi kali ni alur skru untuk hex-key bolt pula yang loose. Macam kes
lurah skru saddle yang loose beberapa bulan lepas.
|
Alur skru yang loose (lubang tengah). |
Akibatnya aku tidak dapat "mengunci" tali D/G pada locking nut ni. Walau bagaimanapun gitar ni masih boleh digunakan jika FRS/tremolo tidak dikacau (ditarik/ditolak). Sekurang-kurangnya ia masih boleh lagi digunakan sebagai "bedroom guitar" sementara menunggu alat ganti yang baru. Kalau dah terlebih geram, mau saja aku ganti dengan set Floyd Rose Original (FRO).
ESP/LTD M-103FM sememangnya sebuah gitar yang bagus, hanya ketahanan material pada FRS yang lemah seperti kes ni yang menyebabkannya agak mengjengkelkan (annoying).
Selepas ni, gitar yang mempunyai FRS memang akan terkeluar secara automatik sekiranya terGAS untuk memiliki gitar tersebut. Hanya akan memilih FRO, Floyd Rose 1000 (FR1k) ataupun varian Edge/ZR Ibanez (jika kembali masuk kem Ibanez). Atau susah-susah pilih gitar fixed-bridge sahaja...
_____
Ada apa: Mujurlah
Calypso aku menggunakan FRO.
3 komen:
bermasalah juga FRS ni yer...ermmm
Sistem keseluruhan tidak bermasalah, mutu bahan tu yg buat kacau... Bro Ijau, kalau nak spare, bagi tau aje...
adi:
harap2 X-11 azrol xkena masalah mcm ni
bro sub:
yup, FRS mmg stays in tune... cuma yelah, asal terlebih ketatkan skru/bolt je mulalah semuanya loose...
ada spare? amatlah dialu2kan, eillekeot?
Post a Comment