Notis yang terang dan jelas menyatakan ini hanyalah sessi jamming dan bukannya gig, tapi masih ada komen-komen bengap di Facebook mengatakan penonton yang datang tak rock sebab duduk diam kaku tak ada headbanging, moshing dan sebagainya.
Imej cilok Facebook 36 Studio. |
Imej cilok Arep Facebook MUUV. |
New Zooms debut. JOTB#1 setlist? |
Band kedua yang berjamming ialah Ana & The Scene (ATS), antara band indie/alternative yang terkenal di Bintulu. Chop Sudir (vokalis/gitaris) beraksi dengan Squier VMTC2 yang telah dipasang tali gitar baru beberapa hari lepas.
Azrol? Yup, Azrol secara rasminya telah menjadi gitaris
ATS memainkan lapan buah lagu, empat lagu sendiri; Sari Rasa, Sekejap Masa Lagi, Di Sebalik Cahaya, Someday - dan empat lagu cover; lagu band Padi (aku lupa apa tajuk), High And Dry, Everlong, For Whom The Bell Tolls (featuring yours truly on vocals). Aik? ATS main metal? Sesuatu yang agak rare...
Mizie, drummer ATS yang sungguh bersemangat dan berdisiplin. Menggunakan mp3 lagu asal yang dipasang pada smartphone (via earphone) sebagai "metronome" untuk mengawal beat supaya tak terlalu laju atau lambat ketika memainkan lagu-lagu cover.
Sebenarnya aku agak cemburu dengan ahli kumpulan ATS ni, semuanya nampak bersemangat dan menunjukkan 100% komitmen (termasuk Azrol walaupun hanya seasonist).
Aku harap ciri-ciri seperti itu juga ada pada ahli kumpulan MUP yang lain. Tak perlulah komitmen sampai tahap macam artis, cukuplah dengan kesungguhan apabila diberikan tugasan berlatih lagu cover baru mahupun feedback dan idea untuk membuat lagu/lirik sendiri. Taklah nanti asyik "playsafe" main lagu-lagu yang sama saja ketika jamming, gig mahupun persembahan awam.
Staff 36 Studio dan "penganjur" sedang khusyuk layan ATS. |
Band ketiga ialah My Eyes See Ghost, band deathcore muda remaja berpotensi yang menampakkan kesungguhan dan komitmen walaupun dengan kekangan material dan equipment. Ini dapat dilihat menerusi lagu ciptaan mereka sendiri yang bertajuk Fear The Titans.
Walaupun aku tak layan sangat genre deathcore, tapi sebagai seorang peminat muzik rock/metal secara amnya - nah inilah generasi pelapis yang bakal meneruskan perjuangan metal di Bintulu.
Aku terpaksa balik awal kerana kuota masa hanya terhad sehingga jam 4.00 petang, selepas itu masa diperuntukkan untuk bersama keluarga. Jadi aku tak sempat menonton persembahan Nogas, Erectus dan Rotting Christ (parody).
Sebelum terlupa, sessi JOTB#2 kali ni juga merupakan "unofficial soft launching" split EP Curse Of God (COG) dan Erectus yang bertajuk Vaiehell Beheading Ritual. Info lanjut boleh lawat Facebook MUUV atau hubungi Adi Herman/Korawk.
JOTB#3 dengar-dengar Korawk nak jemput Megadeth.
_____
Ada apa: Sessi kali ni juga nampak agak teratur dan terkawal berbanding sessi sebelumnya.
5 komen:
JOTB#3 dengar-dengar Korawk nak jemput Megadeth - ok jugak tu..sebelum ni dah jemput rotting christ..heheh..
Dah terang2 kat flyers tu bagitau jamming,ada jugak yg komen macam tu?hehe..
JOTB#1 ada burzum
JOTB #4 korawk nak bawak Black Sabbath...hahaha
baik la tempat kau eh
mungkin akan jadi acara bulanan atau dwi-bulanan
Post a Comment