Merah D. Koceng |
Sebenarnya aku agak menyesal sebab menjual amp Micro Cube lama aku. Aku cuba mencari pengganti (mobile modelling amp) dan mendapatkan Vox Mini3 G2, namun dari segi ketegapan dan kualiti bunyi, ia tidak dapat menandingi Micro Cube (pendapat peribadi). Antara faktor yang menyebabkannya menjadi tukaran (trade) dengan si kacang merah.
Ok, berbanding Micro Cube lama, versi GX ni ada beberapa kelebihan, antaranya:
- Louder
than hell, 3 watt berbanding model lama hanya 2 watt. - Fungsi MEMORY, boleh simpan setting peribadi untuk setiap amp model.
- Tambahan satu jenis amp model bernama EXTREME yang lebih "edgy" berbanding R-FIER, owh I like~
- TUNER yang lebih versatile (chromatic) berbanding TUNING FORK pada model lama.
- i-CUBE LINK, yang ni sebenarnya aku tak suka, mendiskriminasi pengguna Android sebab ia hanya untuk peranti iOS (iPad, iPhone).
Oh Nita~
Dan ada kalanya amp kecil mudah alih sebegini (yang boleh guna bateri) memang diperlukan, contohnya digunakan semasa mengembara (travelling) atau balik kampung, latihan dan persembahan impromptu (seperti busking) tanpa perlu membawa efek tambahan (ayat kitar semula).
_____
Ada apa: Lompat masuk ke dalam kem Roland/Boss.
2 komen:
kena angkat satu jgak nih.. nak jual tak.? hehe
beli unit baru la senang...
Post a Comment