Gajet kegitaran yang diperolehi kali ni ialah Behringer Ultra-G
GI100, diterima Jumaat minggu lepas (4/4/2014) daripada
Music Master Studio. Ia merupakan varian
DI100 yang dicipta khas untuk men-DI-kan gitar terus ke mixer atau power amp. Bagi mereka yang berkecimpung dalam dunia live sound, DI unit amat berguna (tapi, apa itu
DI unit?).
Diperolehi untuk kegunaan bersama
Hepi Sound And Entertainment (HSE), seminggu sebelumnya pun Bob Kandar telah memperolehi Behringer
DI20 juga daripada Music Master. Kedua-dua DI Behringer ni bersama-sama dua lagi DI unit yang telah sedia ada (Hartke
VXL dan Moen
MO-BA)
akan telah digunakan semasa sessi jamming
Tupa Blacen Rock Santai Ahad lepas.
|
Dua pad -20dB berupaya mengekang isyarat sehingga -40dB. |
Virtual 4x12" Cab Simulation (simulasi kabinet 4x12" maya?) hasil kolaborasi dengan Jurgen Rath, antara sebab aku memilih GI100 berbanding DI100, amat sesuai digunakan bersama-sama rig Orange
Micro Terror. Dengan kata lain, bunyi yang diterima pada mixer adalah bunyi kabinet 4x12" maya walaupun rig sebenar hanya menggunakan kabinet cikai 1x8" atau dalam kes Micro Terror menggunakan
1x12".
|
Output tak sambung, kantoi~ |
Contoh diagram penggunaan GI100:
Perlu diingat, DI unit sebegini hanya berguna semasa persembahan live ataupun rakaman (bunyi asli amp). Jika anda menggunakan modelling, multi-effects moden (contoh Zoom G3/G3X/G5, Line 6 Pod HD300/400/500) ataupun amp yang sudah tersedia DI/line output (Orange Crush Pix
CR50BXT, Peavey Bandit 112), maka DI unit sebegini tidak diperlukan.
Setelah menggunakannya, bunyi on/off kabinet 4x12" maya ni taklah ketara sangat perbezaannya. Mungkin telinga aku kot? Kalau cukup perlalatan (dan masa) mungkin aku akan cuba rakam perbezaan bunyi dan letak dalam
Soundcloud aku.
_____
Ada apa: Erk... Apa aku merapu ni?
2 komen:
Dah boleh jadi jurutera bunyi dah ni..
secara amaturnya, mmg dah jadi jurutera bunyi bidan terjun utk HSE
Post a Comment