Pada malam keputusan diumumkan (Khamis, 24/9/2015), aku sudahpun berada di Sabah cuti raya. Seawal pukul 8.00 malam menunggu berita baik daripada Adi Herman dan Bob Kandar menerusi Facebook Messenger.
Keputusannya, Metuk Ulau Project menduduki tempat ketiga, diikuti dengan Ambushed tempat kedua dan juara ialah Pro-X band.
Gambar cilok daripada Facebook Bob Kandar |
Nombor 3 kah kita? |
Bersama juara, Pro-X Band. |
Post-mortem BOTB #1: Perlu kawal adrenalin - Selepas menonton semula video persembahan, ternyata lagu 2MTM terlalu up-beat (laju). Ya, semasa persembahan memang tak akan perasan up-beat lebih-lebih lagi lagu kedua disebabkan dah terlalu teruja. Selain drummer, beat juga dikawal oleh vokalis secara tak langsung (aku le tu~).
IrAn Maiden |
Post-mortem BOTB #3: Less is more - Tak perlu bawa pedal efek yang banyak hanya bawa tiga pedal; SC-2, VXL dan DD-3. Begitu juga dengan Azrol, setelah diajar cara soundcheck G7.1ut dan amp (Peavey bandit 112) yang pantas, tak sampai 5 minit soundcheck kami dah sedia beraksi.
Post-mortem BOTB #4: Battle = gig - Serius, aku agak gementar (nervous) dari sebelah petang hingga ke malam sebelum ke belakang pentas. Tapi bila dah berada di belakang pentas berjumpa dengan rakan dan rival, berborak dan bergurau seperti suasana gig memang mengurangkan stress dan rasa gementar. Dan bila sudah di atas pentas, anggap saja ia sebagai pentas gig dan biarkan selebihnya secara spontan.
Tapi tak mengapa (parap-parap), sekurang-kurangnya MUP dah ada pencaiapan baru dan kembali aktif selepas dua tahun dorman. Yang paling best, dapat eksen dengan si Korawk sebab tak ikut serta, hahahaha...
_____
Ada apa: Ice cream for me Bintulu! \m/
6 komen:
kena belajar menarik electric youth la lepas ni
typo....menari...bukan menarik
beribu ribu tania...
Tahniah..piala dia lawa.devils horn eh.
tahniah ijau dan band
Johor takdeke benda2 macamnie atau aku kurang info?
Post a Comment