Bila tengok Buletin Utama sebentar tadi baru teringat
sesuatu... 10 tahun yang lepas, hari ini, waktu tu aku masih menetap di Penang (Sungai Dua, Gelugor).
Pagi-pagi lagi rakanku yang berada di Butterworth menghantar SMS mengatakan ada gegaran dirasai di kawasannya. Aku tidak mengendahan SMS tersebut kerana masih mamai (pagi Ahad beb).
|
Linked from somewhere on the net. |
Sebelah petang pula, selepas menonton filem
Kung Fu Hustle di premis Mega Pavilion (sekarang Cathay Cineplexes),
Kompleks Bukit Jambul, seorang lagi rakan yang dijumpai ketika itu memberitahu bahawa di area Batu Feringghi ada "bencana alam".
Kebetulan sebelum balik aku
menapau membeli nasi kandar di restoran
Pandan Hijau, sempat jugalah menjenguk Berita Wilayah TV1 yang sedang bersiaran ketika itu menunjukkan kerosakan yang dialami di area Batu Feringghi dan Balik Pulau.
Jika bukan disebabkan info rakan-rakan tadi dan berita TV pasti aku akan terpinga-pinga kerana tak sampai lima minit selepas beredar dari restoran, aku dihubungi oleh abang aku menerusi telefon bertanyakan di mana aku berada...
_____
Ada apa: Tapi
Kung Fu Hustle memang lawak epik!
4 komen:
hahaha geng kapak..
Diam tak diam dah 10 tahun dah ek....sebelum tu tak pernah tau pun ujudnya perkataan tsunami...
Pagi tu, once aku tahu aceh nye story, aku unplugged semua hadd disk drives aku dari directconnect nye hubs...about 50gb of lossless bootlegs dan fans dvds....
And i never plugged it again dan share kat that group worldwide.
Timeniela kedai mamak tak tunjuk bola. Channel berita sepanjang masa. Tsunami 24/7 dari aceh sampai sri lanka. Last jadi mcm tu masa 911
Post a Comment