Dah dua tahun aku tak buat entri pasal
Festival Layang-Layang Antarabangsa Borneo ni (entri lama
2011,
2010,
2009), rupanya tahun ni dah kali ke-10 (aku bermastautin di Bintulu ni pun baru lapan tahun).
|
Hanya sekeping gambar ni saja yang sempat diambil. |
Tahun ni pergi sebab nak bawa Lil'Ijau yang sejak Khamis lepas dah teruja tengok banyak layang-layang dari jauh setiap kali lalu area pekan lama. Kalau tak, jangan harap aku nak redah jem dan parkir jauh nun di seberang
City Point semata-mata nak tengok layang-layang.
Cuma penat dan lelah tu hilang bila tengok muka Lil'Ijau yang "priceless" terlalu teruja tengok layang-layang dari jarak dekat, terutamanya layang-layang cicak (
Oscar kot?). Sempat juga beli belon
Minions (aka "bee-do bee-do") sebagai kenang-kenangan...
Mungkin dalam blog
Molotov Cocktailz atau
Barangkali Marus akan ada liputan penuh mengenai festival ni.
_____
Ada apa: #BIKF
3 komen:
Kalau tak, jangan harap aku nak redah jem dan parkir jauh nun
alasan aku setiap kali festival ni berlangsung kat JB....tapi bila tengok muka anak...arghh...kalah...terpaksa juga meredah jem...
wow..
aku harap dapat bawa mizi kat festival macam ni...
Tahun ni pulak aku yg malas nak buat entri pasal BIKF ni....sebab aku masa ni takde di kwsn bandar, balik kpg isteri sebab ada buat kenduri. Sedih™
Post a Comment