Tiada kaitan dengan t-shirt tengkorak dalam
entri ni.
Selalunya aku menerima bungkusan dari luar negara berisi CD atau DVD yang dibeli melalui eBay, tapi Jumaat minggu lepas aku menerima bungkusan dari US yang agak lendik yang pastinya berisi produk fabrik.
Ia berisi sehelai t-shirt hitam, ini merupakan kali pertama aku membeli t-shirt dari luar negara. Bukan, ia bukannya berisi t-shirt "tengkorak" Iron Maiden mahupun Metallica.
Dengan tag
Fruit Of The Loom bersaiz 2XL/American, agak sedikit besar bagi aku yang biasa pakai saiz 2XL/Asian. Tapi tak mengapa, sekurang-kurangnya ia selesa dipakai dan tidak mendiskriminasi saiz.
|
Depan. |
Ia merupakan sehelai t-shirt rasmi
ESP Guitars dengan rekabentuk bernama "
Seven". Diperolehi daripada eBay seller hardcore9277 dengan harga US$19.00 @ RM60.89 (harga rasmi US$21.99). Tapi bila ditambah dengan kos penghantaran, nilai akhir mencecah tiga digit juga~
|
Belakang. |
Walaupun berlabel ESP, tapi tiga buah gitar yang terpampang di belakang merupakan model-model LTD 7-string iaitu
EX-307,
EC-407 dan
V-307 (hence, the design name was "Seven"). Dan tak perlulah aku jelaskan kenapa aku memilih rekabentuk yang berwarna hijau...
|
My ESP family. |
Pastinya ia bukanlah t-shirt harian dan hanya akan dipakai pada waktu-waktu tertentu sahaja (contohnya semasa persembahan gig). Dan amat afdal jika dipakai semasa menggunakan gitar-gitar LTD aku -
Mirage dan
Silver Wings. The reason why I bought it in the first place.
_____
Ada apa: ESP endorser?
5 komen:
Lawa la..matching kaler ijau ngan itam..Fruit of loom kain dia aku suka,pakai pun tak rasa panas n bepeluh
perghhh.. ESP
rafi:
blh kira inilah t-shirt "official" pertama yg aku beli, yg lain2 semua bootleg. parah juga kalau ada hobi mcm ni
mba
t-shirt je yg ESP bro, gitarnya LTD je... lainla org tu ada ESP KH-2 (bkn LTD)
desigh mcm push-head ala Metallica jugak tengkorak tu cuma lebih detail...nice!
cantik design baju...
Post a Comment