
Sebuah pikap aktif singlecoil jenama EMG, model SA yang diperolehi melalui Dead Eye Guitars (DEG), dituntut sendiri di Poslaju Bintulu semalam.
Atas sebab-sebab nilai ringgit yang teruk, harganya agak berbeza sedikit berbanding harga semasa dipesan beberapa bulan lepas. Tapi tak mengapa (parap-parap) sebahagian dananya telah dicover oleh hasil jualan pikap Entwistle XS 62N dan X3 (GLTL).
Seperti biasa, tak payah dibodek pun DEG pasti akan dapat hadiah percuma kecil-kecilan berupa empat keping pick Jim Dunlop Tortex Pitch Black dan Max-Grip Nylon Standard.
Apa yang bagus mengenai EMG ni tak kira apapun model pikap aktif yang dibeli (aftermarket), akan disertakan dengan set solderless kit yang terdiri daripada dua pot 25k (volume, tone), stereo output jack, battery bus, skru serta wayar-wayar sambungan.
Aku hanya ada sebuah gitar ber-singlecoil iaitu Mirage (M-103FM), sudah pasti ia akan dipasang pada gitar tersebut. Bersama-sama EMG 81 yang telah dikeluarkan daripada Korina (58 Explorer), aku akan jadikan Mirage berkonfigurasi HS aktif seperti yang pernah diGASkan sebelum ini.
_____
Ada apa: Living the dream, extra metal growl~
3 komen:
Gelung aktif tunggal
silap, patutnya lingkaran aktif tunggal
Haha..terbaik itu nama.
Post a Comment