Swine reaper? |
Selain diskaun 20%, album ni juga ditandatangani sendiri Blaze Bayley! Antara sebab aku terus mendapatkannya setelah mendapat info daripada Facebook Blaze Bayley.
Ok, vokal Blaze memang cemerlang, gemilang dan terbilang dalam album ni. Pertama kali aku dengar lagu-lagu era Iron Maiden seperti Futureal, Lord Of The Flies, Edge Of Darkness dan Man On The Edge dalam versi Blaze Bayley tanpa "vibe" Iron Maiden (double pedal drums, no galloping bass, no fancy licks) tetapi masih mengekalkan "feel" versi asal.
Begitu juga dengan lagu-lagu dari era BLAZE (Silicon Messiah, Blood & Believe, Tenth Dimension) bagi aku tiada cacat cela. Tapi yang pasti, lagu yang paling aku minat pastinya Smile Back At Death (Ridley Scott's Gladiator in a song) dan While You Were Gone (tribute to his late wife) yang dinyanyikan dengan penuh emosi.
CD ni diterima sehari sebelum bercuti Krismas, dapat juga dijadikan hiburan semasa pemanduan jarak jauh balik Dalat. Serius, dengar lagu metal kental (sambil karaoke) dapat mengelakkan diri daripada mengantuk semasa memandu, tapi Mrs. dan Lil'Ijau pula sedap tidur bila dengar lagu-lagu macam ni, pelik...
_____
Ada apa: Terasa nak down-tune gitar semata-mata nak cuba main lagu-lagu Blaze Bayley ni.
3 komen:
"tapi Mrs. dan Lil'Ijau pula sedap tidur bila dengar lagu-lagu macam ni, pelik..."
ni selalu berlaku kat aku...makin dorang lena makin menganas seleksi lagu...hahaha...
btw...dasat ko punya koleksi blaze bayley...aku satu pun takder lagi...
Dekni really genuine nice guy ye si Blaze ni.
Aku pun takda lagi album2 blaze ni..susah jugak nak jumpa kt sini
Post a Comment