Diperolehi dengan harga RM9x setelah diskaun 20% (masih murah berbanding harga promo online USD39). Padding beg ni tidaklah begitu tebal (10 mm) tetapi ia cukup tegap, tumpat dan keras untuk melindungi gitar di dalamnya. Can't resist that green theme though...
Kedudukan zip yang tidak sampai ke bawah adalah satu petanda gigbag yang bagus. Ini kerana sekiranya zip rosak (worst case scenario) semasa kita menggalas, sekurang-kurangnya gitar di dalam tidak akan jatuh terus ke lantai.
Ia juga memiliki dua ruang simpanan sisi untuk menempatkan kabel, strap, ataupun helaian lirik (kalau tak hafal).
Cukup panjang dan muat untuk menampung gitar superstrat yang memiliki headstock yang panjang dan tirus (pointy) seperti Mirage aku yang tidak muat pada gigbag bau buaya. Cuma ia tidak memiliki velcro untuk menahan neck gitar seperti yang ada pada gigbag Airline OGB dan Warwick Rockbag.
Gigbag ini akan digunakan bersama-sama Goldie kerana Mirage telahpun dipadankan dengan gigbag OGB Airline (or maybe vice-versa?), manakala Calypso pula memang telah didatangkan sekali dengan gigbag Charvel.
_____
Ada apa: Malangnya model ini tidak ada dijual di Beatspot.
2 komen:
u need something more GREEN hahaha..
poison me...
Post a Comment