Sabtu lepas merupakan sessi jamming pertama untuk tahun 2015, masih lagi secara 3-piece Hepi;) dan juga masih setia dengan
36 Studio. Seperti yang telah dirancang, aku dan Azrol bereksperimentasi dengan talaan rendah sehingga tiga semitone
C# standard (sepatutnya drop-C# sahaja).
Pod HD300 digunakan untuk bunyi modeling California Treadplate (Mesa Rectifier) yang lebih
afdal sesuai untuk talaan rendah. Aku perasan modeling Treadplate lebih menyerlah untuk talaan rendah berbanding standard.
Borhan, tauke 36 Studio yang juga merupakan drummer
Regiment Of Kid-Do-Wrong (ROKDW) menggantikan Bob Kandar yang terpaksa balik awal atas urusan bisnes.
|
Azrol dengan Eclipse? |
Azrol sebenarnya merupakan peminat metalcore/deathcore dan
NWOAHM (especially Trivium, Unearth, All That Remains, All Shall Perish), jadi sekali-sekala bagi peluang ikut selera "generasi-Y"nya. Antara sebab aku tergerak hati untuk mendengar muzik Trivium.
Untuk sessi ni, kami mencuba lagu
Strife yang pada asalnya memang guna drop-C#. Jika melekat, mungkin lepas ini akan terus menggunakan talaan rendah sama ada C# ataupun D, termasuk untuk lagu-lagu "playsafe". Video? Tunggulah nanti bila dah asah betul-betul barulah rakam, hehehe...
_____
Ada apa: C# juga sesuai untuk beberapa lagu Blaze Bayley.
4 komen:
trivium best... haha
brutal death metal banyak pakai C. Band aku pon pakai C . Gauge kene 0.52 baru best. hahah
dah order 10-52 semalam, nak khususkan sebuah gitar utk low tuning
dgn genre yg aku main, C dan baritone terlalu rendah, vokal aku ngam range Eb dan D, std tune skrg dah susah nak tarik vokal (tua?)
52-10 utk C agak kendur bg aku, kene lg tebal kot sbb utd std D mmg cun gauge nih.
Post a Comment