Ya sememangnya aku sudah memiliki beberapa buah tuner jenis clip-op (Korg Pitchclip, Korg PitchHawk-G, D'Addario NS Micro) dan jenis candybar (Korg GA-1), tapi inilah tuner pertama aku jenis pedal. Ironinya hampir semua tuner yang aku ada adalah berjenama Korg.
Rasanya tak perlulah aku ceritakan macam mana tuner ni berfungsi, kan? Tengok video di bawah ni pun dah cukup.
Semasa menala, tiada signal yang melaluinya (muted), oleh itu pedal ni juga sesuai dijadikan sebagai makeshift circuit breaker (pemutus litar?). Rasanya anda boleh fikirkan kegunaan praktikal circuit breaker semasa gig atau persembahan awam.
Satu lagi kelebihan yang ada pada Pitchblack Poly ni (yang mungkin juga ada pada pedal tuner jenama lain), ia mampu menerima arus masuk yang besar melebihi 600mA dan juga boleh menyalurkannya keluar (relay) kepada pedal lain dengan arus 200mA, arus yang sesuai untuk pedal sensitif kepada arus seperti Boss dan Digitech.
Spesifikasi lain boleh layari website rasmi atau baca manualnya.
_____
Ada apa: Kenapa perlu banyak tuner?
2 komen:
aku pakai tuner line 6 je. tapi selalu je tak tepat tuning gitar aku.mungkin aku kene beli jugak seketul tuner mcm ni.huhu
biasanya tuner jenis built-in dlm multi-fx kadang2 tak sensitif
ala bro, cikai2 pun beli je yg jenis clip-on baru RM30-60 seketul
Post a Comment