Menurut Bob Kandar, drumset ni nanti akan dinaiktaraf secara berperingkat (cymbals, drumhead skin, decal, etc) untuk kegunaan HMS. Baru-baru ini dipasang dengan Stagg CXG cymbal set.
Sessi traimming (training + jamming) sempena Hari Malaysia ni juga adalah untuk persediaan BOTB minggu depan, tapi kali ni hanya secara 3-piece Hepi;) kerana tidak disertai oleh Adi Herman yang berada di Kuching beberapa hari atas urusan kerja.
Bila deploy HMS, masing-masing akan bawa equipment sendiri. Equipment Azrol sekarang pun dah lengkap - Cort X-11, Zoom G7.1ut (secondary output into PA system) dan Vox VT40+ (bypass mode).
HMS juga merupakan platform untuk mencuba potensi Blackstar HT-5RH, menggunakan kabinet Vox V110NT sebagai self-monitor, manakala emulated output pula disambung terus kepada PA system.
Jika tanpa bantuan PA system, sebenarnya dengan kabinet 10" pun HT-5RH ni cukup kuat untuk jamming (half-volume). Tapi disebabkan dah ada PA system, tak perlulah full blast.
Hanya menggunakan Zoom MS-50G (via effects loop) untuk delay dan post-EQ, manakala sedikit reverb yang ada pada HT-5RH, tak perlu banyak efek. Untuk BOTB nanti aku bercadang untuk guna Digitech SC-2 dan mungkin juga Boss DD-3.
Gitar? Hehehe... Seperti HT-5RH tadi, HMS kali ni juga menjadi platform untuk mencuba Epiphone 1958 Explorer Korina yang baru diperolehi minggu lepas (review coming soon). Tapi secara seriusnya aku lebih selesa menggunakan Calypso, kerana Explorer tu masih agak janggal digalas.
BelaQon. |
Rasanya akan ada sekali lagi sessi traimming sebelum BOTB, full rehearsal?
_____
Ada apa: Ada masa nanti aku upload Soundcloud rakaman amatur.
3 komen:
Ko share korangnye nye equipment spec sangat mengujakan dari berbagai segi. Thank you.
iskh...lama dah tak jamming...gitar cap ayam kat rumah tu pun dah naik berkarat...
james hetfield ????
Post a Comment